BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 15 )

Umar diam. Dia sekadar menunggu jawapan daripada Ustazah Hafidzah. Ustazah Hafidzah tunduk. Malu mungkin. Adik dan Achik di sebelahnya sedang enak makan ais-krim.Ustazah Hafidzah mengucapkan bismillah sebelum memulakan bicara.

"Awak boleh terima anak-anak saudara saya?"soal Ustazah Hafidzah. Serius sekali.

"InsyaAllah, boleh,"jawab Umar dengan tenang.

"Sudah hampir seminggu saya memikirkan hal ini. Dan, dengan sokongan daripada buah hati saya ini, saya terima lamaran awak,"jawab Ustazah Hafidzah dengan tersipu malu.

"Alhamdulillah..."ucap Umar.

"Yeye, kitorang dapat Pak Su baru!"Achik dan Adik tiba-tiba bersuara.

"Adik, Achik... tak baik macam tu, sayang... ni kan kat public, mana boleh lompat-lompat..."tegur Ustazah Hafidzah.
--------------------------

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidup Ustazah Hafidzah. Kerana hari ini, dia bakal bergelar seorang isteri. Hannah dan Angah sangat teruja melihat Mak Su mereka yang cantik berpakaian pengantin berwarna putih. Sesekali, ada yang mengusik tak kurang juga yang teruja.

Majlis akad nikah berlansung di Masjid At-Taqwa. Ramai sungguh yang menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Bagi Hannah, dia sangat bersyukur kerana Dia telah menunjukkan kekuasaanNya. Derita yang ditempuh Mak Su membuatkan hati wanita yang lembut itu tabah menempuh liku-liku kehidupan.

"Aku terima nikahnya, Nurul Hafidzah Lee bt Abdullah, dengan mas kahwinnya, RM80 tunai,"sah!

Hannah dan Angah berpelukan. Mereka gembira. Ustazah Hafidzah pula menitiskan air mata terharunya saat memulakan doa. Ya, semoga mereka hidup bahagia dalam naungan cintaNya.
----------------------------
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN

Sejak Mak Su berkahwin, kami adik beradik tinggal dengan keluarga angkat Mak Su sampailah hari ini. Semuanya atas permintaan Puan Hajah dan Tuan Haji walaupun Mak Su berat nak lepaskan kami. Sekarang, anak sulung Mak Su dah berusia tujuh tahun. Angah pula sedang melanjutkan pelajarannya di Jordan. Dan aku kini sudah bekerja sebagai salah seorang pensyarah di UiTM Pulau Pinang.

Sarah pula lebih bertuah kini. Dia berada di India, bakal doktor pakar. Perjalanan hidup ini penuh ranjau,bukan? Inilah tanda kasih dan sayangNya kepada hamba-hambaNya supaya kita bersyukur. Besar ertinya sebuah kesyukuran, kerana tanpa syukur, akan timbullah kekufuran.

"Assalamua'laikum!! Hannah, kau nak tahu tak?"panggilan telefon dari Sarah mengejutkan Hannah.

"Tahu apa?"kening Hannah terangkat.

"Afwan... dia melamar aku kat Taj Mahal, semalam...Malu aku, Hannah... dahlah depan kawan-kawan aku pulak tuh!"

"Alhamdulillah...eh, kau kat Kashmir lagi ke?"

"Yelah... aku tak balik lagi..."

"Cewah! Taj Mahal tu... lambang cinta sejati... mama dengan papa kau tahu tak?"

"Kau tau tak, Hannah... Dia sanggup call mama dengan papa aku semata-mata nak melamar aku...dia tu gila!"

"Habis, kau terima tak?"

"Aku..."Sarah terdiam seketika.

"Haa? Terimalah tu??"usik Hannah.

"Yelah, of course aku terima..."

"Amboi... bertuah kau ye?"

"Hmm, Hannah, nanti kenduri aku, kau datang boleh?"

"Aduhai kawanku... kau jauh di India, mana aku ada duit nak terbang pergi sana,"

"Takper, nanti aku hantar Aladdin datang jemput kau dengan tikar terbang dia...haha,"Sarah merapu.

"Merepeklah kau ni... mentang-mentang dah nak kahwin, putus fius pulak..."

"Eh, wayar aku elok lagi nih..."

"Yelah, kalau tak putus wayar, macam mana Afwan nak jadikan kau isteri?"

"Dia kan setia...haha,"Sarah ketawa kecil.

"Yelah tu. Oklah, nanti banyak pulak bil telefon kau... Assalamua'laikum!"talian terputus.
-----------------------

Waktu kerjaku telah tamat. Aku menghidupkan enjin untuk pulang ke rumah. Tanpa sedar, aku teringat memori lama di sekolah dulu. Perjalanan ke rumah dari UiTM Pulau Pinang tidaklah sejauh mana. Tidak sampai dua puluh minit, aku sudah sampai. Kepulanganku disambut mesra Achik dan Adik.

"Along! masuk cepat!! Kitaorang ada suprise nih..."mereka menarik tanganku.

"Ada suprise apa pula ni? Birthday along lambat lagilah!"aku sekadar mengikut.

"Tahulah, sekarang, kami nak tutup mata Along... Along diam-diam,ek?"

"Yelah,"aku akur.

"Assalamua'laikum..."kedengara suara seorang pemuda menyapa. Suara yang seperti pernah dikenali.

"Wa'alaikumsalam,"jawabku terpinga-pinga.

"Ok,Along bukalah mata..."aku membuka mata. MashaAllah, ada rombongan apa ni?

"Hannah, kami datang ni membawa hajat..."

Pandanganku kelam. Aku tidak sedar apa-apa yang berlaku selepas itu.
-------------------------

"Along sudi tak?"soal Achik.

"Kenapa kauorang tak beritahu Along?"

"Itu namanya suprise!"

"Nek ingat nak beritahu tadi, sebelum kamu balik, diaorang yang tak kasi,"ujar Puan Hajah.

"Aduhai... macam-macam,"keluhku.

"Siapa orangnya?"soalku yang masih pening-pening lalat.

"Shukri, kawan sekolah kamu dahulu?"

"Shukri...?"aku tersentak...
---------------------------------

Sekeping gambar diserahkan kepadaku. Wajah yang sangat kurindu. Benar, saat ini air mataku mengalir deras. Aku merinduinya. Ya, seorang lelaki yang bertakhta dalam sanubari hidupku, yang aku takkan lupakan buat selama-lamanya. Achik menenangkanku. Achik menarik nafas dalam-dalam.

"Along... ini bukan ayah,"jelas Achik.

"Ayahlah..."aku berkeras tidak mengaku.

"Tak, ini abang Shukri, yang melamar akak tempoh hari..."

"Achik, jangan bohong,"pesanku.

"Betul, achik tak tipu, mukanya memang seiras arwah ayah,"

"Hmmm...."aku sekadar diam. Mungkin ada benarnya juga. Dahulu, Shukri hampir-hampir seiras dengan wajah arwah ayah tetapi aku menafikannya. Tidak pula kusangka, dia benar-benar menyerupai ayah sekarang.

"Along... Along sudi?"soal Mak Su.

"Along rasa, untuk bertaaruf, tidak jadi masalah..."jawabku.

"Jadi, Along sudi dipinangkan?"

"Ya..."jawabku jujur. Entah kenapa, kini kurasakan dialah yang terbaik buatku.
-------------------------

0 comments: