BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 9 )

Ustazah Hafidzah memegang tangan Sarah. Dia tersenyum. Terbit cahaya keikhlasan dari sinar matanya yang sedikit sepet. Sarah seakan kelu... sebenarnya, dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang diingininya. Sungguh, dia tidak mampu menjawab.

"Ustazah... saya cari... saya cari sesuatu tetapi saya tak tahu..."air mata hangat mengalir di pipinya.

"Saya tahu, kamu cari apa..."ustazah menyapu air mata di pipi Sarah.

"Ustazah...tahu?"

"Sebab, saya juga pernah cari apa yang kamu cari..."

"Ustazah jumpa...?"terbit harapan untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik kata-kata ustazah.

"Ya, saya jumpa setelah bertahun mencari... Sarah, kamu cari sakinah dalam hidup kamu... itu yang kamu cari sebenar-benarnya..."

"Sakinah itu apa, ustazah?"

"Sakinah itu, damai... Damai yang kamu cari dalam bahagia... Teruskan mencari, Sarah... kamu pasti akan ketemu..."

"Ustazah benar... ustazah, izinkan saya mengetahui kisah pencarian yang ustazah lalui..."Sarah penuh mengharap.

"Kamu tak kisah tidur lewat?"

"Tak... ceritalah ustazah..."

"Dah bertahun lamanya ia berlalu,"

-----------------------------

Nama sebenar ustazah Jessica Lee. Ustazah berdarah kacukan Inggeris-China. Sewaktu masih kecil dahulu, ustazah pernah menetap di England. Namun, ibu bapa ustazah bercerai sewaktu ustazah berumur lima tahun. Ustazah dan keluarganya pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru.

Usia remajanya dilalui tanpa sentuhan kasih ibu apatah lagi kasih ayah. Ibunya sibuk dengan bisnes hotel yang semakin berkembang pesat. Masa-masanya diluangkan bersama rakan-rakan. Berfoya-foya, ponteng sekolah, merokok adalah perkara biasa. Sampai satu masa, dia berpakat dengan rakan-rakannya menjual CD cetak rompak.

Dipendekkan cerita, jenayah yang dilakukan oleh mereka terbongkar. Ustazah direman sebelum diikat jamin oleh ibunya. Takdir Allah yang Maha Agung menemukan ustazah dengan hidayatullah. Pada mulanya, ustazah menangis teresak-esak. Tetapi, ada seorang daripada tahanan tersebut memujuknya.

"Adik...sudahlah, jangan menangis lagi,"pujuk wanita tersebut.

"hmm..."ustazah diam saja.

"Sabarlah,dik. kita ditahan di sini, pasti ada hikmahnya,"

"hikmah?"

"Ya... mungkin Tuhan sedang menguji kita..."

"Tuhan?... akak percaya dengan Tuhan?""soal ustazah, ketika itu ustazah dalam kebingungan kerana selama hayat ustazah tak pernah berbicara soal ketuhanan.

"Ya... andainya tiada Tuhan, lalu bagaimanakah alam ini boleh tercipta dengan sendiri? Logikkah?"soal wanita itu kembali.Ustazah terfikir dan terus berfikir. Tiada hujah yang jelas yang dapat menidakkan hakikat tersebut.Ustazah jadi kelu. Dan, mulai saat itu, pintu hati ustazah terbuka.

Selama beberapa hari dalam tahanan, banyak persoalan yang dilemparkan kepadanya. Tentang hidup ini, tentang penciptaan alam dan tentang Tuhan. Saat itu, hanya Dia yang tahu betapa ustazah rasa sangat-sangat bahagia, sangat tenang... tenang yang tak pernah dirasai....Sebelum ini, dia tak pernah kenal Tuhan kerana walaupun dia berstatus penganut Kristian, tetapi, keluarganya sekadar menggunakan status tersebut dalam kad pengenalan semata-mata. Mereka sebenarnya berfahaman ateist.

Sampai hari terakhir ustazah dalam tahanan, ada satu soalan terakhir yang ditanya oleh ustazah.

"Akak, kenapa akak dimasukkan ke sini?"

Wanita tersebut diam saja. Dia pastinya tidak mahu memberitahu.Sampai hari ini, wanita itu tidak menjawab lagi soalan tersebut. Sedang ustazah menunggu jawapan tersebut, dia diberitahu bahawa dia telah diikat jamin. Ustazah benar-benar tidak menyangka akan hal tersebut. Ustazah keluar dan terus mencari hidayah, mencari kebenaran hakiki dalam hidup ini...

Ustazah memeluk agama Islam setelah tamat tingkatan enam.Ketika itu, sesiapa pun tidak mengetahui akan pengislamannya. Sampai suatu hari, ibunya terjumpa sepasang telekung di dalam almarinya.

"Mama... Jessy dah masuk islam,ma..."terang ustazah.

Puan Lee, ibu ustazah menamparnya. Mukanya merah pedam. Ustazah cuba menenangkan ibunya namun tidak berjaya. Marah Puan Lee bertambah parah. Dia mengambil semua pakaian ustazah dan dibuang ke luar rumah. DIa menghambat ustazah keluar.

"Setelah aku dikecewakan daddy kau, seorang anak aku pun tak berguna sekarang!Aku keluarkan kau dari penjara walaupun aku malu dengan perbuatan kau! Tapi, inikah yang kau balas?? Sudahlah akak kau lari dari rumah, sekarang kau pula kecewakan aku dengan kepercayaan kau! Apa buktinya kalau Tuhan sayangkan kita, ha? Apa buktinya Dia ada? Sudah, sekarang, kau keluar!!! And don't ever come back! Kau bukan lagi anak aku! Pergi!!!"

Ustazah keluar dari rumah dengan sedih yang teramat sangat!Dia dibuang keluarga semata-mata kerana telah bergelar seorang muslimah. Namun, masih ada yang bersimpati dengannya. Dia diambil menjadi anak angkat sebuah keluarga yang sangat memahami dan baik hati. Dan, sampai sekaranglah... ustazah tidak bertemu dengan keluarganya.
----------------------

"Habis tu... raya kali ni, ustazah raya dengan family angkat ke?"

"Macam tulah... ustazah tengok drama 'Syurgamu Ramadhan'... ustazah harap, satu hari nanti, ustazah pun dapat rasa keadaan macam dalam cerita tu...apabila, family ustazah dah bersatu..."

"Aih, ustazah tukar topik masuk babak drama pulak..."usik Sarah.

"A'ah kan... haha... tak sedar termasuk babak drama pulak... hmm... seronok dapat bersembang dengan kamu..."

"Takper ustazah... kita dapat berbicara dari hati ke hati...hehe..."

"Iyalah tu..."

Malam sudah larut. Sarah dan Ustazah Hafidzah menghabiskan maggi tom yam dan air milo yang sudah hampir sejuk. Kemudian, mereka masuk tidur.

Hakikatnya, setiap manusia mengharapkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini. Tetapi, tak ramai yang dapat melihat dengan jelas kehadiran bahagia dan sakinah itu sendiri. Ada hikmahnya juga, supaya manusia itu sendiri dapat mensyukuri nikmat tersirat dan tersurat dan menerima dengan redha dan ikhlas qada' dan qadar...bukankah itu sebaik-baiknya?
-----------------------

Sate yang enak baunya memikat hati Hannah untuk mengambilnya. Hannah menjamah hidangan kegemarannya itu. Jamuan Aidilfitri berjalan lancar. Hadirin ada yang ketawa kecil melihat telatah juru acara yang pelbagai ragam. Sarah tidak ambil kisah yang juruacara asyik merepek entah apa-apa.

"Sekarang, kita akan pekena sesiapa yang terkena! Insan bertuah yang dipanggil namanya sila tampil ke hadapan..."

Ada yang teruja hendak tahu siapa yang terkena, tidak kurang juga yang teringin namanya dipanggil. Namun, Hannah sekadar melayan saja. Tiada apa pun menarik baginya. Begitu juga dengan Sarah. Sarah memang tidak sporting orangnya. Dia seorang yang serius namun hanya berjenaka atau mengusik rakan-rakan yang rapat saja.

"Ok... insan terpilih ini harus membuat ayat jiwang secara spontan bertemakan Hari Raya..."

"Insan ini dari kelas PMR Delta... Seorang puteri yang sopan santun budi pekerti... warga Delta sekalian, anda kenal tak siapa orangnya?"

"Sarah!!!"

"Ya, tepat sekali!! Cik Sarah, sila tampil ke hadapan..."Sarah tidak perasan namanya yang disebut.

"Mana dia Cik Sarah kita nih?"juruacara galak mempromosi insan yang dipanggilnya.

"Sarah... pergi depan..."kata Hannah.

"Aku ke?"Sarah terpinga-pinga.

"Cepatlah..."

"Erkk..."

"Baiklah, Cik Sarah, silakan..."

Sarah gementar. Tetapi, dia menenangkan diri seketika. Mengapakah semua galak memandang ke arahnya? Dia gelabah...cool, Sarah... cool...

"Bismillahirahmanirrahim...

Bertahun lamanya aku menanti
Sudah puas kumencari
Di manakah dapat kuketemu lagi
Duhai yang kukasihi....

Kusyukuri
Nikmat bertemu dikau lagi
Namun, kenapa kau buatku begini?
Setelah kau menggores hati ini?

Kurindu sebuah kasih abadi
Yang tersemat kukuh di sanubari
Namun, dapatkah kau tunaikan hajat ini?

Saat lebaran ini
Kupendam sebuah harapan suci
Namun, tak mungkin dapat kurasai
Masa yang telah berlalu menjadi memori

Salam Aidlfitri
Semoga kau bahagia nanti
Kutak terasa hati lagi
kerna pasti ada hikmah di sebalik ini

Sarah menunaikan permintaan juruacara dengan baik sekali.

Hadirin menepuk tangan. Ustazah Hafidzah tahu, dalamnya makna nukilan hati Sarah tadi. Majlis terus berlansung dengan meriah. Kini, giliran Afwan pula yang dicabar untuk membuat ayat jiwang... perlukah slot ini dalam majlis serba meriah ini? Macam tak logik pun ada juga, tapi, nak buat macam mana, idea senior...

"Harap semua bertenang ya..."Afwan tersengih. Syoklah tu!

Kata saiful apek,
cinta itu seperti makan sambal belacan
walau pedas hingga mengalir air mata
namun masih mahu dimakan jua...

"Saudara... apa saudara ciplak idea orang ni? Original maa...."ucap juruacara memperkena Afwan.

"Lek la bro... ni intro je... ok...ni real punya..."

Kata orang
jangan mengharap Fatima dalam hidup kita
jika diri tidak sehebat Ali

Jangan mengharap Zulaikha
Jika diri tidak sekacak Yusuf

Tapi
Kata saya
jangan kita mengharap kelebihan seribu bulan
jika diri sendiri tidak tertahan walau sebulan

Jangan kita mengharap beraya saja
sedang perayaan sebenarnya raya di syurga

Sekian..."

Pendek tetapi mantap apa yang disampaikan Afwan. Ia berbentuk sindiran pada diri sendiri. Shukri tersengih saja sejak tadi. Dia benar-benar tidak menyangka Afwan juga tahu ayat-ayat cintan cintun begini. Timbul rasa hormat kepada sahabatnya itu kerana berani menyindir diri sendiri. Selalunya, manusia akan mencari salah orang lain tanpa sedar salah sendiri. Afwan, hatinya setegas Umar namun egonya senipis kertas.

Sesi bergambar mengakhiri majlis malam itu. Semua pelajar asyik bergambar tanpa sedar majlis sudah hampir ke penghujungnya. Majlis ditutup dengan aktiviti gotong-royong kecil. Akhirnya, semua bersurai pulang ke hostel. Dewan makan ditutup memandangkan sudah tamat majlis.
------------------

Hujung minggu bertandang lagi. Sarah keluar outing bersama rombongan Aspuri ke pasar raya Jusco Seberang Prai.Hannah tidak ikut serta. Dia meluangkan masa di bilik rekreasi. Hanya segelintir warga Aspuri di dalam bilik tersebut. Majoritinya kakak senior tingkatan lima yang tekun mengulangkaji pelajaran. Hannah tergerak hatinya untuk mengambil diarinya dalam beg. Dia terlihat sebuah novel di sebelah diarinya. Ya Allah, novel kesayangannya. Dek kerana sibuk menempuh ujian percubaan, dia terlupa hendak menyambung bacaannya. Walaupun sudah berkali-kali khatam, dia teringin hendak membaca lagi.

Dia menyelak-nyelak helaian muka surat dalam diarinya. Sudah lama benar dia tidak membuka diarinya. Di sebalik helaian muka surat tersebut, terselit gambar yang sangat menyentuh hatinya. Gambar hari raya terakhir bersama ayah. Ayahlah orang yang paling gembira dan paling menyerlah kerana mungkin dia sedar...itulah raya terakhirnya.Ketika itu, Hazwan masih berusia empat tahun.

"Adik..."Hannah berbisik. Dia tergerak untuk menelefon rumah. Mungkin, dapat juga meminta restu ibu sempena PMR nanti, lagi dua minggu.

Hannah menyeluk saku seluarnya. Alhamdulillah, ada duit syiling sedikit. Dia keluar dari bilik prep dan menelefon rumah. Talian tidak bersambut. Hannah gelisah. Hatinya tidak sedap. Dia menelefon ibu pula...juga tidak berjawab. Dia menelefon sekali lagi. Sama juga. Hannah bertambah risau.

"Assalamua'laikum..."talian akhirnya bersambut. Suara Angah kedengaran.

"Wa'alaikumsalam... Ngah, mana ibu?"soal Hannah.

"Ibu... ibu..."Angah tidak sampai hati hendak memberitahu.

0 comments: