BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 5 )

Hujung minggu sudah tiba lagi. Hannah bersemangat hendak mengemas barang. Mana tidaknya, pastinya dia gembira punya teman berbual di rumah nanti. Sarah sekadar senyum nipis. Hatinya tidak sedap. Seolah-olah ada sesuatu hendak disampaikan oleh mama. Agaknya, apakah beritanya?

"Sarah, dah siap dah?"Sarah menoleh pandangannya dari beg.

"Dah... dah siap dah..."

"Kenapa aku tengok kau macam risau je...rilek la,"kata Hannah.

"Hmm... don't worry la kawan... aku ok je... takder pape..."Sarah meyakinkan Hannah.

"Ok, jom turun! Sekejap lagi ibu aku sampai..."
----------------------

Kampung Hannah sangat mendamaikan. Di belakang rumahnya terdapat sebatang sungai cetek yang jernih. Bertuah Hannah dapat hidup seharian di sini. Tak perlu pening kepala hendak pulang ke kampung, kesesakan lalu lintas...Sarah tenang seketika.

"Amboi! Cik kak sorangnih, jumpa sungai tak ingat orang..."tegur Hannah.

"Eh, mana ader..."Sarah tersengih.Kakinya yang direndam dalam sungai terasa dingin sekali.

"Seronok ek duduk kat sini..."

"Kampung lain, Sarah... bandar lain..."

"Adik kau mana?"

"Yang mana?"

"Hazwan..."

"Ada dalam bilik... Sarah, sejak dia keluar ICU tempoh hari... dia jarang keluar rumah dah, kalau tersilap sikit, mesti dia meraung sakit... Entahlah...ibu kata dia akan sembuh, tapi tak tahu bila,kan? Kesian dia...mata, tangan kaki dia bengkak, Sarah...raya kali ni memang tak seceria dulu lagi... tak ada dah kenakalan adik aku seorang tuh..."luah Hannah.

"Doa kan senjata kita, Hannah? Cuma, Allah nak bagi makbul, cepat atau lambat je..."

"Along, ajak kawan masuk sekali, ye... nak berbuka dah ni..."panggil ibu dari dapur.

"Sarah, jom... mak aku masak spesial punyerr...hehe,"

"Mak kau masak pe?"

"Kebab!!"

"Biar betul..."

"Betullah... mak aku jual kebab, dia ambil order kalau ada yang nak... siang mak aku kerja, cikgu kat sekolah rendah depan jalan tu..."

"Oh, begitu... kreatif betul ye mak kau cari duit..."

"Kalau tak buat macam tu... susahlah, gajinya bukan cukup nak tanggung benda lain..."

"Betul jugak..."

"Along, cepatlah! Nak berbuka dah ni!!"jerit Angah.

"Adik aku dah bising dah tu...hehe..."Hannah tersengih.
-------------------
Suatu keunikan yang jarang ditemui dalam mana-mana keluarga. Keluarga Hannah akan menerima pesanan kebab mengikut masa yang ditetapkan. Jika sempat, mereka dapatlah ke surau untuk berterawikh tetapi, jika pesanan diminta awal oleh pelanggan, mereka akan menyediakan kebab dan menghantar kepada pelanggan. Kemudian, mereka akan bersolat berjemaah bersama diikuti solat sunat tarawikh.

Hannah akan menjadi imam kadangkala. Keluarga mereka keluarga wanita... hanya Hazwan sajalah imam yang tinggal. Namun, dia masih terlalu muda dan belum akhil baligh. Malah, dia sedang sakit. Kadangkala, jika Hannah tidak pulang bercuti, Angah yang menggantikan tempatnya. Angah bersekolah di sekolah pondok berdekatan di samping belajar di sekolah kebangsaan seperti orang lain pada waktu pagi. Ibu Hannah amat menitikberatkan pendidikan agama dalam diri anak-anaknya.Sarah kagum dengan keluarga Hannah.

"Sarah, sudilah jadi imam untuk Isya' malam ni, ya?"pinta ibu Hannah.

"InsyaAllah... tapi, saya tak adalah sebaik Hannah... bacaan saya biasa saja..."Sarah tersipu malu.

"Alah, sudi sajalah ya..."pinta Hannah pula.

"Baiklah..."

Malam ini menjadi sejarah dalam hidup Sarah. Dia, sejak masuk sekolah menengah baru celik Al-Quran, baru tahu bersolat...tapi, tak sangka dia dijemput untuk menjadi imam. Sebak juga di hatinya, kerana selama ini, dia sendiri tidak pernah berjemaah bersama keluarga...apatah lagi menjadi imam...

Surah Al-zalzalah dibaca. Tanpa sedar, dia mengalirkan air mata. Tangisan yang sebenar-benar tangis. Bukan menangis kerana cinta dusta, bukan menangis kerana kecewa dengan hidup ini, bukan menangis kerana putus asa tetapi kerana cinta pada Allah SWT semata-mata.

Pada hari itu manusia bangkit berpisah-pisah untuk diperlihatkan amal-amal mereka
Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, dia akan melihat (balasan)nya.

'Mama, papa, abang, akak... adik jadi imam... adik tak sangka... tapi, bila lagi adik dapat berjemaah dengan kalian?''
-------------------
Sebelum pulang ke hostel, mereka sempat singgah ke Bazaar Ramadhan berdekatan dengan sekolah. Hannah sekadar melihat-lihat saja. Dia tidak ingin membazir sungguhpun dia juga teringin hendak membeli juga. Mata Sarah meliar memilih juadah yang ingin dibeli. Duit dalam dompet masih belum disentuh lagi.

"Pak cik, murtabak daging satu, murtabak ayam satu..."pesan Sarah.

Dia mengambil duit dalam dompet. Belum sempat dia hendak membayar.

"Takpe bang, saya yang bayar...berapa?"seorang lelaki bersuara.

"RM4,"

Sarah mengalihkan pandangannya. Papa??
-------------------------

0 comments: