BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 3 )

Hannah menitiskan air mata rindunya di atas tikar sejadah. Dia tak mampu lagi menahan gelojak perasaannya. Dia hanya ada Dia tika ini. PadaNyalah dia berharap. Rasa kasihnya tiada berbelah bahagi kepada seorang insan kecil berusia tujuh tahun itu. Hazwan, satu-satunya lelaki dalam keluarganya. Permata di jiwanya. Tak ingin rasanya dia kehilangan adik kesayangannya itu.

Ya Allah...
Dia milikMu ya Rabb...
Sesungguhnya, engkau telah menguji kami seisi keluarga dengan kehilangan seorang imam dalam keluarga ini.
Ya Rabbi,
Hamba mohon...
Ampunilah segala dosa-dosaku...
Dia satu-satunya imam kami Ya Allah...
Ya Allah...
Selamatkanlah adikku Ya Allah...

Hannah merintih.Kesepian meresap dalam hatinya. Masih dia ingat, saat kelahiran adik bongsunya dahulu...tika itu, usianya baru tujuh tahun, seusia Hazwan kini... Ayah mengambilnya dari sekolah dengan segera dan mereka menanti saat kehadiran seorang permata dalam keluarga. Dia paling gembira saat itu, sebahagia yang tak dapat digambarkan.

"Along... Angah pon sayang adik... janganlah menangis lagi..."Angah menyentuh bahunya lalu dipeluk penuh kasih.Hannah bertambah sebak.

"Angah..."Hannah tak mampu berkata-kata.

"Along, Angah... cepat! Kita kena pergi hospital sekarang!"
--------------------

"Doktor...anak saya macam mana?"Ibu cemas.

"Alhamdulillah...dia dah sedar...cuma, beri masa dia berehat dulu...Hmm... macam ni puan, saya rasa ada baiknya saya bercakap dengan puan buat seketika waktu di bilik saya..."ujar Dr.Saufi.

Ibu berlalu bersama doktor. Hannah menjaga adik-adiknya. Dia sekadar menghantar ibu melalui pandangannya. Saat ini, hanya tuhan yang tahu betapa dia sedang berharap agar perkara yang sama tidak berulang kepada adik bongsunya itu.

"Puan, anak puan perlu penderma buah pinggang... namun, usaha yang perlu untuk mendapatkan penderma yang sesuai bukanlah mudah, masa yang diambil agak lama... sabarlah puan, kita berdoa sajalah pada Allah SWT..."jelas Dr.Saufi. Kenyataan itu menyentak naluri ibu.

-----------------
"ibu...ooo...ibu..."panggilan Hannah menyedarkan ibu daripada lamunannya.Baru dia tersedar dia sedang memandu kereta.

"Ibu ni... termenung ke?"soal Angah.

"Eh, mana ada... kan ibu tengah drive nih..."ibu berdalih.

"Hmmm...adik macam mana ibu?"

"Nantilah ibu beritahu halnya... tapi, ibu beritahu awal-awal...ini bukan suatu berita yang agak baik..."ibu mengeluh sedikit. Matanya lebih memberi tumpuan kepada pemanduannya...

Hati ibu mana tak sedih dengan kenyataan doktor tadi? Hati ibu mana tidak mengharapkan anaknya sembuh sediakala...seperti anak-anak orang lain?

"Along, balik ni...kemas barang. Esok balik hostel..."

"Baik bu..."jawab Hannah.
---------------------
Shukri berjalan kaki untuk pulang ke hostel. Kuih-muih yang dipesan rakan sekamarnya sudah dibeli di kantin. Seketika, dia menangkap kelibat kereta Proton Saga yang menuju ke blok Asrama Puteri... Nadya Hannah... Sekilas, dia dapat melihat wajah Hannah...tidak seceriaq dahulu, mungkinkah dia punya masalah? Ah, buat apa jaga tepi kainnya...diri sendiri pun dibebani banyak masalah...

"Shukri!!"Afwan memanggil dari tingkat 2 Aspura melalui tingkap dormnya.

"Oitt!!"

"Beli tak kuih aku?"

"Beli...ni ha..."Shukri menayang plastik berisi kuih-muih tersebut kepada Afwan.

"Bak naik atas..."

"Aku tahulah..."balas Shukri. Aduss, kawanku seorang ini.

Shukri masuk ke dalam hostel lalu menaiki tangga ke dorm Afwan sebelum pulang ke dormnya. Afwan tersengih. Gembira dengan kehadiran 'rezeki' depan mata barangkali.

"Weh...aku syok ar..."

"Pasal kuih ke?"soal Shukri berbasa-basi.

'Tak...Gadis pujaan hatiku dah balik!!"Erkk! Shukri tersentak namun cuba dikawal perasaannya. Hannah'kah yang dimaksudkan?

"Siapa?"

"Tadi lalu depan mata buat tak nampak..."ujar Afwan.

"Oh, aku tahu siapa... Sudah-sudahlah Afwan... aku rasa dia sudah punya yang bertakhta di hatinya..."kata Shukri.

"Hmmm..."Afwan terdiam seketika. Sesekali dia terfikir juga... gadis secantik Hannah masih belum 'berpunya'kah?

"Sudahlah Afwan... lebih kau bersiap segera ke surau, dah pukul enam nih..."

Afwan mengambil kuihnya lalu diletakkan di dalam loker. Dia mengambil tuala dan baju melayu lalu segera ke bilik air. Shukri pula keluar dari dorm Afwan lalu kembali ke dormnya. Fitrah remaja, sama ada lelaki mahupun wanita ingin merasai manisnya cinta walaupun pada hakikatnya, cinta manusia tak sempurna...Shukri sedar akan hal itu, oleh itu, dia malas melayan perasaan di kala remaja kini...Biarlah orang lain begitu...bukan aku!
-------------------------

"Assalamua'laikum!"salam diberi.

'Wa'alaikumsalam! Hannah!!! Kau tahu, kitorang rindu betul kat kau...balik takder khabar berita... kenapa kau balik? Kitorang tanya ustazah dia tak mau jawab..."soal Sarah yang teruja dengan kepulangan sahabatnya itu.

"Adalah..."jelas dari raut wajah Hannah, dia tidak punya sebarang mood.

"Hmm...takper lah, kau tukar baju cepat... nak dekat pukul tujuh dah ni...nanti lambat pulak ke surau..."kata Farah, ketua dorm mereka.

"ok..."

Seisi dorm kehairanan dengan Hannah...tidak seceria dahulu.Sebagai menghormatinya, mereka tidak berani bertanya apa-apa hal kepada Hannah. Jelas, Hannah sedang sedih.
----------------------
Kelas bermula seperti biasa. Cikgu Safiyyah masuk ke dalam kelas. Bersamanya ada beberapa set soalan yang telah difotostat. Dia menulis sesuatu di papan putih. 'Kuiz Pra-PMR'.

"Baiklah... memandangkan Ujian Percubaan Peringkat SBP tinggal seminggu saja lagi, saya dah sediakan beberapa set soalan sebagai kuiz tambahan. Soalan-soalan yang saya fotostat ni soalan tahun lalu dari beberapa buah negeri...harap, kamu semua dapat menjawab... saya ada mesyuarat, ketua kelas pastikan kelas berada dalam keadaan yang baik dan saya harap kamu semua tak sia-siakan kertas fotostat ini...buat elokelok..."Cikgu Safiyyah bergegas meninggalkan kelas.

"Hannah... tak sangka kita dah form 3 kan?"Sarah sekadar berbual sambil menjawab soalan yang disediakan.

"A'ah... cepat masa berlalu,kan? Lepas raya... kita tinggal nak ambil PMR saja..."ujar Hannah.

Masa cepat berlalu...
Baru ayah sedar anak ayah dah nak masuk sekolah menengah dah...
Along...
Ingat, masa ni bukan kita yang tentukan...
Kadang-kadang, ayah boleh pergi dahulu...
Sebelum tu, ayah nak pesan...
Along sebagai anak sulung,
kena tunjuk contoh yanng baik...

Tiba-tiba...pesan ayah bergema kembali di telinga. Hannah menoleh kiri dan kanan...Hatinya berdesis...perasaan aku saja barangkali...
Hannah menenangkan dirinya. Dia terus melakukan kuiz dengan tekun. Fikirannya seolah-olah tertumpu pada kertas soalan tersebut. Andai ada dalam kalangan rakan sekelasnya kini masih terlentok, tersengguk-sengguk...tapi bukan dia...Dia punya azam dalam perjuangan di sini!
-------------------------------
Kertas terakhir Ujian Percubaan PMR Peringkat SBP sudah tamat. Hannah masih terfikir keadaan adiknya. Hah, baru dia teringat! Ibu pernah berkata sesuatu sebelum menghantarnya pukang ke hostel...

"Hmmm...adik macam mana ibu?"

"Nantilah ibu beritahu halnya... tapi, ibu beritahu awal-awal...ini bukan suatu berita yang agak baik..."ibu mengeluh sedikit

Hannah segera ke telefon awam sewaktu rehat petang bermula. Sarah kebingungan dengan reaksi sahabatnya yang tergesa-gesa ke telefon awam.

"Ibu...adik macam mana? ibu tak beritahu lagi hal tentang adik hari tu..."

"Hmmm... Hannah, ibu rasa belum sampai masanya lagi ibu beritahu hal ini..."

"Ibu...beritahulah..."pinta Hannah.
--------------------------

0 comments: