BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 2 )

"Assalamua'laikum, ibu... Along nih..."ucap Hannah setelah ibunya menyambut panggilan telefon.

"Along... ibu baru teringat tadi...Along sihat?"

"Alhamdulillah, bu... Ibu, esok dah mula puasa... Along tak dapat nak berpuasa sama-sama dengan family..."

"Takper, Long... puasa dekat mana-mana pun sama... tahan lapar juga... Along belajar elok-elok tau..."

"Ibu...bu... sebenarnya... Along..."

"Ada apa, Long?"

"Along nak minta maaf... selama Along hidup membesar dengan susu ibu, selama ini yang ibu tahan sakit melahirkan Along adik-beradik...bu, kata kat adik-adik, Along sayang diorang...Bu... dah tiga tahun ayah tinggalkan kita,kan? Along rindu nak berbuka... nak beraya dengan ayah..."suara Hannah tersekat-sekat menyampaikan luahan hatinya...

"Long... jangan cakap macam tu... kita redho je, Along... Along, janganlah nangis, yer? Kalau rindu, bacalah tahlil untuk arwah ayah... ingat Long, perjuangan jangan disia-siakan..."suara ibu seakan sebak juga...tapi, kedengaran seperti ditahan-tahan.

"Takper lah ibu...selamat berpuasa... hujung minggu ni, Along balik...ibu tunggu ye?"talian terputus setelah Hannah memberi salam.

Hannah tercari-cari di manakah Sarah. 'Aish... minah deret buat saspens jer...' bisik hati Hannah. Siapa tidak takit seorang diri di koridor malam-malam begini?

"Sarah... kau kat mana ni?"

"Erkk... Hannah...kau dah abis call ke?"Sarah menyapu air matanya.

"A'ah... kau menangis jugak ke?"

"Takder ar...mata aku berhabuk..."dalih Sarah.

"Kenapa tak kata mata kau masuk 'cabai' ke?"perli Hannah...apa salahnya perli kawan sekali tak sekala, ye tak?

"Apa kena-mengena 'cabai' dengan habuk?"Sarah tidak mengerti ungkapan 'perli' Hannah tadi.

"Takder pape... sudahlah, aku tau kau menangis macam aku jugak...cover kunun!"

"Yelah...kau menang..."

"Jom, balik dewan!"Hannah menarik tangan Sarah.

"Balik dorm teruslah!"Sarah sengih jahat.

"Nak tambah dosa langgar peraturan malam-malam ramadhan ni, cubalah!"ugut Hannah.

"Yelah...kau menang sekali lagi..."Sarah mengalah.

Kedua-dua sahabat itu menuju kembali ke dewan dengan gurau senda. Indahnya hidup berukhuwwah.Semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya. InsyaAllah...
-----------------
Kelas bermula dua ramadhan...yang pastinya, ada yang sudah longlai saat tibanya waktu tengah hari. Panas agak terik juga namun tidaklah seterik mana. Sekadar boleh ditahan lagi. Kalau tahun lalu, lagi terik...ada yang pengsan dek kerana tidak tertahan...

Waktu rehat tengah hari... Hannah membuka kasut dan stokin lalu meletakkannya di rak. Dia bergegas ke bilik wudhu'. Alhamdulillah, tak ramai orang lagi... Air ditadah, masyaAllah...segarnya! Kesegaran jelas terasa setelah mengambil wudhu'. Dia masuk ke dalam surau. Hanya segelintir pelajar yang berada di dalam surau memandangkan masih awal lagi.

Hannah mengambil Al-Quran. Dia menyelak muka surat yang dikehendaki. Sebelum dia memulakan bacaan... Ustazah Hafidzah, salah seorang warden masuk ke dalam surau lalu mendapatkannya.

"Hannah... kemas barang kamu cepat, sekejap lagi ibu kamu datang..."

"Kenapa ustazah? Apa yang jadi?"soal Hannah. Jantungnya berdegup kencang...

"Adik kamu masuk ICU..."Hannah pengsan.

Sarah yang baru masuk segera mendapatkan Hannah yang pengsan. Sarah cemas...

"Ustazah, kenapa ni?!"soal Sarah. Ada beberapa orang warga Aspuri turut mendekati Hannah.

"Tenang... kamu semua solat dulu...biar saya yang uruskan... takder pape..."Ustazah Hafidzah menenangkan keadaan.

---------------------

Shukri yang baru bangun untuk menyertai jemaah tercengang... Ya Allah, apa dah jadi dengan Hannah? Dia sekadar melihat Ustazah Hafidzah bersama beberapa orang warga Aspuri membawa Hannah keluar.

"Shukri... apa kau tercegat lagi tu? Cepatlah penuhkan saf..."Shukri tersentak dengan panggilan Afwan. Astagfirullah...

----------------

Prep petang berakhir. Sarah mengemaskan barangnya. Hatinya tidak tenang tika ini. Fikirannya masih pada Hannah. Kerisauan menjalar...Dia mengambil fail Bahasa Inggeris lalu dimasukkan ke dalam almari fail di sudut kelas. Kemudian, dia mengemaskan buku-buku yang elok tersusun di atas meja Hannah. Tanpa sedar, dia terlihat gambar Hannah bersama ayahnya yang diletakkan di bawah plastik meja yang jernih. Dia menatap penuh hiba... Hannah, kau pandai simpan rahsia, di sini, hanya aku saja yang tahu kau anak yatim...

"Sarah... Hannah mana?"soal Afwan.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya nih?"

"Salah ke?"

"Tak adalah! Ntahlah, aku pun tak tahu apa yang jadi..."

"Takkan kau tak tahu... beritahulah..."Afwan beria-ia hendak tahu...

"Wallahi! Aku tak tahu!"Sarah meninggikan suaranya. Dia menyusun kerusinya dan kerusi Hannah lalu meninggalkan kelas. Afwan tercengang. Aik, kasarnya! Setahunya, Sarah orang yang lembut... tertekan barangkali.

Shukri sekadar melihat reaksi Sarah sambil menggeleng. Dia mendekati Afwan dan menepuk bahunya. Seulas senyum dihadiahkan. Lalu, dia mengajak Afwan pulang.

"Ish, tak percaya aku... tak sangka Sarah boleh jadi kasar..."Afwan masih tidak percaya dengan reaksi Sarah tadi.

"Orang tengah risau dengan kawan... yang kau asyik desak dia... sape tak marah, Wan?"ujar Shukri.

"Betul jugak kata kau...hmm..."

----------------------
"Akak..."panggil Hazwan.

"Adik... adik ok tak?"tubuh kecil itu dipeluk erat. Hannah teresak-esak.

"Adik ok la akak... akak janganlah risau...akak, tadi adik jumpa ayah akak... adik seronok sangat! Tapikan akak... ayah pergi macam tu je tinggalkan adik..."

"Adik...betul ke apa adik cakap ni?"

"Sungguh akak! Ayah sempat usap kepala adik lagi..."ujar Hazwan. Tangisan Hannah semakin memuncak. Kerinduan tidak dapat dibendung lagi.Akhirnya, pandangannya kelam.
**********

"Adik..."Hannah mengigau.

"Ibu... mana adik?"Hannah membuka matanya

"Adik masih di wad lagi, Along... tadi Along mengigau...Along menangis..."jelas ibu.

"Ibu... Along jumpa adik, bu... Adik kata ayah datang, usap kepalanya... ibu, Along tak tipu, bu..."ibu sekadar mendengar.Dia faham tekanan perasaan yang dialami anak sulungnya itu.

"Along... Along bermimpi, sayang... dahlah, Along bangun, solat Zohor... dah nak masuk Asar ni..."pesan ibu.Hannah akur suruhan ibunya. Tapi dia yakin... mimpi tadi benar...

0 comments: