BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 16 )

Hannah tidak tahu hendak berkata apa-apa. Shukri memulakan bicara. Dia sekadar tunduk kerana enggan menunjukkan mukanya yang sudah merah.

"Errmm... saya harap, awak dah buat keputusan yang betul-betul dalam menerima lamaran ini,"Shukri kekok.

"Maafkan saya selama ini saya tak pernah melayan awak pun sepanjang saya mengenali diri awak,"kata Hannah.

"Tak apa, saya tak kisah semua tu... Asalkan saya dapat berbual sikit pun jadilah... awak masih ingat masa awak jumpa kopiah saya kat belakang surau dahulu? Masa tu je saya pernah bercakap dengan awak... dan, kad raya yang tercicir depan kelas dahulu, saya yang tulis tapi..."

"Ooo, yang ada kartun tu?"soal Hannah yang teringat semula kad raya paling lucu yang pernah diterima.Hannah menahan gelak.

"A'ah... serius, saya tak berniat pun nak hantar... tapi Sarah yang jumpa... hmmm..."

"Kalau awak nak tahu, dahulu, Sarah pernah beritahu tentang Afwan, dan saya tak sangka pula kawan baiknya yang ambil tempatnya,"jelas Hannah.

"Maafkan saya kalau saya bercakap hal ini... Memang tidak wajar seseorang yang tiada ikatan dengan sesiapa meluahkan perasaan... tapi, saya dah lama pendam... hanya Afwan yang tahu, tapi, sejak dia tahu, saya dah tak berani meluahkan apa-apa, sebab saya tahu Afwan minat kat awak...tapi, itulah, manusia sekadar merancang... Sarah pula menggantikan tempat awak di hatinya,"

"Hmm... nampaknya, kita pula akan menyusuri jejak langkah mereka berdua..."kata Hannah.

"InsyaAllah..."
-----------------------------------

Sarah menghantar gambar perkahwinannya di India melalui emel. Hannah tersenyum melihat kebahagiaan mereka. Walaupun sekadar akad nikah dan majlis kecil-kecilan, namun, tampak meriah sekali. Tambahan pula, mereka memang sepadan, bak pinang dibelah dua. Semoga mereka berkekalan ke akhir hayat.

Sarah:Kau bila lagi?

Hannah:Nantilah... kau balik dari India nanti jangan lupa kenduri aku pula

Sarah:eh, kau pun dah nak naik pelamin ke?

Hannah:Kau ingat kau seorang je naik pelamin?:D

Sarah:Yelah... siapa calonnya?

Hannah:Kawan baik Afwan...

Sarah:Siapa ek... aku tak ingatlah...

Hannah:Tanyalah Afwan

Sarah:Sekejap....

Sarah:Ya Allah, kau biar betul??? Shukri ke? :O

Hannah:Ya

Sarah:Kau tahu tak, Hannah? Afwan kata dah bertahun-tahun Shukri tunggu kau...haha, bertuah kau!

Hannah:Kau apa kurangnya, berjumpa di Taj Mahal lagi...

Sarah:Kau selalu mengusik aku... tahulah, Afwan terlebih romantik...haha,:))

Hannah:Ish, kau ni, satgi dia marah pula...

Sarah:Memang tengah marah pun...haha,

Hannah: Oklah, aku offline dulu... salam

Sarah: wslm.
---------------------------

Majlis akad berlansung di masjid. Hannah anggun berpakaian baju pengantin berwarna krim. Wajahnya yang cantik terserlah keindahannya. Dia terharu saat ini. Akhirnya, segala rahsia alam persekolahan yang terlindung daripada pengetahuannya terbongkar jua.Mak Su dan Pak Su tumpang gembira. Angah pula sanggup pulang ke Malaysia walaupun cutinya semesternya singkat.

"Aku terima nikahnya, Nadya Hannah bt Ahmad Hamdi...."

TAMAT

Mimpi & Harapan ( 15 )

Umar diam. Dia sekadar menunggu jawapan daripada Ustazah Hafidzah. Ustazah Hafidzah tunduk. Malu mungkin. Adik dan Achik di sebelahnya sedang enak makan ais-krim.Ustazah Hafidzah mengucapkan bismillah sebelum memulakan bicara.

"Awak boleh terima anak-anak saudara saya?"soal Ustazah Hafidzah. Serius sekali.

"InsyaAllah, boleh,"jawab Umar dengan tenang.

"Sudah hampir seminggu saya memikirkan hal ini. Dan, dengan sokongan daripada buah hati saya ini, saya terima lamaran awak,"jawab Ustazah Hafidzah dengan tersipu malu.

"Alhamdulillah..."ucap Umar.

"Yeye, kitorang dapat Pak Su baru!"Achik dan Adik tiba-tiba bersuara.

"Adik, Achik... tak baik macam tu, sayang... ni kan kat public, mana boleh lompat-lompat..."tegur Ustazah Hafidzah.
--------------------------

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Ustazah Hafidzah. Kerana hari ini, dia bakal bergelar seorang isteri. Hannah dan Angah sangat teruja melihat Mak Su mereka yang cantik berpakaian pengantin berwarna putih. Sesekali, ada yang mengusik tak kurang juga yang teruja.

Majlis akad nikah berlansung di Masjid At-Taqwa. Ramai sungguh yang menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Bagi Hannah, dia sangat bersyukur kerana Dia telah menunjukkan kekuasaanNya. Derita yang ditempuh Mak Su membuatkan hati wanita yang lembut itu tabah menempuh liku-liku kehidupan.

"Aku terima nikahnya, Nurul Hafidzah Lee bt Abdullah, dengan mas kahwinnya, RM80 tunai,"sah!

Hannah dan Angah berpelukan. Mereka gembira. Ustazah Hafidzah pula menitiskan air mata terharunya saat memulakan doa. Ya, semoga mereka hidup bahagia dalam naungan cintaNya.
----------------------------
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN

Sejak Mak Su berkahwin, kami adik beradik tinggal dengan keluarga angkat Mak Su sampailah hari ini. Semuanya atas permintaan Puan Hajah dan Tuan Haji walaupun Mak Su berat nak lepaskan kami. Sekarang, anak sulung Mak Su dah berusia tujuh tahun. Angah pula sedang melanjutkan pelajarannya di Jordan. Dan aku kini sudah bekerja sebagai salah seorang pensyarah di UiTM Pulau Pinang.

Sarah pula lebih bertuah kini. Dia berada di India, bakal doktor pakar. Perjalanan hidup ini penuh ranjau,bukan? Inilah tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya supaya kita bersyukur. Besar ertinya sebuah kesyukuran, kerana tanpa syukur, akan timbullah kekufuran.

"Assalamua'laikum!! Hannah, kau nak tahu tak?"panggilan telefon dari Sarah mengejutkan Hannah.

"Tahu apa?"kening Hannah terangkat.

"Afwan... dia melamar aku kat Taj Mahal, semalam...Malu aku, Hannah... dahlah depan kawan-kawan aku pulak tuh!"

"Alhamdulillah...eh, kau kat Kashmir lagi ke?"

"Yelah... aku tak balik lagi..."

"Cewah! Taj Mahal tu... lambang cinta sejati... mama dengan papa kau tahu tak?"

"Kau tau tak, Hannah... Dia sanggup call mama dengan papa aku semata-mata nak melamar aku...dia tu gila!"

"Habis, kau terima tak?"

"Aku..."Sarah terdiam seketika.

"Haa? Terimalah tu??"usik Hannah.

"Yelah, of course aku terima..."

"Amboi... bertuah kau ye?"

"Hmm, Hannah, nanti kenduri aku, kau datang boleh?"

"Aduhai kawanku... kau jauh di India, mana aku ada duit nak terbang pergi sana,"

"Takper, nanti aku hantar Aladdin datang jemput kau dengan tikar terbang dia...haha,"Sarah merapu.

"Merepeklah kau ni... mentang-mentang dah nak kahwin, putus fius pulak..."

"Eh, wayar aku elok lagi nih..."

"Yelah, kalau tak putus wayar, macam mana Afwan nak jadikan kau isteri?"

"Dia kan setia...haha,"Sarah ketawa kecil.

"Yelah tu. Oklah, nanti banyak pulak bil telefon kau... Assalamua'laikum!"talian terputus.
-----------------------

Waktu kerjaku telah tamat. Aku menghidupkan enjin untuk pulang ke rumah. Tanpa sedar, aku teringat memori lama di sekolah dulu. Perjalanan ke rumah dari UiTM Pulau Pinang tidaklah sejauh mana. Tidak sampai dua puluh minit, aku sudah sampai. Kepulanganku disambut mesra Achik dan Adik.

"Along! masuk cepat!! Kitaorang ada suprise nih..."mereka menarik tanganku.

"Ada suprise apa pula ni? Birthday along lambat lagilah!"aku sekadar mengikut.

"Tahulah, sekarang, kami nak tutup mata Along... Along diam-diam,ek?"

"Yelah,"aku akur.

"Assalamua'laikum..."kedengara suara seorang pemuda menyapa. Suara yang seperti pernah dikenali.

"Wa'alaikumsalam,"jawabku terpinga-pinga.

"Ok,Along bukalah mata..."aku membuka mata. MashaAllah, ada rombongan apa ni?

"Hannah, kami datang ni membawa hajat..."

Pandanganku kelam. Aku tidak sedar apa-apa yang berlaku selepas itu.
-------------------------

"Along sudi tak?"soal Achik.

"Kenapa kauorang tak beritahu Along?"

"Itu namanya suprise!"

"Nek ingat nak beritahu tadi, sebelum kamu balik, diaorang yang tak kasi,"ujar Puan Hajah.

"Aduhai... macam-macam,"keluhku.

"Siapa orangnya?"soalku yang masih pening-pening lalat.

"Shukri, kawan sekolah kamu dahulu?"

"Shukri...?"aku tersentak...
---------------------------------

Sekeping gambar diserahkan kepadaku. Wajah yang sangat kurindu. Benar, saat ini air mataku mengalir deras. Aku merinduinya. Ya, seorang lelaki yang bertakhta dalam sanubari hidupku, yang aku takkan lupakan buat selama-lamanya. Achik menenangkanku. Achik menarik nafas dalam-dalam.

"Along... ini bukan ayah,"jelas Achik.

"Ayahlah..."aku berkeras tidak mengaku.

"Tak, ini abang Shukri, yang melamar akak tempoh hari..."

"Achik, jangan bohong,"pesanku.

"Betul, achik tak tipu, mukanya memang seiras arwah ayah,"

"Hmmm...."aku sekadar diam. Mungkin ada benarnya juga. Dahulu, Shukri hampir-hampir seiras dengan wajah arwah ayah tetapi aku menafikannya. Tidak pula kusangka, dia benar-benar menyerupai ayah sekarang.

"Along... Along sudi?"soal Mak Su.

"Along rasa, untuk bertaaruf, tidak jadi masalah..."jawabku.

"Jadi, Along sudi dipinangkan?"

"Ya..."jawabku jujur. Entah kenapa, kini kurasakan dialah yang terbaik buatku.
-------------------------

Mimpi & Harapan ( 14 )

Sudah hampir sebulan peristiwa pemergian nenek berlalu. Kehilangannya masih terasa sampai hari ini. Mak Su tetap tabah menempuh liku-liku hidupnya. Kadangkala, untuk melepaskan rindu, Mak Su membawa anak-anak saudaranya ke rumah keluarga angkatnya. Memandangkan Hannah akan mengambil keputusan PMR di sekolah esok, Mak Su membawa mereka adik-beradik menginap di rumah keluarga angkatnya yang hampir dengan sekolah.

"Assalamua'laikum,"Mak Su memberi salam.

"Wa'alaikumsalam... Fiza! Lamanya tak dengar khabar,"sahut ibu angkat Mak Su, Puan Hajah.

"Maaf, umi. Fiza ada urusan keluarga sebelum ini... itu yang tak sempat-menyempat tu..."jelas Mak Su.

"Ada-ada saja kamu nih... ni anak-anak saudara kamu,ye? Ya Allah, comelnya!"puji Puan Hajah apabila melihat Hazwan.

"Apa tunggu kat luar tuh? Marilah masuk,"pelawa Tuan Haji.

"Yang comel ni, namanya siapa?"soal Puan Hajah.

"Hazwan, ni yang bongsu sekali,"

"Oh, begitu... jom, ikut nenek pergi dapur, kita makan ais-krim,nak?"ajak Puan Hajah.

"Tak usahlah, umi... menyusahkan saja,"kata Mak Su.

"Tak apa, bukan menyusahkan pun,marilah..."ajak Puan Hajah sekali lagi.

Mak Su akur. Achik dan Adik yang masih kecil tidak segan-segan menurut Puan Hajah. Puan Hajah gembira menerima kehadiran mereka. Tuan Haji turut sama menjamah ais-krim walaupun gusinya sedikit sakit, maklumlah, dia memakai gigi palsu. Sesekali dia menyeringai kesejukan.

"Amboi, atuk kita ni pun join sekaki makan ais,"usik Puan Hajah.

"Alah, sekali tak sekala, apa salahnya?"balas Tuan Haji.

"Hmm, umi, esok Fiza dengan Along nak pergi sekolah... Fiza tinggalkan budak-budak ni di rumah, boleh?"Mak Su meminta izin.

"Boleh, apa salahnya. Kalau nak duduk terus kat sini pun tak apa, lagipun, rumah ni sunyi,"Puan Hajah mengizinkan.

"Terima kasih, umi,"ucap Mak Su.
----------------------------

Semua calon PMR berebut hendak membaca keputusan mereka di papan headcount. Sarah sudah mengetahui keputusannya. Alhamdulillah, dia mendapat semua A.Sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia mendapat semua A. Air mata kesyukuran menitis. Dia terduduk melutut seakan-akan ingin sujud. Ya, dia benar-benar bersyukur. Tiada ungkapan dapat dilafazkan. Dia diuji dengan perkahwinan papanya serta ditangkap khalwat dahulu, namun, Dia Maha Mengetahui, di sebalik ujian adanya rahmat.

Ustazah Hafidzah mendekati Sarah. Lantas, Sarah mendakapnya.

"Ustazah... terima kasih ustazah... kerana nasihat ustazah, saya dapat terima perkahwinan papa... dan kerana ustazah, hati saya masih teguh meniti hari ini..."

"Sayang, semuanya datang dari Allah..."

"Allah... Allahuakbar..."dakapan Sarah makin erat.

"Mak Su!! Along dapat straight A juga!!"giliran Hannah pula mengambil tempat Sarah. Dia menyalam tangan Mak Su'nya lalu turut mendakapnya.

"Subhanallah... Along, kalau arwah lihat kejayaan kamu, pasti mereka gembira..."kata Mak Su.
----------------------

Shukri melompat riang memeluk Afwan. Afwan dah geli-geleman.Mereka berdua turut memperoleh keputusan cemerlang. Entah kenapa Shukri menjadi semacam saja hari ini. Seronok sangat agaknya. Tidak putus-putus ucapan syukur dipanjatkan.

"Wei, lepaslah! Rimas aku...adoii,"kata Afwan.

"Haha!"Shukri sekadar tergelak melihat sahabatnya yang menggeletar kegelian.

"Kalau ye pon, syok, tak payah ar peluk aku...geli kau tau tak?"

"Rilek ar..."Shukri tersengih. Pandangannya dikalihkan pula ke arah Ustazah Hafidzah. Terlihat dua orang pelajar perempuan mendakapnya. Hmm, siapalah agaknya?

"Kau tengok siapa?"Afwan menegur Shukri yang tiba-tiba terdiam.

"Ustazah Hafidzah..."jawab Shukri.

"Eh, itu Sarah dengan Hannah..."kata Afwan.

"Wan, aku terharu tengok dia-orang... walaupun aku tak pernah bertegur sapa dengan dia-orang, aku dapat rasa dia-orang punya ketabahan dalam diri... dari sinar mata dia-orang..."luah Shukri.

"Mungkin benar kata kau..."sokong Afwan.

"Sudahlah, jom kita ke kantin, aku belanja..."

"Hmm, ok juga..."
-----------------------------

Mak Su meletakkan keretanya di dalam garaj di depan rumah Tuan Haji. Ada sebuah kereta berwarna hitam berkilat diparkirkan di sebelah tepi rumah Tuan Haji.

"Siapa pula yang datang, Mak Su?"

"Entahlah, Along,"jawab Mak Su. Dia sendiri hairan.

"Assalamua'laikum..."Hannah memberi salam.

"Wa'alaikusalam...hah, dah balik pun kamu ye Along... result macam mana?"soal Puan Hajah.

"Alhamdulillah, nek... straight A!"jawab Hannah riang.

"Masuklah, kita ada tetamu ni..."jemput Puan Hajah.

"Siapa yang datang, umi?"soal Mak Su.
--------------------------

Papa menghantar sebuah kotak berisi hadiah kepada Sarah. Mama memberikan hadiah tersebut kepada Sarah. Sarah mengambil namun tidak diusik selepas diletakkan di atas meja belajar. Entah kenapa, dia tidak rasa apa-apa perasaan melihat hadiah tersebut. Seolah-olah tidak ada makna langsung baginya.

"Adik... papa bagi kau hadiah ke?"soal Kakak. Jarang sekali dia dapat berbual dengan kakaknya. Entah kenapa hari ini kakak tiba-tiba hendak berbual dengannya.

"Ya..."

"Kenapa tak buka?"soal kakak.

"Kakak, Sarah tak tahulah kenapa tak rasa apa-apa pun bila papa beri hadiah tu..."jawab Sarah.

"Papa bagi hadiah tu atas kejayaan kau dapat straight A... Sarah, kalau kita nak masa lalu kembali, memang tak dapat punyer. Percayalah cakap akak. Tempat yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu... so, macam mana kita nak sampai ke sana sedangkan kita akan terus berjalan ke hadapan, dah tak boleh toleh belakang dah...kita semua ada harapan dan impian, tapi tidak semua kita kan miliki,"

"Jadi?"

"Just go on... life must go on...bukaklah hadiah tu,"Kakak tersenyum.

"Hmm..."Sarah membuka perlahan-lahan balutan hadiah tersebut. Dia membuka pula kotak hadiah tersebut. Rupa-rupanya teddy bear...hmm...

"Papa sayangkan kita, percayalah..."kata kakak.

"Yes, life must go on!"ucap Sarah penuh semangat.

"Macam budak kecik!"kakak bermain dengan rambut Sarah yang mengurai panjang.

"Biarlah! Sibuk jer..."keceriaan dahulu terbit semula.

~Alhamdulillah. Memang benar, setiap perkara ada hikmah terselit yang memerlukan kita terus mencari dan menghayati hidup ini.~
-------------------------

Keluarga Encik Umar Abdul Aziz tadi hadir satu hajat besar yang tidak disangka-sangka. Ustazah Hafidzah gelisah. Bukan dia tidak mahu terima lelaki sebaik Umar yang pernah membantunya untuk menjejak kembali kasih dengan ibunya dahulu. Tapi, jika dia mendirikan rumah tangga nanti, bagaimana pula dengan nasib anak-anak saudaranya?

Televisyen yang dipasang sekadar mengisi ruang sunyi ruang tamu di rumah Tuan Haji. Semua orang senyap. Tak ada apa-apa kat hednak dikatakan.

"Mak Su..."Achik mendekati untuk bermanja.

"Ada apa, sayang?"

"Kalau Mak Su kahwin nanti, macam mana dengan kami?"soal Achik.

"Jangan risau, nenek kan ada?"ujar Puan Hajah.

"Umi, Fiza rasa tak perlulah Fiza menyusahkan umi... selama ini pun, Fiza banyak terhutang budi dengan umi dan abah,"kata Mak Su.

"Eh, tak apalah, Fiza. Lagipun, rumah ni sunyi saja sejak kamu pindah rumah kakak kamu... Umi tak kisah, Umi lagi suka kalau budak-budak ini tinggal dengan umi dan abah..."

"Betul tu, kami ni tak ada anak, Fiza...Apa salahnya kalau mereka tinggal di sini, ye tak?"

"Angah nak tinggal dengan kami?"soal Tuan Haji kepada Angah yang turut berada di ruang tamu.

"Kami tak kisah, atuk, nek,"

"Kan? Nanti kalau kamu dah kahwin, Fiza, bagilah budak-budak ini tinggal dengan kami,ya?"

"Hmm... insyaAllah..."

"Macam mana dengan lamaran tadi? Fiza sudi?"

"Fiza perlukan masa, umi,"

"Hmm... kami sudah berikan pandangan, dan kami beristhikharahlah... ini soal masa depan kamu..."
-------------------

Mimpi & Harapan ( 13 )

"Saya dah dapat alamatnya,"ujar si pemanggil.

"Terima kasih encik..."Ustazah Hafidzah segera mencatat.

"Sama-sama,"ucap si pemanggil.

"Erm, nama encik?"

"Saya Umar Abdul Aziz,"

"Saya terhutang budi dengan encik Umar. Semoga Allah SWT balas kebaikan encik,"Ustazah Hafidzah terharu.

------------------------

Cuti penggal akhir telah bermula. Mak Su ada perancangannya sendiri. Hannah sekadar mengikut saja. Adik-adiknyalah yang paling teruja sekali. Sebelum ini, mereka tak pernah pergi bercuti jauh-jauh. Kali terakhir, ketika arwah ayah masih ada. Mak Su mengemaskan baju Achik dan Adik. Hannah dan Angah mengemas baju mereka sendiri.

"Kita nak pergi mana, Mak Su?"soal Achik.

"Kita pergi Bangi, Selangor..."

"Ooo, kiranya boleh pergi Sunway Lagoonlah?"Adik teruja.

"Tak tahu lagi..."Mak Su tidak berani berjanji.

"Ala... Mak Su..."pujuk Achik pula.

"Sabarlah, sayang... kalau ada masa, kita pergi..."terpaksa juga berjanji. Karang merajuk pula budak-budak ini.

"Ok, jom, semua dah ready? Kita bertolak sekejap lagi..."

"Yeay!!!"Achik dan adik melonjak riang.
--------------------------

Afwan menyuapkan nasi ke mulutnya. Umi dan abi memandangnya. Adiknya pula tidak mengendahkan apa yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya. Afwan tidak senang. Umi dan abi seolah-olah ada perkara nak bercakap dengannya. Kadangkala, rasa rimas juga.

"Umi, Abi... ada apa-apa hal ke yang dok tengok Wan je nih?"

"Hehe..."Abi sengih. Umi turut sengih.

"Kenapa, abi?"Afwan hairan.

"Siapa suruh kamu makan dulu? Kita ada tetamu..."

"Erkk,Kenapa abi tak beritahu?"

"Saja nak buat suprise,haha,"Abi ketawa kecil.

"Assalamua'laikum!"tetamu memberi salam. Dahi Afwan berkerut.
-------------------------

Cuaca panas terik. Mak Su mengajak Hannah adik-beradik keluar. Mereka berhenti rehat seketika di Hentian Rehat dan Rawat. Mak Su membawa Achik ke tandas sebentar sementara Hannah menjaga adik-adiknya. Angah mengeluarkan air mineral dari begnya. Dia meneguk sedikit air mineral.

"Angah, nak sikit,"minta Hannah.

"Nah,"Angah menyerahkan botol air mineral kepada kakaknya.

"Angah rasa, Mak Su nak bawa kita pergi mana,ya?"

"Entahlah, Along rasa?"

"Nenek?"teka Hannah.

"Angah rasa macam tu juga..."

"Aih, berbual ape tuh?"tegur Mak Su yang baru keluar dari tandas bersama Achik.

"Eh, tak ada apa-apa, Mak Su..."

"Nak makan?"soal Mak Su.

"Tak kot... tadi dah makan dah,"kata Hannah.

"Ok, jom, kita gerak!"

Kereta Mak Su meninggalkan Hentian Rehat dan Rawat tersebut. Perjalanan diteruskan.Destinasi hanya satu,menjejak kembali kasih yang sekian lama terlerai. Walau dia tidak akan menerima, cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu dengan menatap wajahnya buat walau seketika.
--------------------

Sarah memang geram benar dengan mamanya. Sangkanya, mama mengajak ke rumah rakannya. Rupa-rupanya, 'rakan' mama itu sebenarnya umi dan abi Afwan. Ish, balik-balik mamat ni!! Macam tak ada orang lain agaknya nak jalinkan silaturahim? Mama dan umi Afwan sedang seronok bersembang sedangkan dia asyik melihat-lihat ke arah jam berharap agar cepat pulang.

"Akak..."tegur adik Afwan yang baru berusia setahun lebih, baru pandai bercakap sedikit-sedikit.

"Ye... alala, naper baby?"riak muka Sarah berubah. Hatinya sedang panas mencair melihat telatah adik bongsu Afwan itu.

"Tata..."terserlah gigi si kecil yang baru beberapa batang tumbuh.

"Comelnya...."Sarah mencubit perlahan pipi gebu si kecil.

"Oit, jangan cubit adikku!"Afwan berlagak 'caring'. Ish, menyampah betul! Tahulah adik dia... kedekut pula!

"Afwan... biarlah Sarah main-main dengan adik kamu..."tegur Abi.

"Yelah... mainlah puas-puas..."perli Afwan. 'Sakitnya hati, ya Allah!'Sarah menjerit dalam hati.

"Terima kasihlah sudi jemput kami makan malam... hmm, kami minta diri dulu,ya?"Akhirnya!!! Dapat juga balik rumah!

"Sama-sama, ada masa nanti, datanglah lagi,ye?"ucap Abi Afwan.

"InsyaAllah..."ucap mama.

"Baik-baik memandu,"pesan Umi Afwan.

Sarah melonjak riang dalam hatinya. Entah kenapa, langkahnya seakan laju saja hendak masuk ke dalam kereta. Mama sekadar memerhati. Akhirnya, mereka pulang ke rumah.
------------------------

Bangunan banglo dua tingkat yang tersergam indah berdiri megah di depan mata. Angah tidak berkerlip mata melihat singgahsana yang indah tersebut. Hannah sudah menjangka rumah ini milik siapa. Adik-adiknya yang lain terlopong melihat keindahan rumah yang rasanya tak pernah dijejak walau di hadapan pagar sekalipun.

"Ini rumah siapa,Mak Su?"soal Achik.

"Ini rumah... nenek..."jawab Mak Su.

Loceng dipetik lagi. Seorang pembantu rumah warga indonesia keluar. Terkocoh-kocoh dia datang ke depan pintu pagar. Takut dimarahi majikannya mungkin.

"Ya, cari siapa ya?"soal bibik tersebut.

"Puan Lee..."jawab Mak Su tenang.

"Waduhh... masuklah ya... Puan Lee, lagi sedang sakit kok..."

Mereka dijemput masuk.Mak Su dibawa ke bilik ibunya. Hannah adik-beradik ikut serta. Puan Lee terlantar di atas katil. Matanya redup saja.

"Ma... Jessi datang,ma," Mak Su mengucup tangan ibunya.

"Jessi..."Puan Lee berusaha keras hendak bercakap. Dia tiada upaya lagi. Penyakit angin ahmar yang dihadapinya sangat merumitkannya untuk melakukan apa-apa saja, apatah lagi hendak bercakap.

"Ma... ampunkan Jessi, ma... Ni anak-anak akak,ma..."kata Mak Su. Dia mendakap erat tubuh tua yang tiada berdaya lagi itu.

"Along, Angah, Achik, Adik... mari sini, salam dengan nenek..."panggil Mak Su.

Seorang demi seorang menyalam tangan Puan Lee. Sinar matanya seolah-olah memberitahu mereka semua dia sedang gembira menerima kehadiran mereka.

"Ma... na... ak..akak?"

"Akak dah pergi,ma..."mata Puan Lee bertakung. Setitis air matanya mengalir. Dia seolah-olah menyesal dengan apa yang telah menimpa keluarga mereka. Kerinduan terubat jua akhirnya.

Tiba-tiba, dada Puan Lee berombak deras. Dia mengerang kesakitan yang teramat sangat. Mak Su panik. Hannah segera menelefon ambulans.

"Ma..."hanya itulah yang terungkap di bibir Mak Su.
-----------------------

Doktor Uthman keluar dari wad. Dia menggeleng. Mak Su sudah mengerti. Ya... Setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati. Puan Lee telah meninggal dunia. Seorang demi seorang pergi meninggalkan mereka.

"Mak Su..."Hannah menyentuh bahu Mak Su.

Mak Su sekadar menahan tangis. Sekian lama terpisah, mereka dipertemukan kembali.Namun,mereka terpaksa berpisah buat selama-lamanya. Mungkin inilah ujianNya, menguji sejauh mana keimanan kita.

"Along, sekurang-kurangnya, kamu adik beradik masih mampu mengucup tangannya sebelum dia pergi... Dan, Mak Su bersyukur..."ucap Mak Su dalam sendu.

Hannah adik-beradik menenangkan Mak Su.
--------------------

Mimpi & Harapan ( 12 )

Shukri menghulurkan secawan Maggi Cup Tom Yam kepada Afwan. Afwan menyambut dengan senyum nipis, tidak seceria selalu. Shukri sekadar menggeleng. Kasihan sahabatnya.

"Malu aku, Shukri... sudahlah Sarah kawan baik Hannah..."

"Kau malu dengan Hannah ke?"

"Lebih kurang la..."

"Wan, kau betul-betul minat dia ke?"

"Tak! Aku cintakan dia!"tegas Afwan.

"Hmm... atau Sarah?"Afwan diam. Entahlah, kenapa Sarah sering ditakdirkan bersamanya? Atau mungkin sudah jodoh?

"Sudahlah Afwan, minggu depan dah nak PMR... kita ni muda lagi, belum tentu hidup panjang lagi,"nasihat Shukri.
-------------------------

Ustazah Hafidzah memparkirkan keretanya di hadapan rumah ibunya. Harapannya, semoga ibunya dapat terima kehadirannya dengan anak-anak saudaranya. Dia keluar dan meminta anak-anak saudaranya menunggu. Dengan lafaz bismillah, dia menekan loceng.Keluar seorang pemuda melayu, usianya lebih kurang sebaya dengan Ustazah Hafidzah. Berjanggut pendek dan bercermin mata.

"Assalamua'laikum..."ucap Ustazah Hafidzah.

"Wa'alaikumsalam, ya... cari siapa?"

"Saya cari Puan Lee..."

"Minta maaf, cik. Rumah ini dah dijual kepada ayah saya dua tahun lepas...kalau boleh saya tahu, cik ni siapa?"

"Saya, anaknya... tak apalah,ini no telefon saya, kalau ada apa-apa berita tentang Puan Le, encik telefon,ya?"Ustazah minta diri selepas menghulurkan kad kecil yang tercatat no telefonnya.

"Cik, sekejap... Puan Lee, dah pindah ke Selangor..."

"Terima kasih, encik, saya minta maaf mengganggu,"

Angah di dalam kereta sekadar melihat Mak Su datang kembali ke kereta. Dari raut wajahnya, Angah tahu yang usaha Mak Su hampa. Mak Su masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Mak Su diam sahaja. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedang berfikir sesuatu mungkin. Angah dan adik-adiknya turut diam. Tidak berani hendak menegur, takut Mak Su berkecil hati jika ditanya apa-apa mengenai nenek.
-------------------------

Sarah akhirnya mengubah fikiran. Dia menghadiri Walimatul Urs papanya. Kakak dan abang tidak turut serta. Mereka lebih senang meluangkan masa dengan kawan-kawan berbanding keluarga.

Sepanjang perjalanan tadi, Sarah sekadar termenung. Dalam hati mama, terbit rasa bersalah terhadap anak-anaknya. Dahulu, dialah yang bertanggungjawab memisahkan kasih antara papa dengan anak-anak kerana dia meminta fasakh. Kini, dia jugalah yang mengabaikan perhatian terhadap anak-anaknya.

Dia tahu, anak-anaknya merindui keluarga mereka yang dahulu. Ah, biarkan masa berlalu. Apa yang penting, hakikat hidup perlu diterima walaupun pahit.

Majlis akad nikah sedang berlangsung di ruang tamu rumah datuk dan nenek. Auntie Jiha cantik berpakaian pengantin berwarna merah jambu. Dia kelihatan bahagia. Papa pula sedang melafazkan akad. Sarah sekadar melihat kebahagiaan yang terbit dari wajah mereka berdua.

"Aku terima nikahnya, Nur Najiha bt Abdul Majid dengan mas kahwinnya RM100 tunai,"lafaz papa.

Papa, selamat berbahagia. Siapalah Sarah nak menghalang niat murni papa. Semoga, selepas ini, perkahwinan papa berkekalan.Amin.

"Mama, kita balik?"pinta Sarah.

"Eh, tak mau jumpa papa,ke? Kan dia baru lepas akad?"

"Tak, ma... biarlah papa lalui hidup barunya tanpa kita... kita takkan ganggu papa lagi, ya, mama?"kata Sarah.

"Baiklah... kita balik..."
----------------

Dewan Seri Bertam menjadi tempat para calon PMR sedang menjalani ujian penting itu.Semuanya tekun menjawab. Hannah menjawab dengan tenang.Begitu juga dengan yang lain. Hari ini, merupakan hari terakhir mereka menduduki ujian tersebut. Sebentar lagi, masa akan tamat dan ujian ini sudah sampai ke penghujungnya.

"Baiklah, sila letak pen anda, masa telah tamat," seisi dewan gemuruh. Akhirnya, sesi pecah kepala selama beberapa hari dah berakhir. Kini, mereka sekadar menunggu keputusan saja.

"Hannah, jom pergi kantin..."ajak Sarah.

"Hmm, boleh juga..."mereka berdua bangun dan pergi ke kantin secara beriringan.

"Kau pernah dengar lagu, Azfar-Akan Ku Jumpa?"soal Sarah.

"Pernah... lagu tu seolah-olah seiring dengan jiwaku..."

"Begitu juga denganku..."

"Hidup ini pelbagai ragam,kan?"

"Betul..." nasi ayam yang dibeli dijamah. Lirik lagu bermain dalam hati masing-masing.

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari
aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu

Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari
--------------------------

Ustazah Hafidzah menyapu-nyapu mukanya. Waktu rehat diisi dengan sekadar makan biskut dan air teh. Telefon bimbitnya berdering. Dia mengangkat.

"Asslamu'alaikum, Cik Hafidzah,"si pemanggil memberi salam.

"Wa'alaikumsalam..."

"Macam ni, saya ada berita tentang Puan Lee..."
---------------------

Mimpi & Harapan ( 11 )

Ustazah Hafidzah memindahkan barang-barangnya ke rumah Hannah. Mulai hari ini, mereka akan hidup bersama-sama. Hannah adik-beradik enggan tinggal di rumah keluarga angkat Mak Su mereka kerana sebab-sebab tertentu. Hazwan pula sudah dibenarkan keluar wad. Maka, hari ini permulaan hidup baru.

"Mak Su... Angah tanya, jangan kecil hati,ya?"

"Tanyalah Angah, Mak Su tak kisah pun..."Mak Su tersenyum.

"Macam mana kalau... kita cari nenek?"Air muka Mak Su berubah. Bukan dia tidak suka, sekadar teringat saat-saat dia dihalau dahulu.

"Nenek..."

"Setelah aku dikecewakan daddy kau, seorang anak aku pun tak berguna sekarang!Aku keluarkan kau dari penjara walaupun aku malu dengan perbuatan kau! Tapi, inikah yang kau balas?? Sudahlah akak kau lari dari rumah, sekarang kau pula kecewakan aku dengan kepercayaan kau! Apa buktinya kalau Tuhan sayangkan kita, ha? Apa buktinya Dia ada? Sudah, sekarang, kau keluar!!! And don't ever come back! Kau bukan lagi anak aku! Pergi!!!"

"Mak Su..."tegur Angah. Lamunan Mak Su terhenti.

"Kalau Mak Su tak setuju... tak apalah..."Angah rasa kesal dengan soalannya.Angah bangkit untuk ke dapur...

"Ngah..."
-----------------------

PMR tinggal seminggu lagi. Prep malam sunyi sepi tanpa suara. Semua sedang serius mengulang kaji. Sarah risau dengan keadaan Hannah. Mengapa dia masih belum pulang ke hostel,ya? Fikirannya melayang entah ke mana. Dia teringat akan mimpi yang pernah dialaminya. Mungkinkah ibu yang Hannah yang dimaksudkan oleh PKHEM tempoh hari? Tak mungkin...

Hmm, papa pula akan melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Mungkin, hujung minggu ini... entahlah, Sarah malas hendak ingat. Lagipun, dia tidak mahu pergi pun. Kalaulah boleh diputar kembali masa lalu, alangkah indahnya. Astaghfirullah, berkalau-kalau itu amalan syaitan. Sarah tersedar. Hmm...

"Mama... mama tak kecewa ke bila papa beritahu dia hendak kahwin lagi?"soal Sarah.

"Entahlah... tapi, kalau papa mintak rujuk balik pun, mama takkan terima, cukuplah sekadar mama maafkan kesilapannya..."Mama menghela nafasnya. Kedengaran berat sekali.

"Hmm... hujung minggu ni, kita pergi Majlis Walimatu Urs papa, nak?"

"Mama pergi seorang sajalah..."Sarah menolak dengan baik.

"Sayang, dia kan papa awak?"

"Tapi, Auntie Jiha bukan ada pertalian darah dengan Sarah pun, ma..."

"I'm talking about your father, my girl... Not her...Its ok... nanti, kalau Sarah sudi, call me back,ok?"

"Ma... Sarah ada satu soalan terakhir sebelum mama letak telefon... Mama takkan kahwin lagi macam papa,kan?"

"Sarah... kalau boleh, mama takkan kahwin lagi... kerana suami mama hanya papa, tapi sekarang bukan lagi... Tapi, kalau Allah takdirkan tulung rusuk mama ini berpindah milik... maybe, who knows? Ingat Sarah,mama memang tak tahu selok belok agama, tapi, apa yang mama tahu,dan mama percaya, setiap yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya..."

"Mama still sayang papa?"

"Tadi kata satu saja soalan..."

"Please, mama... answer my question..."

"Sebagai manusia... bukan lagi sebagai insan yang bertakhta dalam hati mama...ok, good luck for your PMR... Assalamua'laikum..."talian terputus.

"Ada hikmah..."kata-kata itu terucap di bibir Sarah.

"Kau bercakap dengan siapa?"soal Afwan yang sedang menyapu lantai berdekatan dengan Sarah.

Sarah memandang Afwan. Dia menggeleng. Dia bangun dan berdiri lalu keluar ke tandas. Entah kenapa dia seperti tidak sedar dia berada di mana. Dia tahu dia sedang berjalan tapi fikiran melayang. Pintu tandas dibuka. Dia masuk. Dia merenung cermin. Dia diam. Seolah-olah bisu. Tidak seperti selalu. Selalunya, dialah orang yang suka bercakap depan cermin setidak-tidaknya senyum atau sengih. Hannah pernah mengatakan dia 'ratu cermin' kerana ragamnya yang pelik itu. Paip dibuka lalu tangannya menadah air.Dia membasuh muka sebersih-bersihnya.

Saat ini, hatinya sepi. Sepi benar. Tiada teman di sisi. Hannah, bilakah kau hendak balik hostel? Aku perlukan kau saat ini, Hannah... I need you... Hanya kau yang faham segala derita di hatiku, walaupun kutahu kaulebih derita berbandingku...Sarah menangis seorang diri sehingga hatinya puas. Tangisannya sudah reda. Matanya membengkak.
-----------------------

Afwan mengemas kelas. Dia sama saja seperti Shukri. Tidak boleh lihat kelas berselerak. Semua orang sudah pulang dari prep malam. Hanya dia seorang yang tinggal. Sedang dia mengemas, lampu terpadam. Ah, black-out lagi!! Ada seseorang masuk ke dalam kelas. Sarah rupanya... dia menggalas beg dan membawa beberapa buah buku.

"Sarah... kenapa tak balik lagi?"tegur Afwan.

"Aku pergi tandas tadi..."

"Ooo... buang air ke?"'Mamat ini kenapalah mesra alam sangat?'hati Sarah mendengus.

"Kau ni kenapa, hah? Tak ada soalan lainkah??"

"ok,ok...jangan marah...Sebenarnya aku nak beritahu, umi aku kirim salam,"

"Wa'alaikumsalam!"Sarah mengatur langkah hendak keluar.

"Apa kamu berdua buat di sini?"ah, kantoi sudah!

-----------------------

PKHEM memandang Sarah dan Afwan. Umi dan Abi Afwan serta mama Sarah dipanggil malam itu juga. Muka PKHEM serius. Sarah tidak mampu menangis lagi. Ya Allah, kami tidak bersalah!

"Anak puan dan tuan ditangkap tadi, selepas prep malam..."kata PKHEM.

"Kamu berdua ada perkara lagi nak cakap?"sambung PKHEM

"Cikgu, kami tak buat apa-apa... tadi saya kemas kelas, tiba-tiba black-out! Wallahi, demi Allah, saya bercakap benar!"Afwan membela diri.

"Saya masuk ke dalam kelas selepas black-out semata-mata nak ambil buku... Ma, adik tak tipu,ma... Kemudian, Afwan tegur saya, lalu saya sekadar menjawab sebelum keluar, dan, Demi Allah SWT yang Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui, saya berani bersumpah, kami tak buat apa-apa!Lagipun jarak saya dengan Afwan lebih jauh daripada satu meter.." Sarah berdiri untuk menyakinkan semua pihak.

"Saya yakin dengan kata-kata anak saya, cikgu... tidak adil andai cikgu tahu bangunan akedemik black-out tadi dan menuduh mereka berdua berkhalwat..."kata mama dengan tenang.

"Lagipun, sewaktu cikgu tangkap mereka berdua, adakah mereka sedang duduk berdua-duan?Tidak,bukan... saya rasa cikgu salah sangka..."kata Abi Afwan.PKHEM berfikir sejenak.

"Baiklah... buat masa sekarang, saya lepaskan memandangkan minggu depan, kamu berdua hendak ambil PMR... saya yakin kamu berdua pelajar yang baik..."PKHEM membuat kata putus.

"Maafkan saya mengganggu tuan dan puan..."
------------------

"Maafkan anak saya, encik... kalau dia tak masuk dalam kelas, pasti takkan jadi begini..."ucap mama.

"Eh, tak ada apa-apalah, puan... ini semua salah faham saja..."kata Abi pula.

"Lagipun, kami tahu, anak puan baik... sejak daripada awal lagi kami tidak percaya apa yang berlaku..."kata Umi menyokong abi.

"Terima kasih kerana memahami..."ucap mama.

"Hmm... mungkin ada hikmahnya, kan? Mana tahu kita boleh berbesan satu hari nanti?"gurau umi.

"InsyaAllah... saya balik dulu,ya?"mama meminta diri.

Mujurlah, kedua-dua belah pihak mempercayai apa yang dikatakan oleh anak-anak mereka. Dalam hati, mama berasa malu juga, bukan kerana kejadian salah sangka tadi, tetapi, kerana penampilannya. Anaknya bertudung litup sedang dia tidak. Malah, ibu bapa Afwan daripada golongan yang wara'.Semoga dia bertemu hidayah...
-----------------------

Hannah dan Ustazah Hafidzah pulang semula ke sekolah.Ustazah sudah minta kebenaran supaya Hannah dapat pulang lewat sedikit. Ustazah sekadar menghantar Hannah pulang, kemudian dia akan pulang ke rumah. Maklumlah, kalau bukan dia, siapa lagi hendak menjaga Angah dan adik-adik?

Sedang Hannah mengangkat beg dari bonet kereta, Sarah pulang dari bangunan akedemik. Mukanya tampak tidak bermaya. Namun, setelah melihat kepulangan Hannah, dia segera mendekati Hannah.

"Hannah!!"Sarah memeluk Hannah.

"Sarah... kau rindu kat aku,ye?"

"Kau tahu pun! Hannah, kenapa lama sangat kau cuti?"

"Maafkan aku... tapi, kenyataan ini memang perit untuk diterima. Ibu aku dah pergi mengadap Ilahi,"Hannah tenang mengkhabarkan berita itu walaupun hatinya belum sembuh daripada kesedihan.

"Hannah... aku..."mata Sarah bertakung.Dia seakan tidak percaya.Dia cuba menahan air matanya.

"Setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati..."

"Hannah, aku baru belikan buku ini, untuk ibu kau..."Sarah mengeluarkan buku tersebut dari begnya, lalu buku itu bertukar tangan.

"Terima kasih, Sarah... andainya arwah melihat hadiah ini, pasti dia suka... Sarah, kau nak tahu satu perkara?"

"Apa?"

"Ustazah Hafidzah, mak su aku..."

"Jadi, kau anak kakaknya yang pernah terpisah dahulu?"Sarah teringat kisah hidup ustazah yang pernah didengarinya dahulu.

"Ya, Sarah... harapan ustazah termakbul...Alhamdulillah..."kata ustazah yang muncul di sebalik keretanya.
------------------------------

Satu dorm kecoh dengan kepulangan Hannah. Mereka merindui rakan mereka itu. Tambahan pula, Sarah pulang sangat lewat malam ini. Kerisauan seisi dorm terlerai jua.

"Kau balik juga... ingatkan tak mahu ambil PMR..."

"Ish, mana ada...merepeklah kauorang,"

"Yang kau ni,Sarah, apa fasal balik lewat sangat?"

"Aku kena tangkap tadi..."

"PKHEM tangkap kau?"

"Ya..."

"Kenapa..."

"Adalah..."

"Oklah, apa-apa pun, kauorang berdua dah balik...hmm, dah-dah, masuk tidur, esok sekolah..."ujar Farah, sebagai ketua dorm.
--------------------------

Mimpi & Harapan ( 10 )

"Kenapa angah?"

"Ibu tengah dibedah... ibu dermakan buah pinggangnya kepada adik..."Hannah terkejut bukan kepalang.

"Kenapa Angah tak pernah beritahu hal ni? Kenapa, Ngah?"Hannah jadi tidak keruan.

"Angah..."Angah serba salah.

"Kenapa Angah buat Along macam ni? Sampai hati Angah, ya? Angah tau tak Along sayangkan ibu?"Hannah kecewa dengan adiknya itu.

"Along... Angah pon sayangkan ibu... Along, bukan Angah suka-suka hati tak mau beritahu! Along, Along nak ambil PMR lagi dua minggu, takkan Angah nak bebankan Along? Takkan Angah nak biarkan Along risau?"Angah teresak-esak menangis.

Hannah terdiam. Dia meletak ganggangnya. Dia simpan tangisnya dalam hati. Dia segera kembali ke bilik rekreasi dan mengemaskan barang-barangnya lalu naik ke dorm. Dia bergegas ke rumah PKHEM. Dia perlu segera pulang. Tindakannya diperhatikan Farah. Sebagai ketua dorm, dia perlu ambil tahu.

"Kenapa kau tergesa-gesa,"soal Farah semasa terserempak dengan Hannah.

"Aku nak balik..."Hannah tidak bercakap banyak.

Dia tidak ambil peduli apa yang terjadi di sekelilingnya.Dia teruskan langkahnya ke rumah PKHEM berdekatan surau. Dia mengetuk-ngetuk tetapi tidak ada yang memberi respon. PKHEM keluar agaknya.Dia kecewa. Ustazah Hafidzah yang melihat keadaan Hannah mendekatinya.Dia tahu Hannah dalam kesusahan.

"Assalamua'laikum, Hannah... kamu ada masalah ke?"soal ustazah.

"Ustazah, saya nak balik... Mak saya menjalani pembedahan hari ini... Saya baru tahu hal ini tadi... tolong saya ustazah..."

"Macam nilah, PKHEM tak ada di rumah, jadi, saya boleh tolong kamu... saya akan tolong hantar kamu ke hospital,ya?"

"Tapi, kebenaran..."

"Tak apa, nanti saya uruskan. Jangan risau..."
-----------------------

Angah menjaga adik-adiknya di luar bilik bedah. Puan Salmi, jiran mereka menemani. Hannah sampai juga akhirnya.Dia memeluk ANgah penuh hiba. Ustazah Hafidzah sekadar melihat dan dalam masa yang sama turut berharap, ibu Hannah selamat. Hannah rasa bersalah. Sepatutnya, dia yang mengambil tempat Angah.

Along... biarlah Angah berbakti di rumah, Along berbakti di sana...

Kata-kata Angah dahulu terngiang-ngiang dalam benaknya.Adikku, kau setabah Sumayyah... aku tak mampu menjadi sepertimu...Angah lena dalam pangkuan kakaknya. Doktor keluar dari bilik bedah dan menggeleng.

"Maafkan saya, Puan Hasnah tidak dapat diselamatkan, tapi, Hazwan selamat,keadaannya masih belum stabil.."Hannah perit hendak menerima kenyataan tersebut.

Jasad kaku ibu disorong keluar dari bilik bedah. Hannah sempat membuka selimut putih yang menutupi wajah ibunya. Ustazah Hafidzah tergamam...dia menatap wajah ibu penuh hiba.

"Akak... adik rindu akak... kenapa akak pergi tinggalkan kami? Akak...takdir dah temukan kita, kak..." Ustazah menangis teresak-esak...

"Ustazah..."Hannah terkejut.

"Ya... ustazah ni, mak su kamu, Hannah...Ini mak su, sayang..."kata ustazah. Ustazah memeluk Hannah adik-beradik.
-------------------

Imbas Kembali

Malam itu, Puan Lee berang. Dia pantang anaknya bercinta dengan bangsa lain kerana kisah silamnya dahulu. Ibu ditampar penuh amarah. Ibu menangis teresak-esak. Malam itu juga, dia nekad untuk lari dari rumah. Dia akan lari dan memeluk islam sebelum mencari kekasihnya. Rancangannya diketahui oleh adiknya, Jessica atau Ustazah Hafidzah.

"Akak... akak nak tinggalkan adik, ke?"

"Jessi... I have no choice..."

"Akak tak sayang adik lagi,ke?"menitis air mata seorang adik saat itu.

"I am so sorry, I have no choice... and, I want you to know... I love you damn much...Tapi, akak tetap akan pergi, hanya takdir yang akan menemukan kita...percayalah..."

Itulah kali terakhir Ustazah bertemu dengan ibu Hannah, kakaknya. Sejak hari itu, Puan Lee sudah buang jauh-jauh ingatannya terhadap anak sulungnya.
-------------------------

Sarah bertembung dengan papanya di depan kedai buku Popular. Papa bersama bakal isterinya sedang ceria bersama. Sarah mengelakkan dirinya daripada papanya. Namun, papanya tersedar juga akan kehadirannya di belakang.

"Sarah!"panggil papa.Sarah memberhentikan langkahnya. Perlahan-lahan kepalanya dikalihkan ke arah papa. Dia merenung tajam ke arah bakal isteri papa, Auntie Jiha.

"Hmm... Sarah outing ke? Jom ikut kami makan kat bawah?"ajak papa.

"Takpelah papa... Sarah tak nak kacau papa..."Sarah menjawab dengan nada jelek.

"Eh, jomlah... kan meriah pergi makan sekali?"

"Maaf, saya tak suka kemeriahan, dan saya tak suka menyusahkan orang..."sindir Sarah.

"Sarah!"marah papa.

"Sarah balik dulu ye, papa... bas pun nak sampai dah... Assalamua'laikum!"Sarah keluar dari kedai tersebut dan bergegas ke pintu gerbang pasar raya Jusco.

Dia tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap orang tua sebelum ini. Tetapi, dia terpaksa melakukannya supaya papa faham akan derita hatinya! Dia bukan berniat hendak kurang ajar...tapi, entahlah... Sarah duduk di atas kerusi panjang sementara menunggu bas. Hatinya panas sepanas petang ini. Dia tidak betah menunggu lama di sini. Aduss, dah pukul 5.30 ni? Di manakah bas ni? Gasaklah kalau lambat masuk...

"Assalamua'laikum..."tegur Afwan.Mana datangnya pula mamat ni?

"Wa'alaikumsalam... boleh outing ke?"soal Sarah.

"Boleh, PKHEM bagi...kenapa kau duduk kat sini lagi?"

"Tunggu baslah.."'tanya soalan entah apa-apa mamat ni!'hati Sarah mengutuk.

"Bas dah lama bertolak... dah dekat sejam dah pon..."

"Erkk!!"kantoi sudah!

"Wan... apa kau buat kat sini?"soal umi Afwan.

"Tak ada apa-apa, Umi..ni, kawan Afwan, dia tertinggal bas..."terang Afwan.

"Assalamua'laikum, auntie..."Sarah memberi salam dengan sopan lalu menyalam tangan umi Afwan.

"Wa'alaikumsalam... seorang saja ke?"

"Eh, tak... tadi datang dengan rombongan, tapi terlepas bas pula..."

"Marilah, tumpang auntie,ye?"

"Eh, tak apalah, menyusahkan auntie pula... lagipun, auntie nak hantar Afwan lagi.."Sarah mengelak.

"Alang-alang auntie nak hantar Afwan, apa salahnya awak tumpang, ye tak? Bas pun bukan tentu ada sekarang ni..."ajak umi Afwan.

Sarah terpaksa akur. Aduhai, apalah nasib aku hari ini...tadi jumpa papa...sekarang jumpa Afwan pula...Afwan sekadar tersengih. Uminya seakan-akan suka dengan Sarah. Mungkin kerana kesopanannya... tapi, jikalau umi lihat Hannah, pastinya dia akan bertambah suka. Afwan tahu, uminya memang teringin anak perempuan. Apakan daya, dia adik beradik hero-hero belaka...
----------------

Ibu... pertengahan syawal menyaksikan ibu pergi menghadap Ilahi, menyusuri jejak langkah ayah... Ustazah Hafidzah benar-benar sebak. Dia tidak menyangka, takdir menemukannya dengan insan yang dirindui sejak sekian lama setelah pemergiannya. Rindu mungkin sudah terubat namun, ia menambah sebuah kisah rindu berpanjangan...

"Ibu... adik tak nak buah pinggang ibu... adik nak ibu..."Hazwan yang terbaring di atas katil menangisi pemergian ibu.

"Adik... jangan kata begitu,dik..."pujuk Hannah.

"Along, adik ni jahat kan? Kan bagus kalau adik mati dulu..."insan kecil itu tidak mengerti apa-apa.

"Adik... ibu sayangkan adik, masa depan adik panjang lagi... ibu rindukan ayah, dik... sebab itu dia ikut ke sana..."kata Angah.

Memang perit kenyataan ini. Hakikat yang menguji iman, iman pada qada' dan qadar... salah satu tangga penting dalam mencapai iman kepada Allah SWT. Ustazah Hafidzah masuk ke dalam wad yang menempatkan Hazwan. Matanya yang penuh sinar itu merenung wajah kerdil Hazwan.

"Hannah... Angah, Adik... mulai hari ini... Mak Su akan jaga kamu semua... jangan sedih lagi, ya?"Ustazah Hafidzah menyentuh bahu Hannah. Memberi sinar harapan baru...walau sekadar menumpang kasih.

"Terima kasih, Mak Su..."ucap Hannah.

"Mak Su tak ada keluarga dah... kauorang sajalah keluarga yang Mak Su ada..."
-----------------------

Sarah hairan benar. Di manakah Hannah? Sepatutnya, dia tidak keluar outing... kenapa sampai sekarang tak nampak batang hidung pun?Buku di tangannya dipegang. Niatnya hendak menghadiahkan buku tersebut kepada ibu Hannah. 'Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Bahagia'... tapi, hakikatnya, dia sendiri yang sedang bersedih. Entah kenapa, dia tergerak hatinya untuk menghadiahkan buku tersebut. Mungkin kerana dia kagum dengan kecekalan hati ibu Hannah?

"Farah... kau nampak Hannah tak?"soal Sarah.

"Entahlah... aku rasa dia dah balik kot... tadi dia tergesa-gesa pergi rumah PKHEM..."

"Oh, tak apalah...thanks, Farah,"ucap Sarah.

Hatinya tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Sarah terlena seketika. Buku yang baru dibeli berada dalam pegangannya.
******

Suasan gelap suram. Entah di mana dia berada, dia sendiri tidak pasti. Dia lihat tiada apa-apa di sekelilingnya. Tetapi, ada kelibat seorang wanita datang menghampirinya. Wajahnya bersih. Dia tersenyum. Tanpa sedar, wanita itu juga mengalirkan air mata.Dan, wanita itu ialah ibu Hannah!

"Auntie... kenapa auntie sedih,ni? Auntie... Sarah ada belikan buku untuk makcik, tapi, buku tu tak ada kat sini..."Sarah mengelap air matanya.

"Sarah... auntie pergi dulu ya? Sarah kawan baik-baik dengan Hannah,ya? Assalamua'laikum..."

Ibu Hannah pergi meninggalkan Sarah. Sarah cuba mengejar, tapi tidak kesampaian. Sarah kepeningan lalu pengsan...
*********

"Sarah... bangun... dah dekat pukul tujuh dah ni..."gerak Farah.

"Hmm... Ya Allah, dah lambat!"Sarah terbangun dan melihat jam. Sudah pukul 6.45!!

"Aku turun dulu ya?"

"Oh, ok,ok...Never mind, sekejap lagi aku turun..."kata Sarah.

"Aku pergi dulu..."

Sarah menggosok matanya. Eh, basah! Ya Allah, apa yang cuba kautunjukkan padaku ini? Sarah menenangkan dirinya. Perasaan saja kot... takkan mungkin mimpi tadi benar.Ah, biarkan saja!
--------------------

Shukri dari tadi asyik menyakat Afwan. Tidak tertahan rasanya Afwan menanggung usikan sahabatnya itu. Dia mencapai kopiah lalu beredar masuk ke dalam surau. Shukri mengekori. Belum puas lagi mengusik agaknya. Afwan sekadar redho sajalah, sudah kawan, nak buat macam mana? Kalau bukan kawan, dah lama rasanya kena penumbuk percuma...

"Jodoh betul... tak dapat orangnya, kawan jadilah..."

"Udah-udahlerr... hatiku ini takkan berpaling la wehh..."

"Yelah tu... umi kau dah suka, nak buat macam mana?"

"Hmm, pandailah kau..."

Usikan terhenti apabila jemaah diminta diam seketika. PKHEM ada berita hendak disampaikan. Shukri berubah menjadi serius. Seolah-olah perkara yang hendak disampaikan oleh PKHEM amat penting. Selalunya, Shukri tidak ambil pusing sangat dengan apa-apa ucapan, tapi, kali ini lain pula jadinya...

"Assalamua'laikum... cikgu nak sampaikan berita bahawa salah seorang daripada rakan-rakan kamu telah kehilangan ibunya. Jadi, hari ini, kita akan membuat tahlil ringkas... semua pelajar diminta ambil Yaasin, ya?"

Sarah mencapai Yasin. Berita yang disampaikan oleh PKHEM membuatkannya tertanya-tanya...agaknya siapakah orangnya? Saat ini dia teringat kepada Hannah. Agaknya apalah yang sedang dilakukannya?Bagaimana pula dengan keluarganya,ya?
----------------

Mimpi & Harapan ( 9 )

Ustazah Hafidzah memegang tangan Sarah. Dia tersenyum. Terbit cahaya keikhlasan dari sinar matanya yang sedikit sepet. Sarah seakan kelu... sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang diingininya. Sungguh, dia tidak mampu menjawab.

"Ustazah... saya cari... saya cari sesuatu tetapi saya tak tahu..."air mata hangat mengalir di pipinya.

"Saya tahu, kamu cari apa..."ustazah menyapu air mata di pipi Sarah.

"Ustazah...tahu?"

"Sebab, saya juga pernah cari apa yang kamu cari..."

"Ustazah jumpa...?"terbit harapan untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik kata-kata ustazah.

"Ya, saya jumpa setelah bertahun mencari... Sarah, kamu cari sakinah dalam hidup kamu... itu yang kamu cari sebenar-benarnya..."

"Sakinah itu apa, ustazah?"

"Sakinah itu, damai... Damai yang kamu cari dalam bahagia... Teruskan mencari, Sarah... kamu pasti akan ketemu..."

"Ustazah benar... ustazah, izinkan saya mengetahui kisah pencarian yang ustazah lalui..."Sarah penuh mengharap.

"Kamu tak kisah tidur lewat?"

"Tak... ceritalah ustazah..."

"Dah bertahun lamanya ia berlalu,"

-----------------------------

Nama sebenar ustazah Jessica Lee. Ustazah berdarah kacukan Inggeris-China. Sewaktu masih kecil dahulu, ustazah pernah menetap di England. Namun, ibu bapa ustazah bercerai sewaktu ustazah berumur lima tahun. Ustazah dan keluarganya pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru.

Usia remajanya dilalui tanpa sentuhan kasih ibu apatah lagi kasih ayah. Ibunya sibuk dengan bisnes hotel yang semakin berkembang pesat. Masa-masanya diluangkan bersama rakan-rakan. Berfoya-foya, ponteng sekolah, merokok adalah perkara biasa. Sampai satu masa, dia berpakat dengan rakan-rakannya menjual CD cetak rompak.

Dipendekkan cerita, jenayah yang dilakukan oleh mereka terbongkar. Ustazah direman sebelum diikat jamin oleh ibunya. Takdir Allah yang Maha Agung menemukan ustazah dengan hidayatullah. Pada mulanya, ustazah menangis teresak-esak. Tetapi, ada seorang daripada tahanan tersebut memujuknya.

"Adik...sudahlah, jangan menangis lagi,"pujuk wanita tersebut.

"hmm..."ustazah diam saja.

"Sabarlah,dik. kita ditahan di sini, pasti ada hikmahnya,"

"hikmah?"

"Ya... mungkin Tuhan sedang menguji kita..."

"Tuhan?... akak percaya dengan Tuhan?""soal ustazah, ketika itu ustazah dalam kebingungan kerana selama hayat ustazah tak pernah berbicara soal ketuhanan.

"Ya... andainya tiada Tuhan, lalu bagaimanakah alam ini boleh tercipta dengan sendiri? Logikkah?"soal wanita itu kembali.Ustazah terfikir dan terus berfikir. Tiada hujah yang jelas yang dapat menidakkan hakikat tersebut.Ustazah jadi kelu. Dan, mulai saat itu, pintu hati ustazah terbuka.

Selama beberapa hari dalam tahanan, banyak persoalan yang dilemparkan kepadanya. Tentang hidup ini, tentang penciptaan alam dan tentang Tuhan. Saat itu, hanya Dia yang tahu betapa ustazah rasa sangat-sangat bahagia, sangat tenang... tenang yang tak pernah dirasai....Sebelum ini, dia tak pernah kenal Tuhan kerana walaupun dia berstatus penganut Kristian, tetapi, keluarganya sekadar menggunakan status tersebut dalam kad pengenalan semata-mata. Mereka sebenarnya berfahaman ateist.

Sampai hari terakhir ustazah dalam tahanan, ada satu soalan terakhir yang ditanya oleh ustazah.

"Akak, kenapa akak dimasukkan ke sini?"

Wanita tersebut diam saja. Dia pastinya tidak mahu memberitahu.Sampai hari ini, wanita itu tidak menjawab lagi soalan tersebut. Sedang ustazah menunggu jawapan tersebut, dia diberitahu bahawa dia telah diikat jamin. Ustazah benar-benar tidak menyangka akan hal tersebut. Ustazah keluar dan terus mencari hidayah, mencari kebenaran hakiki dalam hidup ini...

Ustazah memeluk agama Islam setelah tamat tingkatan enam.Ketika itu, sesiapa pun tidak mengetahui akan pengislamannya. Sampai suatu hari, ibunya terjumpa sepasang telekung di dalam almarinya.

"Mama... Jessy dah masuk islam,ma..."terang ustazah.

Puan Lee, ibu ustazah menamparnya. Mukanya merah pedam. Ustazah cuba menenangkan ibunya namun tidak berjaya. Marah Puan Lee bertambah parah. Dia mengambil semua pakaian ustazah dan dibuang ke luar rumah. DIa menghambat ustazah keluar.

"Setelah aku dikecewakan daddy kau, seorang anak aku pun tak berguna sekarang!Aku keluarkan kau dari penjara walaupun aku malu dengan perbuatan kau! Tapi, inikah yang kau balas?? Sudahlah akak kau lari dari rumah, sekarang kau pula kecewakan aku dengan kepercayaan kau! Apa buktinya kalau Tuhan sayangkan kita, ha? Apa buktinya Dia ada? Sudah, sekarang, kau keluar!!! And don't ever come back! Kau bukan lagi anak aku! Pergi!!!"

Ustazah keluar dari rumah dengan sedih yang teramat sangat!Dia dibuang keluarga semata-mata kerana telah bergelar seorang muslimah. Namun, masih ada yang bersimpati dengannya. Dia diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga yang sangat memahami dan baik hati. Dan, sampai sekaranglah... ustazah tidak bertemu dengan keluarganya.
----------------------

"Habis tu... raya kali ni, ustazah raya dengan family angkat ke?"

"Macam tulah... ustazah tengok drama 'Syurgamu Ramadhan'... ustazah harap, satu hari nanti, ustazah pun dapat rasa keadaan macam dalam cerita tu...apabila, family ustazah dah bersatu..."

"Aih, ustazah tukar topik masuk babak drama pulak..."usik Sarah.

"A'ah kan... haha... tak sedar termasuk babak drama pulak... hmm... seronok dapat bersembang dengan kamu..."

"Takper ustazah... kita dapat berbicara dari hati ke hati...hehe..."

"Iyalah tu..."

Malam sudah larut. Sarah dan Ustazah Hafidzah menghabiskan maggi tom yam dan air milo yang sudah hampir sejuk. Kemudian, mereka masuk tidur.

Hakikatnya, setiap manusia mengharapkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini. Tetapi, tak ramai yang dapat melihat dengan jelas kehadiran bahagia dan sakinah itu sendiri. Ada hikmahnya juga, supaya manusia itu sendiri dapat mensyukuri nikmat tersirat dan tersurat dan menerima dengan redha dan ikhlas qada' dan qadar...bukankah itu sebaik-baiknya?
-----------------------

Sate yang enak baunya memikat hati Hannah untuk mengambilnya. Hannah menjamah hidangan kegemarannya itu. Jamuan Aidilfitri berjalan lancar. Hadirin ada yang ketawa kecil melihat telatah juru acara yang pelbagai ragam. Sarah tidak ambil kisah yang juruacara asyik merepek entah apa-apa.

"Sekarang, kita akan pekena sesiapa yang terkena! Insan bertuah yang dipanggil namanya sila tampil ke hadapan..."

Ada yang teruja hendak tahu siapa yang terkena, tidak kurang juga yang teringin namanya dipanggil. Namun, Hannah sekadar melayan saja. Tiada apa pun menarik baginya. Begitu juga dengan Sarah. Sarah memang tidak sporting orangnya. Dia seorang yang serius namun hanya berjenaka atau mengusik rakan-rakan yang rapat saja.

"Ok... insan terpilih ini harus membuat ayat jiwang secara spontan bertemakan Hari Raya..."

"Insan ini dari kelas PMR Delta... Seorang puteri yang sopan santun budi pekerti... warga Delta sekalian, anda kenal tak siapa orangnya?"

"Sarah!!!"

"Ya, tepat sekali!! Cik Sarah, sila tampil ke hadapan..."Sarah tidak perasan namanya yang disebut.

"Mana dia Cik Sarah kita nih?"juruacara galak mempromosi insan yang dipanggilnya.

"Sarah... pergi depan..."kata Hannah.

"Aku ke?"Sarah terpinga-pinga.

"Cepatlah..."

"Erkk..."

"Baiklah, Cik Sarah, silakan..."

Sarah gementar. Tetapi, dia menenangkan diri seketika. Mengapakah semua galak memandang ke arahnya? Dia gelabah...cool, Sarah... cool...

"Bismillahirahmanirrahim...

Bertahun lamanya aku menanti
Sudah puas kumencari
Di manakah dapat kuketemu lagi
Duhai yang kukasihi....

Kusyukuri
Nikmat bertemu dikau lagi
Namun, kenapa kau buatku begini?
Setelah kau menggores hati ini?

Kurindu sebuah kasih abadi
Yang tersemat kukuh di sanubari
Namun, dapatkah kau tunaikan hajat ini?

Saat lebaran ini
Kupendam sebuah harapan suci
Namun, tak mungkin dapat kurasai
Masa yang telah berlalu menjadi memori

Salam Aidlfitri
Semoga kau bahagia nanti
Kutak terasa hati lagi
kerna pasti ada hikmah di sebalik ini

Sarah menunaikan permintaan juruacara dengan baik sekali.

Hadirin menepuk tangan. Ustazah Hafidzah tahu, dalamnya makna nukilan hati Sarah tadi. Majlis terus berlansung dengan meriah. Kini, giliran Afwan pula yang dicabar untuk membuat ayat jiwang... perlukah slot ini dalam majlis serba meriah ini? Macam tak logik pun ada juga, tapi, nak buat macam mana, idea senior...

"Harap semua bertenang ya..."Afwan tersengih. Syoklah tu!

Kata saiful apek,
cinta itu seperti makan sambal belacan
walau pedas hingga mengalir air mata
namun masih mahu dimakan jua...

"Saudara... apa saudara ciplak idea orang ni? Original maa...."ucap juruacara memperkena Afwan.

"Lek la bro... ni intro je... ok...ni real punya..."

Kata orang
jangan mengharap Fatima dalam hidup kita
jika diri tidak sehebat Ali

Jangan mengharap Zulaikha
Jika diri tidak sekacak Yusuf

Tapi
Kata saya
jangan kita mengharap kelebihan seribu bulan
jika diri sendiri tidak tertahan walau sebulan

Jangan kita mengharap beraya saja
sedang perayaan sebenarnya raya di syurga

Sekian..."

Pendek tetapi mantap apa yang disampaikan Afwan. Ia berbentuk sindiran pada diri sendiri. Shukri tersengih saja sejak tadi. Dia benar-benar tidak menyangka Afwan juga tahu ayat-ayat cintan cintun begini. Timbul rasa hormat kepada sahabatnya itu kerana berani menyindir diri sendiri. Selalunya, manusia akan mencari salah orang lain tanpa sedar salah sendiri. Afwan, hatinya setegas Umar namun egonya senipis kertas.

Sesi bergambar mengakhiri majlis malam itu. Semua pelajar asyik bergambar tanpa sedar majlis sudah hampir ke penghujungnya. Majlis ditutup dengan aktiviti gotong-royong kecil. Akhirnya, semua bersurai pulang ke hostel. Dewan makan ditutup memandangkan sudah tamat majlis.
------------------

Hujung minggu bertandang lagi. Sarah keluar outing bersama rombongan Aspuri ke pasar raya Jusco Seberang Prai.Hannah tidak ikut serta. Dia meluangkan masa di bilik rekreasi. Hanya segelintir warga Aspuri di dalam bilik tersebut. Majoritinya kakak senior tingkatan lima yang tekun mengulangkaji pelajaran. Hannah tergerak hatinya untuk mengambil diarinya dalam beg. Dia terlihat sebuah novel di sebelah diarinya. Ya Allah, novel kesayangannya. Dek kerana sibuk menempuh ujian percubaan, dia terlupa hendak menyambung bacaannya. Walaupun sudah berkali-kali khatam, dia teringin hendak membaca lagi.

Dia menyelak-nyelak helaian muka surat dalam diarinya. Sudah lama benar dia tidak membuka diarinya. Di sebalik helaian muka surat tersebut, terselit gambar yang sangat menyentuh hatinya. Gambar hari raya terakhir bersama ayah. Ayahlah orang yang paling gembira dan paling menyerlah kerana mungkin dia sedar...itulah raya terakhirnya.Ketika itu, Hazwan masih berusia empat tahun.

"Adik..."Hannah berbisik. Dia tergerak untuk menelefon rumah. Mungkin, dapat juga meminta restu ibu sempena PMR nanti, lagi dua minggu.

Hannah menyeluk saku seluarnya. Alhamdulillah, ada duit syiling sedikit. Dia keluar dari bilik prep dan menelefon rumah. Talian tidak bersambut. Hannah gelisah. Hatinya tidak sedap. Dia menelefon ibu pula...juga tidak berjawab. Dia menelefon sekali lagi. Sama juga. Hannah bertambah risau.

"Assalamua'laikum..."talian akhirnya bersambut. Suara Angah kedengaran.

"Wa'alaikumsalam... Ngah, mana ibu?"soal Hannah.

"Ibu... ibu..."Angah tidak sampai hati hendak memberitahu.

Mimpi & Harapan ( 8 )

Sarah menangis teresak-esak. Sampai hati, papa buatnya begini. Dia sangat berharap, papa dapat rujuk semula dengan mama, namun, harapan tinggal harapan. Hari raya kini sekadar mimpi ngeri yang tidak bermakna langsung dalam hidupnya. Dia menanti rindunya pada papa terbalas, namun, beginikah papa membalasnya?

Saat ini, dia rindu untuk bertemu Hannah... dia ingin meluahkan perasaannya. Tapi, Hannah tiada di sisi. Dia menelefon mama. Walau apa cara sekalipun, dia berjanji pada dirinya, inilah raya yang terakhir bersama papa.

"Ma... ma boleh ambil Sarah sekarang? Please ma... Sarah nak balik..."

"Hmm...ok, petang nanti mama sampai..."Mama sudah dapat mengagak Sarah sudah mengetahui hal yang sebenar.
-------------------

Cuti raya sudah berakhir. Hannah meletakkan barang-barang dan begnya ke dalam bonet. Angah masih belum berkesempatan hendak memberitahu hal sebenar tentang adik. Angah bersalam dengan Hannah lalu memeluknya.

"Along, PMR nanti buat elok-elok tau?"Angah memberi semangat.

"InsyaAllah... Angah jaga adik baik-baik ya? Along tak dapat berbakti dengan keluarga macam Angah...Along tak dapat nak bantu ibu buat kebab, Along tak dapat jaga adik di rumah... Along sayang korang semua..."

"Along... biarlah Angah berbakti di rumah, Along berbakti di sana..."matang sekali bicara Angah walaupun masih kanak-kanak. Dia begitu memahami.

"Along, kita bertolak sekarang... Achik, meh salam dengan Along..."ujar ibu.

Hannah masuk ke dalam kereta. Wajah adik-adiknya ditatap buat kali terakhir sebelum pulang ke sekolah. Ibu sekadar melihat. Sebagai ibu, dia dapat mengetahui isi hati anak-anaknya.

---------------------

Shukri memberi salam di depan dorm Afwan. Salam bersambut. Afwan memandangnya tanpa perasaan. Sebelum ini, pasti Afwan akan tersengih lalu menghadiahkan sengihan dan gurauan. Shukri dapat merasakan ada api cemburu menyala dalam hati Afwan.

"Afwan... aku nak mintak maaf nih..."

"Kau nak minta maaf kenapa? kau tak buat salah pun..."

"Aku tau, kau minat kat Hannah... sebagai manusia, aku turut rasa perasaan yang sama... Hmm..."

"Baguslah kalau kau mengaku. Kau memang layak untuk dia, kan? Siapalah aku nih, yang tak sehebat kau...Hmm, sebagai lelaki yang gentle nih, aku dah tak kisah, lagipun, pasal angau result aku down...hehe,"Afwan tersengih.

"Ni baru kawan aku!" Shukri mengukir sengih juga. Afwan menumbuk bahunya.

"Ape kes dok gaduh-gaduh, kan?"soal Afwan.

"Betul tuh...kita kawan!"

"Ya, kawan!"tiada lagi sengketa dan cemburu yang menyala.
--------------
Suka duka berhari raya dikongsi bersama. Setiap dorm, pasti ada saja yang berkumpul berkongsi pengalaman raya. Lumrah sekolah berasrama. Walau di mana-mana sekalipun, kerana tidak mungkin suasana ini dapat dirasai di tempat lain walaupun di universiti nanti. Tambah meriah lagi, jika ada saja juadah dan kuih raya yang dibawa bersama.

"Kau tahu, aku kena kejar dengan lembu sebab terpijak ekornya saja..."

"Seronok giler aku pergi beraya rumah mak su aku..."

"Duit raya aku tahun ni bertambah dua kali ganda!"

Begitulah antara kisah-kisah raya yang dikongsi bersama. Ada yang suka, ada yang duka... Sarah sekadar diam mendengar kisah-kisah rakan sekamar yang lain. Tiada gelak dan tawa melainkan hanya mendengar saja. Tidak mungkin dia akan menceritakan kisah rayanya tahun ini.

Sarah menyembunyikan perasaannya dengan menjamah kuih-kuih yang dibawa rakan-rakan sekamarnya. Tapi, dek kerana terlalu banyaknya dia makan, rakan-rakan sekamarnya tersedar.

"Haih, Sarah, kenapa kau diam je?"tegur Farah.

"A'ah, selalunya, nak ajak kau makan punya liat..."Amira pula bersuara.

"Are you okay?"soal Hannah pula.

"Ish, korang nih... aku okay lah, macam tak pernah tengok aku makan je... sambunglah cerita...nak dengar juga..."ujar Sarah.

"Kitorang semua dah habis cerita... kau takkan makan sampai tak dengar langsung?"soal Farah.

"Eh, yeke?hehe..."sengih Sarah.

"Sarah..."tegur Amira lagi.

"Kau ada masalah ke?"seisi dorm menyoal soalan yang sama.

"Erkk..."Sarah menelan liur.

"Tak apalah kalau kau tak nak cerita...itu hak kau..."kata Hannah.

"A'ah...tapi, kalau kau rasa nak luahkan, cari kitorang,"sokong Farah.

"Rilek la, aku ok punyer..."Sarah enggan menceritakan kepada sesiapapun. Ini hal keluarga, maruah keluarga, takkan mungkin dia mengaibkan darah daging sendiri!
--------------------

Sinar rembulan syawal memancar terang di langit malam. Tarawikh sudah tidak dapat dilakukan lagi, salah satu nikmatnya Ramadhan... tapi, matlamat hidup tetap satu, Lillahi ta'ala. Sudah hampir setengah jam light off. Sarah tidak dapat lena. Dia duduk di tepi tangga, merenung indahnya ciptaan Tuhan. MP3 dipasang menemani sepi.

Hannah sudah lama tidur, sejak ligt off tadi. Tidak hairanlah dia selalu bangun awal-awal pagi. Lagu Hijjaz bermain di gegendang telinga. Dia sekadar melayan perasaan tika ini. Lagu yang sungguh mengusik jiwanya.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tak berbintang...
Itulah lukisan alam

Hujan turun renyai-renyai. Kebanyakan dorm sudah mengunci pintu. Mungkin sudah larut malam agaknya. Sarah menanggalkan earphone lalu menyimpan MP3nya. Dia membetul-betulkan seluarnya.

"Assalamu'alaikum..."

"Wa'alaikumsalam..."Sarah mengalihkan pandangannya. Erkk, ustazah!

"Tak ngantuk lagi ke?"

"Tak..."

"Jom, lepak kat bilik ustazah,nak?"ajak Ustazah Hafidzah.

"Tak menyusahkan ke?"

"Eh, taklah... kan bilik ustazah satu aras dengan kamu jugak? Kalau kamu sudi, temanlah ustazah malam ni,ye? Sebab Cikgu Marlia tak balik lagi..."

"Terima kasih, ustazah..."
---------------------

Ustazah menghidangkan air milo panas dengan maggi tom yam. Wap panas naik ke atas, menandakan masih panas lagi. Ustazah menjemput Sarah makan.

"Kamu ada masalah,ya?"soal Ustazah.

"Macam mana ustazah tau?"ish, ustazah ni reti 'baca' fikiran orang ke?

"Sebenarnya, apa yang kamu cari dalam hidup ini?"

"Apa maksud ustazah?"kening Sarah berkerut.

"Maksud saya, apa matlamat hidup kamu?"

"Saya..."entah kenapa berat benar lidah ini hendak menjawab soalan yang begitu mudah itu.
---------------------------

Mimpi & Harapan ( 7 )

Shukri sudah terkantoi dengan sahabatnya sendiri... Adakah dia akan terkantoi dengan Sarah pula? Shukri semakin berdebar. Afwan sekadar melihat saja reaksi Shukri sedang Sarah kebingungan.

"Kenapa Afwan, Shukri?"kening Sarah terangkat.

"Err... act, takder pape...serius!"kata Shukri.

"Tak naik bas ke? Bas dah nak bertolak ni..."Sarah memberitahu. Shukri kalut. Dia segera bergegas ke garaj bas.

Sarah menggeleng kepala.Kenapa dengan mamat seorang nih? Afwan meminta diri. Sarah memulakan langkah hendak masuk kelas, tetapi, ada sekeping kad raya yang terjatuh di tepi pintu.

"Kad siapa pula ni??"
-----------------------

Garaj bas di sebelah Aspuri menjadi hala tujunya. Nasib baik dia sempat lagi. Bas baru hendak bertolak. Dia meletakkan beg dan barang-barang lalu naik ke dalam bas. Dia mengambil tempat duduk. Dia memilih tempat bersebelahan dengan tingkap. Langsir bas diselak. Terlihat pemandangan dari tingkat atas. Hmm...dia menghembuskan nafas lega.

Seketika, dia melihat-lihat ke arah luar...Kelibat Hannah muncul di celah-celah warga Aspuri yang sedang meletakkan barang. Shukri mengalihkan pandangannya. Dia menghela nafas.' Apalah nak jadi dengan aku ni?'keluhnya. Bas sudah bergerak meninggalkan garaj. Saat ini, baru dia sedar... kad raya tadi terjatuh!!!
-----------------------

Hannah sekadar tersenyum melihat Sarah tersengih.Di tangannya, sekeping kad raya yang bersaiz kecil. Sarah menghulurkan kad tersebut kepada Hannah. Hannah tidak dapat menahan ketawanya. Kartun dalam kad raya tersebut memang benar-benar lawak.

"Mana kau jumpa?"soal Hannah.

"Depan pintu kelas... ntah sapa punya ntah... tapikan, yang aku heran, tak ada pula ucapan dalamnya...cuma ada nama penerima, dia tulis to:Hannah..."jelas Sarah yang turut ketawa.

"Siapalah yang nak hantar kat aku ni...Sarah, memang la tak ada ucapan, sebab ada kartun ni..."

"A'ah, betul juga ya..."sokong Sarah.

"Pagi-pagi buat lawak..."Hannah menggelengkan kepalanya.
-------------------------
Sarah mengukir senyuman. Papa menjemputnya di sekolah hari ini. Kerinduan yang dipendam selama ini dibalas juga. Betapa dia rasa bahagia. Papa membantunya mengangkat beg dan barang ke dalam bonet kereta. Sarah memeluk Hannah. Seketika, dia berasa sebak juga.

"Hannah, kirim salam dekat ibu kau ya... Maafkan salah dan silap aku selama ini,ya? Selamat Hari Raya!"ucap Sarah.

"Ya, aku juga... Sarah, satu je pesanku... aku gembira dengan kau. gembira sebab kau dah bahagia... Aku harap, aku juga dapat peluang kedua macam kau... Sarah, rindu kau dah terbalas, semoga rindu aku juga terbalas..."Hannah sebak.

"Rindu kau akan terbalas di akhirat kelak... Allah kan Maha Adil?"pujuk Sarah.

"Sarah, kau raya baik-baik ya? Jangan lupa kat aku..."

"Tak la... aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau...aku balik dulu, ya?Assalamua'laikum,"

"Waa'laikumsalam,"pelukan dileraikan. Sarah masuk ke dalam kereta. Dia melambai-lambai kepada Hannah. Lalu, kereta Honda City milik papanya meninggalkan pekarangan Aspuri.
---------------

"Sarah... kita balik kampung terus,ya?"

"Tak singgah rumah mama ke, papa? Akak dengan abang macam mana?"dahi Sarah berkerut.

"Hmm... abang dengan akak, tak mau raya dengan papa..."

"Kenapa papa tak beritahu Sarah?"Sarah agak terkejut.

"Sebab... kalau papa beritahu nanti, Sarah tak nak pula..."

"Tak... Sarah nak!"Papa sekadar tersenyum kelat.

Tapi, Sarah nak ke beraya dengan papa lagi kalau Sarah boleh terima hakikat ini nanti?
----------------------
Takbir bergema penuh syahdu. Sudah kering rasanya air mata ini terkenangkan memori indah bersama ayah dahulu. Tapi, dia tetap berasa sedih kini, kerana ramadhan telah pergi, dan, pasti setiap jiwa yang berada di sana menangis untuk kembali ke sana semula... Ramadhan telah pergi, bersama tirainya yang mendatangkan Syawal... madrasah ramadhan yang mendidik jiwa dan rohani sudah pergi dan semoga bertemu kembali.

Hannah mendekati Angah, yang sedang duduk di atas tangga. Entah apa yang difikirkannya. Angin pagi masih lembut menampar pipi. Kedinginannya jelas terasa. Angah menghela nafas.

"Angah, sekejap lagi nak mula solat sunat Aidilfitri... Angah tak nak ikut ke?"soal Hannah.

"Angah ingat nak duduk rumah je, Long... nak teman adik..."suara Angah serak-serak basah. Eh, dia menangiskah?

"Angah... kenapa bersedih?"soal Hannah.

"Long... semalam, adik seronok sangat tengok Angah gosokkan baju rayanya... Along, Angah tersentuh tengok kegembiraan yang terpancar di wajahnya, sedangkan dia tengah sakit Along... Dia tak kisah duduk dalam rumah walaupun, hakikatnya, Angah tahu dia teringin juga hendak main bunga api macam budak-budak lain..."

"Sabar,Ngah... Adik akan sembuh, InsyaAllah..."pujuk Hannah.

"Along..."Angah tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana dia tersedar ibu menghampiri mereka.

"Along, jom kita ke masjid... Angah jaga adik, ya?"pesan ibu.

"Baik, bu..."jawab Angah.
--------------------------------

Sudah bertahun rasanya tidak beraya di kampung papa. Atuk dan nenek sangat teruja namun, mereka turut terkilan kerana hanya Sarah saja yang pulang bersama papa. Bukan abang dan kakak seperti yang diharap. Atuk sudah pulang dari masjid selepas solat sunat Aidilfitri. Papa pula bangun lewat, dan baru sedang bersiap. Sarah sekadar menggeleng. Bilakah lagi papa hendak sedar?

"Sarah... nak ketupat?"soal nenek.

"Boleh juga..."

Nenek membuka daun palas yang membaluti inti pulut ketupat. Lalu, dia memotong tiga bahagian. Sarah menyenduk rendang tok ke dalam pinggan. Niatnya terbantut apabila terdengar tetamu yang memberi salam dari luar.

"Nek... ada orang datang..."

"Yeke? Sekejap, nenek pergi depan ye..."

"Siapa tu, nek?"soal Sarah dari dapur.

"Ni ha... Auntie Jiha datang...Sarah, marilah sini, salam dengan auntie..."panggil nenek.

"Auntie Jiha, siapa nek?"soal Sarah.

"Auntie Jiha nih... bakal isteri papa kamulah!"tersentap jantung Sarah mendengarnya.

"Papa!"panggil Sarah.

"Ya!!"papa keluar dari biliknya. Dia tergamam melihat kehadiran tunangnya seawal pagi raya ini.

"Papa... kalau Sarah jadi akak dan abang, Sarah pun takkan beraya di sini..."kata sarah dengan nada yang rendah tetapi tegas.Dia masuk ke dalam bilik dan enggan bertemu dengan Auntie Jiha.

Imbas Kembali

Mama menelefon papa. Dia hendak khabarkan ketiadaan Sarah bersama untuk makan malam. Papa tidak menjawab. Mama menelefon sekali lagi dan akhirnya talian bersambut.

"Hello, Man... I think, kita tak boleh jumpa lagi... Sarah tak ada..."

"Never mind... nanti I jumpa dia kat sekolah... Kita kena jumpa juga hari ini, bawa akak dengan abang sekali..."

"ok..."
*****

"Papa dengan mama nak rujuk balik ke?"Abang teruja hendak tahu tujuan sebenar makan malam ini.

"Eh, tak la..."jawab papa.Papa mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia menunjukkan gambar seorang wanita. Cantik sekali.

"Papa nak beritahu yang papa... akan kahwin lepas raya nanti..."Akak tersentak. Sudu yang dipegang jatuh.

"Kalau setakat ini yang papa nak beritahu, lebih baik kami tak ikut papa balik beraya tahun ini!"bentak Akak.

"Papa berayalah dengan bakal isteri papa nanti...but not us! Selamat berbahagia papa... Selamat berbahagia setelah papa hancurkan hati kami!"giliran Abang pula menyokong akak.

Kedua-dua beradik itu meninggalkan papa. Mereka terus masuk ke dalam kereta. Mama tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian, mama pula meminta diri.
--------------------------

Hannah sekeluarga melawat pusara ayahanda mereka. Yang tidak bersama hanya Angah dan adik. Ibu mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh di atas pusara ayah. Kenangan bersama terimbas kembali. Dahulu, ibu pernah berhajat hendak menunaikan haji bersama ayah. Namun, ayah pergi dahulu.

"Ibu... Along ingat lagi, selalunya, ayahlah orang paling semangat nak raya, tapi sekarang, dia dah tiada..."

"Long, dengar pesan ibu ni ye?"Ibu menggenggam tangan anak sulungnya.

"Jadi anak yang baik ya, jaga adik beradik... jangan jadi macam ibu, sampai sekarang, ibu tak dapat lagi nak kucup tangan nenek kamu... ibu rindu... terasa benar ibu berdosa... setelah ayah pergi, Along adik-beradik jelah tempat ibu menumpahkan kasih..."

"Ibu... Along mintak maaf, atas segala dosa Along beradik bu... Along janji, Along akan tunaikan amanah ibu baik-baik..."

"Entah bila lagi, ibu akan bertemu keluarga ibu..."

"Ibu... kami keluarga ibu... janganlah cakap macam tu... kami sayang ibu..."Hannah memeluk ibunya.

Pagi Syawal yang syahdu. Dalam hati ibu, dia berharap, agar rindunya terbalas, walau bukan dia yang merasainya, cukuplah anak-anaknya...pabila dia sudah tiada lagi..

Mimpi & Harapan ( 6 )

"Papa... papa tau tak Sarah rindu kat papa? Papa pergi mana selama ni?"Sarah memeluk papanya.

"Papa tak pergi mana-mana, sayang... papa cuma, menghilangkan diri sekejap..."

"Sekejap papa kata?"Sarah sedikit terkilan.

"Papa tau tak berapa lama anak papa ni berendam air mata? Papa...adik rindu... adik rindu family kita yang dulu, don't you know that??"

"Hmm... I know that...so, tahun ni, papa dah mintak mama kasi korang adik-beradik raya dengan papa... amacam?"

"betul ke??"Sarah memandang wajah papanya.

"Betul..."papa tersenyum.

"Hannah, uncle ingat uncle sendiri yang nak hantar Sarah balik hostel... so, can I?"soal papa.

"Eh, takpe... lagipun, saya tak kisah...lagi bagus... saya beritahu ibu saya dulu ye, uncle? Bolehlah nanti saya ambil barang-barang dia dalam kereta..."ujar Hannah.
-----------------

Sarah pulang dengan gembira. Ada sinar baru dalam hidupnya. Sekian lama, dia merindui seorang papa dalam hidupnya...tanpa disangka, doanya makbul jua... perlahan-lahan Allah SWT limpahkan rezeki buatnya. Dia berasa sangat terharu.Ramadhan yang penuh erti... Ya Allah, andainya, setiap hari merupakan hari-hari ramadhan, alangkah indahnya.

Tapi, ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Dan, minggu ini, minggu terakhir sebelum cuti raya. Sungguh, dia sangat-sangat bersyukur, walau dia rasa bahagia hanya seketika.

Subuh masih belum menjelma. Entah kenapa, dia tergerak hendak bangun awal. Awal sangat, baru 3.45 pagi...Tapi, dia tak mengantuk lansung... mungkin kerana dia sedang gembira. Dia menggosok-gosok matanya. Dia terkejut...huish! Bulan puasa ada hantu ke? Mam...mama...

"Kau kenapa Sarah?"soal Hannah. Lar, dia rupanya!

"Ya Allah... aku ingat sapa tadi..."

"Hmm... kalau bukan aku nak jadi 'hantu' tengah-tengah malam ni,sapa lagi?"erkk!

"Kau boleh baca fikiran aku ke?"

"Taklah! Dah muka kau pucat macam muka nampak hantu jer..."

"Kau tak ngantuk ek?"

"Dah biasa dah..."Hannah melipat sejadah dan telekungnya. Dia membuka loker lalu mengeluarkan buah epal merah dan air mineral. Tidak dilupakan juga, tiga biji tamar.

"Kau takmo pi mandi dulu ke?"soal Hannah.

"A'ah eh... ni kes terkejut beruk jumpa kau pagi-pagi..."Sarah mengeliat. Tuala di birai katil dicapai.

"Kau takmo sambung tidur ke, Hannah?"

"Lepas study sikit-sikit aku tidur la..."

"Study elok-elok....gua mau mandi..."

"Mandi cepat-cepat...bucuk!!"

"Eleh,kata kat orang, kau dah mandi ke?"

"Sudahlah...aku bangun satgi aku pakai baju sekolah terus..."

"Pape jelah... I go now..."

"Mandi elok-elok..."

"Yer.."Hannah sekadar menggeleng kepala. Epal digigit pelahan-lahan. Sebelah tangan pula ligat menulis nota Sains. Tangannya kidal. Selalunya, orang kidal ni banyak kelebihan...ya, tangannya kidal seperti ayah...'Ayah, raya dah nak dekat...' bisik hatinya.Dia hanya berharap ayah tenang di sana.

Tempoh hari, dia agak cemburu melihat kemesraan Sarah dan papanya menggugat hatinya. Dia juga ingin seperti Sarah... dia ingin peluang kedua bertemu ayah...tapi, pabila difikirkan kembali, mungkin itu takdir terbaik buatnya. Qada' dan qadar di tanganNya.
-----------------------------

Papan headcount diserbu segenap pelajar tingkatan tiga. Aih, mentang-mentanglah keputusan Percubaan PMR(SBP), baru nak serbu. kalau tidak, lengang saja papan headcount tersebut. Almaklumlah, para pelajar benci melihat keputusan mereka sendiri. Tapi, situasi kali ini nyata berbeza.

"Hannah!!!!!!"jerit beberapa rakan sedormnya.

"Erkk... kenapa pulak nih?"Hannah berkerut.

"Mai tengok result hang ni!!!"semua pakat teruja.

Tempat pertama. Straight A's... PNG 3.9... Allahuakbar! Ya Allah... wassyukurillah... Ya Rabb...Hannah teruja dan terharu, dia jatuh terlutut. Sarah memeluknya.Rasa bangga dengan pencapaian sahabatnya. Hannah mengalirkan air mata syukur.

"Ya Allah... aku tak pernah berniat dapat tempat pertama, tetapi Engkau Maha Pemurah Ya Rabb..."

"Dia Maha Penyayang, Hannah... Dia balas cinta kau padaNya..."Hannah dan Sarah masih belum terlerai pelukan mereka.

Shukri sekadar melihat kesyahduan dua sahabat tersebut.Dia tersenyum.Keputusannya juga tidak kurang bezanya dengan Hannah. Menduduki tempat kedua sudah cukup membahagiakannya...walaupun terjatuh satu tangga yang sering dibolotnya.Afwan pula diam tidak terkata. Dia malu juga... masakan tidak, keputusannya cukup-cukup makan saja, tetapi, keputusan insan yang didambanya melangit tinggi bezanya.

'Balik raya ni sah-sah kena sound dengan umiku...'Afwan dapat membayangkan situasi tersebut.Itulah, asyik 'angau' saja!
-----------------
Hari ini, semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung.Masing-masing gembira nak beraya! Hostel meriah dengan lagu raya yang dipasang di PA System. Sedang yang lain sibuk di kamar, Shukri ke bangunan akedemik sebentar. Niatnya, nak mengemas sedikit barang-barang dan mengambil buku supaay dapat membantu untuk melakukan kerja rumah yang ditinggalkan para guru.

Pintu kelas dibuka. Shukri memang tidak senang dengan keadaan kelas yang bukanlah tidak kemas tetapi, kurang teratur. Dia membetulkan sedikit kedudukan meja guru, meja rakan-rakannya dan mejanya sendiri. Tanpa sedar, dia diperhati dari luar.Dia berkalih ke belakang. Ish, tak ada sesiapa...Lantaklah... dia segera mengambil segala barang yang perlu. Dia keluar dari kelas dan tertanya-tanya, adakah orang yang mengintainya dari tadi? Atau perasaannya saja?Dia menutup pintu kelas dan...

Tiba-tiba...

"Boo!!"Afwan rupanya.

"Ada apa kau dok kat belakang pintu nih?"Shukri belagak slumber.

"Kau betullah...kalis terkejut betul..."Afwan tak puas hati.

"Then, kau nak aku buat apa?"

"Act, aku ada hal nak cakap dengan kau..."Afwan serius.

"Cakaplah..."

"Maaf aku terbaca kad raya yang kau tak jadi hantar nih..."Afwan menunjukkan kad raya tersebut. Shukri menelan liur.Macam mana boleh ter'kantoi' ni??

"Aku... aku tak jadi hantar pun..."Shukri tidak tahu kenapa dia gelabah tika ini...

"Kad ini untuk Nadya Hannah,kan?"Suara Afwan semakin meninggi pula.

"Afwan... Shukri... kenapa dengan korang ni?"Sarah muncul depan mata mereka.

"Sarah? Apa kau buat kat sini?"soal Afwan.
-----------------------

Mimpi & Harapan ( 5 )

Hujung minggu sudah tiba lagi. Hannah bersemangat hendak mengemas barang. Mana tidaknya, pastinya dia gembira punya teman berbual di rumah nanti. Sarah sekadar senyum nipis. Hatinya tidak sedap. Seolah-olah ada sesuatu hendak disampaikan oleh mama. Agaknya, apakah beritanya?

"Sarah, dah siap dah?"Sarah menoleh pandangannya dari beg.

"Dah... dah siap dah..."

"Kenapa aku tengok kau macam risau je...rilek la,"kata Hannah.

"Hmm... don't worry la kawan... aku ok je... takder pape..."Sarah meyakinkan Hannah.

"Ok, jom turun! Sekejap lagi ibu aku sampai..."
----------------------

Kampung Hannah sangat mendamaikan. Di belakang rumahnya terdapat sebatang sungai cetek yang jernih. Bertuah Hannah dapat hidup seharian di sini. Tak perlu pening kepala hendak pulang ke kampung, kesesakan lalu lintas...Sarah tenang seketika.

"Amboi! Cik kak sorangnih, jumpa sungai tak ingat orang..."tegur Hannah.

"Eh, mana ader..."Sarah tersengih.Kakinya yang direndam dalam sungai terasa dingin sekali.

"Seronok ek duduk kat sini..."

"Kampung lain, Sarah... bandar lain..."

"Adik kau mana?"

"Yang mana?"

"Hazwan..."

"Ada dalam bilik... Sarah, sejak dia keluar ICU tempoh hari... dia jarang keluar rumah dah, kalau tersilap sikit, mesti dia meraung sakit... Entahlah...ibu kata dia akan sembuh, tapi tak tahu bila,kan? Kesian dia...mata, tangan kaki dia bengkak, Sarah...raya kali ni memang tak seceria dulu lagi... tak ada dah kenakalan adik aku seorang tuh..."luah Hannah.

"Doa kan senjata kita, Hannah? Cuma, Allah nak bagi makbul, cepat atau lambat je..."

"Along, ajak kawan masuk sekali, ye... nak berbuka dah ni..."panggil ibu dari dapur.

"Sarah, jom... mak aku masak spesial punyerr...hehe,"

"Mak kau masak pe?"

"Kebab!!"

"Biar betul..."

"Betullah... mak aku jual kebab, dia ambil order kalau ada yang nak... siang mak aku kerja, cikgu kat sekolah rendah depan jalan tu..."

"Oh, begitu... kreatif betul ye mak kau cari duit..."

"Kalau tak buat macam tu... susahlah, gajinya bukan cukup nak tanggung benda lain..."

"Betul jugak..."

"Along, cepatlah! Nak berbuka dah ni!!"jerit Angah.

"Adik aku dah bising dah tu...hehe..."Hannah tersengih.
-------------------
Suatu keunikan yang jarang ditemui dalam mana-mana keluarga. Keluarga Hannah akan menerima pesanan kebab mengikut masa yang ditetapkan. Jika sempat, mereka dapatlah ke surau untuk berterawikh tetapi, jika pesanan diminta awal oleh pelanggan, mereka akan menyediakan kebab dan menghantar kepada pelanggan. Kemudian, mereka akan bersolat berjemaah bersama diikuti solat sunat tarawikh.

Hannah akan menjadi imam kadangkala. Keluarga mereka keluarga wanita... hanya Hazwan sajalah imam yang tinggal. Namun, dia masih terlalu muda dan belum akhil baligh. Malah, dia sedang sakit. Kadangkala, jika Hannah tidak pulang bercuti, Angah yang menggantikan tempatnya. Angah bersekolah di sekolah pondok berdekatan di samping belajar di sekolah kebangsaan seperti orang lain pada waktu pagi. Ibu Hannah amat menitikberatkan pendidikan agama dalam diri anak-anaknya.Sarah kagum dengan keluarga Hannah.

"Sarah, sudilah jadi imam untuk Isya' malam ni, ya?"pinta ibu Hannah.

"InsyaAllah... tapi, saya tak adalah sebaik Hannah... bacaan saya biasa saja..."Sarah tersipu malu.

"Alah, sudi sajalah ya..."pinta Hannah pula.

"Baiklah..."

Malam ini menjadi sejarah dalam hidup Sarah. Dia, sejak masuk sekolah menengah baru celik Al-Quran, baru tahu bersolat...tapi, tak sangka dia dijemput untuk menjadi imam. Sebak juga di hatinya, kerana selama ini, dia sendiri tidak pernah berjemaah bersama keluarga...apatah lagi menjadi imam...

Surah Al-zalzalah dibaca. Tanpa sedar, dia mengalirkan air mata. Tangisan yang sebenar-benar tangis. Bukan menangis kerana cinta dusta, bukan menangis kerana kecewa dengan hidup ini, bukan menangis kerana putus asa tetapi kerana cinta pada Allah SWT semata-mata.

Pada hari itu manusia bangkit berpisah-pisah untuk diperlihatkan amal-amal mereka
Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, dia akan melihat (balasan)nya.

'Mama, papa, abang, akak... adik jadi imam... adik tak sangka... tapi, bila lagi adik dapat berjemaah dengan kalian?''
-------------------
Sebelum pulang ke hostel, mereka sempat singgah ke Bazaar Ramadhan berdekatan dengan sekolah. Hannah sekadar melihat-lihat saja. Dia tidak ingin membazir sungguhpun dia juga teringin hendak membeli juga. Mata Sarah meliar memilih juadah yang ingin dibeli. Duit dalam dompet masih belum disentuh lagi.

"Pak cik, murtabak daging satu, murtabak ayam satu..."pesan Sarah.

Dia mengambil duit dalam dompet. Belum sempat dia hendak membayar.

"Takpe bang, saya yang bayar...berapa?"seorang lelaki bersuara.

"RM4,"

Sarah mengalihkan pandangannya. Papa??
-------------------------

Mimpi & Harapan ( 4 )

"ibu...tolong beritahu along...

""Along, adik akan sembuh..."

"Alhamdulillah..."Hannah lega seketika.
"Tapi...""Kenapa ibu?"
"Hmm... tak ada apa-apa... Along, ibu ada kerja ni... lain kali telefon lagi ya..."talian terputus.Sarah faham perasaan Hannah. Dia tidak punya adik seperti Hannah, tapi, dia tahu isi hati seorang kakak. Dia sekadar diam sehingga Hannah sendiri memulakan bicara. Hannah memandang wajah Sarah yang bersih. Dia yakin, Sarah sahabat yang baik.

"Aku rasa macam ada something ibu aku sorokkan..."keluh Hannah.

"Hannah, sabarlah... mungkin belum tiba masanya ibu kau beritahu perkara sebenar...hmm... maaf kalau aku bertanya?"

"Tanyalah..."

"Kenapa kau balik hari itu..."Hannah teragak-agak hendak menjawab.

"Adik aku... masuk ICU..."

"Hmm... Hannah, aku harap kau sabar ya... Aku tahu, kau seorang yang tabah..."

"Terima kasih, Sarah..."

"Eh, jomlah, pergi surau cepat, nanti terlambat pulak..."

"Hah, betul jugak kata kau.. jom!"

----------------------
Petang itu damai sekali. Usai tadarus, Hannah dan Sarah meluangkan masa di Astaka. Angin petang amat menyenangkan tika ini. Ladang kelapa sawit bersebelahan padang menyerikan pemandangan. Hijau... ya, hijau itu damai. Sarah memandang Hannah. Dia seakan hendak memberitahu sesuatu...ya, Hannah dapat rasakannya.

"Kau ni kenapa, Sarah?"

"Hmm... Hannah, kalau aku cakap kau jangan marah ya..."

"Cakaplah..."

"Hari tu... Afwan tanya kau ke mana? Sebab, dia tak nampak kau dalam kelas..."

"Itu je ke kau nak beritahu aku?"riak muka Hannah tidak menunjukkan sebarang reaksi...seolah-olah tiada perasaan.

"Hurmm... aku rasa dia minat kat kau... kau tak ada simpan perasaan kat siapa-siapa ke?"

"Dalam hati aku... hanya ada seorang lelaki, yang takkan aku jumpa galang gantinya..."Hannah terhenti seketika.

"Dia... ayahku... seorang ayah yang sentiasa hidup dalam hatiku...dalam keluargaku,"Hannah memandang Sarah. Dia tersenyum.Sarah terdiam.Ayah... dan keluarga. Bertuah Hannah. Kenapa dia tidak dapat menjadi seorang anak sebaik Hannah? Kenapa nilai cintanya pada keluarga tidak sehebat Hannah? Dia agak terkilan mendengar perkataan 'keluarga'.

"Sarah, aku tak pernah dengar cerita pasal keluarga kau..."

"Hannah, janji ya, hanya kau yang dengar kisah hidupku ini..."

"InsyaAllah..."

"Kau bertuah Hannah, kau anak yang baik... Hannah... mama dan papaku dah lama bercerai. Family aku tak seperti kau.... Akak aku dengan hidupnya... begitu juga dengan abangku... tiada yang peduli padaku... walau aku masih punya seorang papa, tapi aku tak dapat rasa kasihnya... mama pula, sibuk dengan urusan bisnesnya... kau tahu, hari raya pun, papa tak pernah datang melawat kami anak beranak. Dia hanya tunaikan tanggungjawabnya saja... dengan duitnya saja... tak lebih daripada itu..."pertuturan Sarah seolah-olah dia pasrah dengan hidupnya.

"Sarah... hakikatnya, kita serupa tapi tak sama... kalau kau sudi, tumpanglah rumah aku...bila-bila kalau kau rasa sunyi..."kata Hannah.

"Hannah, terima kasih... hmm..."Mereka turun dari Astaka pulang ke hostel. Petang yang bermakna... baru kini, Hannah tahu kisah hidup Sarah. Dalam hati, dia berharap keluarga Sarah dapat bersatu kembali. Dan, dia bersyukur masih punya keluarga yang cukup bahagia walau sering diuji pelbagai ujian.Itulah, dikatakan hikmah kehidupan.

---------------------------
Shukri meletakkan kopiahnya di atas dinding sementara hendak berwudhu'. Selesai wudhu' dia mencapai kopiahnya namun terjatuh keluar. Alamak! Leceh betul...Dia keluar ke belakang surau ingin mengambil kopiahnya. Erkk... Hannah pula yang ambil...Shukri gelabah... Aduss, jantung ni kalau tak berdegup 'merdu' tak boleh ke? Allah... apa aku nak buat ni? Kenapa dia pula yang jumpa kopiah aku ni?

"Ermm... Shukri, ni kopiah kau ke?"tegur Hannah.

"A'ah...macam mana kau boleh jumpa?"Shukri sekadar menunduk sedikit kepalanya...segan bertandang di hatinya.

"Tadi, aku nak masuk tandas nampak kopiah terjatuh..."muka Hannah tak ada sebarang reaksi. Tak ada perasaan agaknya...Hannah terus menyusun langkah yang terbantut tadi.

"Hannah, sekejap... terima kasih..."muka Shukri agak kemerahan tika ini.

"Small matter... sama-sama hamba Allah kena saling menolong..."Hannah senyum nipis...namun, sudah cukup menggugat hati Shukri. MashaAllah... manisnya dia senyum walaupun nipis.

"Hannah, cepat! nak masuk waktu dah ni..."ish, Sarah ni kacau line ajelah!

Sarah keluar dari tandas. Shukri terus berlalu masuk ke surau.Sarah hanya dapat melihat sekilas pandang Shukri.Seketika dia tersengih. Hmm, kasihan Afwan, tak ada 'can' lah kau... Seandainya dibandingkan Afwan dengan Shukri, sudah tentu ramai wanita akan pilih Shukri kerana perwatakannya.Tapi, Sarah sedar, dalam hati Hannah, hanya ada keluarga tercinta dan kenangan arwah ayahnya.

"Sarah, apa kau tunggu lagi ni? AKku dah habis 'melabur'... jomlah masuk surau!"

"Eh, dah abis ek? A..ok ok..."Sarah tersedar daripada lamunannya.

'Astagfirullah... tak sedar aku'
-------------------------

Perjalanan ke prep malam sekadar diisi dengan perbualan harian. Ada dalam kalangan warga aspuri yang berjalan bersama rakan-rakan mereka yang membentuk satu kumpulan tidak kurang juga yang berpasangan dengan teman akrab, ada juga yang berseorang ditemani MP3 di tangan. Ada juga yang tergesa-gesa hendak ke kelas. Hannah dan Sarah berjalan dengan tenang, tidak mengejar apa-apa.

"Raya tahun ni kau raya kat mana?"soal Sarah.

"Dekat rumah jer... maklumlah, kampung sebelah rumah..."

"Ooo.. kira dekatlah dengan atuk dengan nenek ek?"

"Lebih kurang begitulah... kau amacam?"

"Aku... ntahlah, tak tahu lagi..."

"Senang-senang datanglah rumah... hah, minggu ni boleh balik, kan? Kau nak tumpang rumah aku sehari dua?"tawar Hannah.

"Tak menyusahkan ibu kau ke? Yelah, ibu kau kena jaga adik kau lagi..."

"Alar... ibu aku yang suruh ajak kau datang ke rumah sekali... kau nak tak?"

"Boleh juga..."Sarah menghadiahkan senyuman kepada sahabatnya itu.
--------------------------
"Boleh tak mama?"soal Sarah penuh mengharap.

"Boleh tu boleh...mama tak ada hal...tapi..."

"Kenapa, ma?"

"Tak apalah... mama sebenarnya nak ajak kita satu famili jumpa someone... tak apalah...mama tunda hari lain sajalah..."

"Boleh ek, ma?"

"Boleh... duduk rumah orang elok-elok...Sarah, I'm so sorry... kalau selama ni, mama busy..."Sarah terkedu. Kenapa tiba-tiba mama cakap begini?

"Tak apa...ma..."talian terputus begitu saja... duit syiling sudah habis... Sarah meletak ganggang telefon awam.

Kenapa dengan mama ni? Buang tabiat ke? Apa-apa ajalah...
--------------------