BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 8 )

Sarah menangis teresak-esak. Sampai hati, papa buatnya begini. Dia sangat berharap, papa dapat rujuk semula dengan mama, namun, harapan tinggal harapan. Hari raya kini sekadar mimpi ngeri yang tidak bermakna langsung dalam hidupnya. Dia menanti rindunya pada papa terbalas, namun, beginikah papa membalasnya?

Saat ini, dia rindu untuk bertemu Hannah... dia ingin meluahkan perasaannya. Tapi, Hannah tiada di sisi. Dia menelefon mama. Walau apa cara sekalipun, dia berjanji pada dirinya, inilah raya yang terakhir bersama papa.

"Ma... ma boleh ambil Sarah sekarang? Please ma... Sarah nak balik..."

"Hmm...ok, petang nanti mama sampai..."Mama sudah dapat mengagak Sarah sudah mengetahui hal yang sebenar.
-------------------

Cuti raya sudah berakhir. Hannah meletakkan barang-barang dan begnya ke dalam bonet. Angah masih belum berkesempatan hendak memberitahu hal sebenar tentang adik. Angah bersalam dengan Hannah lalu memeluknya.

"Along, PMR nanti buat elok-elok tau?"Angah memberi semangat.

"InsyaAllah... Angah jaga adik baik-baik ya? Along tak dapat berbakti dengan keluarga macam Angah...Along tak dapat nak bantu ibu buat kebab, Along tak dapat jaga adik di rumah... Along sayang korang semua..."

"Along... biarlah Angah berbakti di rumah, Along berbakti di sana..."matang sekali bicara Angah walaupun masih kanak-kanak. Dia begitu memahami.

"Along, kita bertolak sekarang... Achik, meh salam dengan Along..."ujar ibu.

Hannah masuk ke dalam kereta. Wajah adik-adiknya ditatap buat kali terakhir sebelum pulang ke sekolah. Ibu sekadar melihat. Sebagai ibu, dia dapat mengetahui isi hati anak-anaknya.

---------------------

Shukri memberi salam di depan dorm Afwan. Salam bersambut. Afwan memandangnya tanpa perasaan. Sebelum ini, pasti Afwan akan tersengih lalu menghadiahkan sengihan dan gurauan. Shukri dapat merasakan ada api cemburu menyala dalam hati Afwan.

"Afwan... aku nak mintak maaf nih..."

"Kau nak minta maaf kenapa? kau tak buat salah pun..."

"Aku tau, kau minat kat Hannah... sebagai manusia, aku turut rasa perasaan yang sama... Hmm..."

"Baguslah kalau kau mengaku. Kau memang layak untuk dia, kan? Siapalah aku nih, yang tak sehebat kau...Hmm, sebagai lelaki yang gentle nih, aku dah tak kisah, lagipun, pasal angau result aku down...hehe,"Afwan tersengih.

"Ni baru kawan aku!" Shukri mengukir sengih juga. Afwan menumbuk bahunya.

"Ape kes dok gaduh-gaduh, kan?"soal Afwan.

"Betul tuh...kita kawan!"

"Ya, kawan!"tiada lagi sengketa dan cemburu yang menyala.
--------------
Suka duka berhari raya dikongsi bersama. Setiap dorm, pasti ada saja yang berkumpul berkongsi pengalaman raya. Lumrah sekolah berasrama. Walau di mana-mana sekalipun, kerana tidak mungkin suasana ini dapat dirasai di tempat lain walaupun di universiti nanti. Tambah meriah lagi, jika ada saja juadah dan kuih raya yang dibawa bersama.

"Kau tahu, aku kena kejar dengan lembu sebab terpijak ekornya saja..."

"Seronok giler aku pergi beraya rumah mak su aku..."

"Duit raya aku tahun ni bertambah dua kali ganda!"

Begitulah antara kisah-kisah raya yang dikongsi bersama. Ada yang suka, ada yang duka... Sarah sekadar diam mendengar kisah-kisah rakan sekamar yang lain. Tiada gelak dan tawa melainkan hanya mendengar saja. Tidak mungkin dia akan menceritakan kisah rayanya tahun ini.

Sarah menyembunyikan perasaannya dengan menjamah kuih-kuih yang dibawa rakan-rakan sekamarnya. Tapi, dek kerana terlalu banyaknya dia makan, rakan-rakan sekamarnya tersedar.

"Haih, Sarah, kenapa kau diam je?"tegur Farah.

"A'ah, selalunya, nak ajak kau makan punya liat..."Amira pula bersuara.

"Are you okay?"soal Hannah pula.

"Ish, korang nih... aku okay lah, macam tak pernah tengok aku makan je... sambunglah cerita...nak dengar juga..."ujar Sarah.

"Kitorang semua dah habis cerita... kau takkan makan sampai tak dengar langsung?"soal Farah.

"Eh, yeke?hehe..."sengih Sarah.

"Sarah..."tegur Amira lagi.

"Kau ada masalah ke?"seisi dorm menyoal soalan yang sama.

"Erkk..."Sarah menelan liur.

"Tak apalah kalau kau tak nak cerita...itu hak kau..."kata Hannah.

"A'ah...tapi, kalau kau rasa nak luahkan, cari kitorang,"sokong Farah.

"Rilek la, aku ok punyer..."Sarah enggan menceritakan kepada sesiapapun. Ini hal keluarga, maruah keluarga, takkan mungkin dia mengaibkan darah daging sendiri!
--------------------

Sinar rembulan syawal memancar terang di langit malam. Tarawikh sudah tidak dapat dilakukan lagi, salah satu nikmatnya Ramadhan... tapi, matlamat hidup tetap satu, Lillahi ta'ala. Sudah hampir setengah jam light off. Sarah tidak dapat lena. Dia duduk di tepi tangga, merenung indahnya ciptaan Tuhan. MP3 dipasang menemani sepi.

Hannah sudah lama tidur, sejak ligt off tadi. Tidak hairanlah dia selalu bangun awal-awal pagi. Lagu Hijjaz bermain di gegendang telinga. Dia sekadar melayan perasaan tika ini. Lagu yang sungguh mengusik jiwanya.

Hidup tidak selalunya indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tak berbintang...
Itulah lukisan alam

Hujan turun renyai-renyai. Kebanyakan dorm sudah mengunci pintu. Mungkin sudah larut malam agaknya. Sarah menanggalkan earphone lalu menyimpan MP3nya. Dia membetul-betulkan seluarnya.

"Assalamu'alaikum..."

"Wa'alaikumsalam..."Sarah mengalihkan pandangannya. Erkk, ustazah!

"Tak ngantuk lagi ke?"

"Tak..."

"Jom, lepak kat bilik ustazah,nak?"ajak Ustazah Hafidzah.

"Tak menyusahkan ke?"

"Eh, taklah... kan bilik ustazah satu aras dengan kamu jugak? Kalau kamu sudi, temanlah ustazah malam ni,ye? Sebab Cikgu Marlia tak balik lagi..."

"Terima kasih, ustazah..."
---------------------

Ustazah menghidangkan air milo panas dengan maggi tom yam. Wap panas naik ke atas, menandakan masih panas lagi. Ustazah menjemput Sarah makan.

"Kamu ada masalah,ya?"soal Ustazah.

"Macam mana ustazah tau?"ish, ustazah ni reti 'baca' fikiran orang ke?

"Sebenarnya, apa yang kamu cari dalam hidup ini?"

"Apa maksud ustazah?"kening Sarah berkerut.

"Maksud saya, apa matlamat hidup kamu?"

"Saya..."entah kenapa berat benar lidah ini hendak menjawab soalan yang begitu mudah itu.
---------------------------

0 comments: