BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 1 )

Pensel di tangan ligat menari di atas kertas kajang. Soalan matematik satu demi satu diselesaikan. Sudah penuh kertas kajang diconteng jalan kiranya. Terbit kepuasan dalam hatinya Sesekali dia menghela nafas. Air kosong dalam botol diteguk menghilangkan dahaga. Kelas persediaan petang yag terik. Fuh~ lega rasanya tekak ini. Sebahagian ahli kelas PMR Delta ada yang sudah tertidur. Lumrah alam asrama.

Jam 4.15 petang.Dia berehat seketika. Menghilangkan lenguh. Tanpa sedar, fikirannya melayang. Terkenang suasana di desa nanti.Agaknya, apalah ibu dan adik-adik sedang lakukan di rumah,ya? Hurmm... kalaulah ayah masih ada lagi... pasti adik-adik akan gembira menyambut kepulangannya dari kerja. Tapi, itu dahulu...

Masih dia ingat, ayah tak pernah berharap apa-apa...Ayah kata, selagi ayah masih mampu berikan, dan masih terdaya... ayah akan bagi... mintalah apa-apa...sedang dia tahu, ayah sendiri punya hasrat. Cuma, ayah tak mahu nasibnya berulang kepada anak-anaknya.Ayah tak mahu bebankan antara impiannya dengan anak-anak. Arwah atuk sangat berharap ayah menjadi seorang doktor, ayah tunaikan kerana atuk. Malangnya, nasib ayah tidak baik, ayah gagal di universiti. Lalu, ayah sekadar bekerja sebagai pemandu teksi. Sesekali, ayah akan menulis dan alhamdulillah, penulisannya diterima segenap masyarakat.

Dan, kini... ayah sudah pergi... Ayah, dia korbankan jiwanya untuk orang yang dicintainya....Ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya dan keluarganya... 'Ayah, mampukah anak ayah ini mengikuti jejak ayah?' persoalan itu sekadar dalam hatinya saja.

"Hannah...jom balik?"ajak Sarah.

"Dah abis prep ke?"lamunannya terhenti.Matanya dilirik ke jam dinding dalam kelas. Sudah 4.30 petang.

"Yup...jom lar... nanti boleh turun awal kalau kita balik sekarang,"Sarah mengukir senyum nipis.Penat barangkali petang-petang begini.

"Ok...jom...balik.."
----------------------------

Tasik SAKBA di depan mata ditatap penuh sayu. Entah apa yang mengusik jiwanya tika ini...Yang pasti, ia sebuah rindu. Ya... rindu yang sering bertandang di hati. Novel tulisan ayah dibaca sudah berulang kali. Mungkin, orang lain tidak tahu, apa sebenarnya yang ada pada novel tebal itu...hanya dia yang tahu...sedangkan Sarah, walaupun sahabat yang paling akrab juga tidak tahu rahsia nilai novel tersebut dalam jiwanya.

"Hannah... apa yang kau tenungkan tu?"soal Sarah.

"Tasik, rumput...hijau..."balasnya.

"Tak...maksudku, apa yang kau termenungkan tu? I mean that... what are thinking 'bout?"

"Adalah..."

"Takper kau...takmo kasi tahu aku..."Sarah buat gaya merajuk.

"Hekhek...majuk pulak dia..."Hannah cuba memujuk.

"Majuk lar, orang tak sudi nak berkongsi hati..."

"Takder pape la...aish..."

"Betul?"

"Betul la..."

"Hannah, kalau kau ader masalah ke, nak luah perasaan ke...aku kan ada?"

"Terima kasih, Sarah... selama ni, aku pun banyak menyusahkan kau,kan?"

"Itulah namanya kawan...kau ni..."

"Aku cuma rindu... itu je..."jelas Hannah.

Sarah terdiam. Dia faham apa yang bermain dalam hati Nadya Hannah, sahabatnya itu. Dia kenal kecekalan hati seorang teman. Ya, Nadia Hannah, bukanlah gadis yang lemah jiwanya. Dia tampak tenang, bahagia dan ceria kerana ketabahannya. Andai dia mengambil tempat Hannah, dia sudah pasti yang dia tidak akan dapat meneruskan hidup setabah Hannah.

"Hannah, boleh aku tengok-tengok novel tu?"pinta Sarah.

"Boleh..."novel 'Suara Mimpi' tulisan Awang Pujangga, nama pena ayah Hannah bertukar tangan.

"Novel ini ibarat ayah aku...Sarah..."terluah juga apa yang terbuku sekian lama dalam hati Hannah.

"Hmm... Awang Pujangga, ayah kau, kan?"Hannah mengangguk.

"Aku baca sajak dalam ni, boleh?"pinta Sarah lagi.

"Bacalah, aku senang kalau ada yang membacanya..."

Rindu itu adalah anugerah
Rindulah yang menyatukan tautan hati
Dengan rindu, jiwa kenal erti kasih
Dengan rindu, terpadam benci
Dan, rindu, itu suci

"Hannah, rindulah yang menghidupkan perjuangan kau... Hannah, jangan sedih ya... kerana rindu, mimpi dan harapan kau akan hidup! Percayalah kata-kataku... aku akan bersama kau selagi diizinkanNya...insyaAllah..."Sarah menggenggam erat tangan Hannah. Hannah memeluk Sarah. Tasik SAKBA menjadi saksi persahabatan dua hati...
------------------

Malam Pertama Ramadhan. Sebuah penantian yang sekian lama ditunggu. Alhamdulillah, rezeki bertandang lagi. Surau Al-Ikhwan meriah menyambut ihya' ramadhan. Wajah Hannah berseri penuh kesyukuran.

"Hannah... kita jumpa lagi ramadhan!! Allahuakbar..."luah Sarah. Seakan-akan dia ingin bersujud syukur sekali lagi.

"Alhamdulillah... hah, selepas tarawikh, ada upacara pembukaan program Ihya' Ramadhan... mesti syok kan?"

"Dah tentulah...tambahan pula esok cuti...seronoknyerr..."

"Hurmmm.... Atur cara majlis macam mana ek?"

"ada ucapan pengetua then, ada persembahan Tilawah Al-quran, berzanji dengan nasyid! Esok ada qiamullail...tapi, yang sedihnya, mesti Aspura ramai...segan lar nak turun..."

"Buat dalam dorm sudah la..."

"Hah, ok jugak tu..."

Allahuakbar...azan bergema.

"Eh, dah masuk Isya'... aku nak pergi ambil wudhu' sekejap..."kata Sarah.

"Ok..."
--------------------

Shukri naik ke pentas. Mikrofon dibetulkan. Dia menyelak Surah Al-Ahqaf sebelum memulakan tilawah. Dia menarik nafas. Lalu, dia memulakan dengan Bismillah.

Alunan merdu tilawah Al-Quran dihayati setiap bait-baitnya. Seketika hati Hannah tersentuh. Pesan abah terimbas kembali 'Sayang ibu tiga kali, sayang abah sekali'. Wajah ibu terbayang di layar minda.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Hannah keluar dari dewan segera. Dia benar-benar tak dapat menahan sebak di hati. Ada di kalangan puteri yang melihatnya namun tidak diendahkan. Sarah segera menemaninya. Tidak mungkin dia biarkan sahabat baiknya begitu saja. Shukri yang turut menyedari hal tersebut terhenti seketika bacaannya. Lalu, dia memulakan kembali. Dia kenal, gadis itu... Nadya Hannah.

----------------------

"Hannah... dah la, jangan nangis lagi... aku ader duit syiling nih... pergi telefon ibu kau..."Sarah menghulurkan duit syiling dari kocek baju kurungnya.

"Takper la, nanti kau nak call ibu kau macam mana?"

"Aku ada lagi..."Sarah berdalih.

"Yelah tu...macam aku tak kenal kau... kau kata je ada, padahal poket dah kosong..."Sarah tersentak, macam mana dia tahu?

"Macam mana kau tau?"

"Hekhek, aku boleh baca..."Hannah sengih kelat. Sekadar menghilangkan sebak di dada.

"Merapulah kau...nanti pandai-pandailah aku cari lain duit syiling..nah, amik ni, telefon ibu..."arah Sarah.

"Sarah...simpanlah...kau dah banyak tolong aku... simpan, untuk kau sendiri..."Hannah menolak dengan baik.

"Nadya Hannah, kalau kau sayang aku...ambillah..."pujuk Sarah. Sarah tersenyum. Ada sesuatu yang menyentuh hatinya dengan peribadi Hannah. Hannah akur. Segera dia menelefon rumah.
-----------------------

Shukri keluar ke belakang tabir pentas. Dia mengintai di sebalik pintu apa yang terjadi di luar dewan. Sebenarnya, inilah buat kali pertama, dia melihat air mata Hannah mengalir. Biarpun mereka sekelas, namun, Hannah lebih suka mengelak daripada bercakap dengan mana-mana budak lelaki kecuali ada perkara penting. Hannah terkenal dengan sikapnya yang ceria dalam kalangan rakan-rakannya. Tak pernah melihat Hannah muram, sedih apatah lagi menangis.

"Hoit! Apa hang dok buat nih?"tegur Afwan.

"Eh, tak ada apa-apa..."jawab Shukri agak tergagap.

"Haih, Qari' sekolah mengintai orang...ada apa-apa ke?"

"Eh, mana ada mengintai! tengok kat luar...tak ada apa-apa pon..."jawab Shukri selamba.

Afwan melihat ke luar. Ternyata, memang tak ada apa-apa...kerana Hannah dan Sarah sudah beredar.

"Kan? Tak ada apa-apa, kan?"Shukri tersengih. Alhamdulillah, mereka berdua tak ada di luar lagi.

"hmm...pape jelah..."Afwan beredar.

Shukri menghela nafas lega. Sebenarnya, apa yang terjadi pada Hannah? Takkan sebab ayat-ayat yang dibaca tadi? Dia menyelak helaian Al-Quran tafsir di tangannya. Dia meneliti satu persatu makna setiap ayat dalam Surah Al-Ahzab...oh, tentang ibu...Seketika, hatinya tersentuh jua...namun, sedaya upaya dikawal...'pasti Hannah sedang sedih sekarang...Astaghfirullah, apa aku dok merapu nih?' hatinya berdesis.

0 comments: