BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 14 )

Sudah hampir sebulan peristiwa pemergian nenek berlalu. Kehilangannya masih terasa sampai hari ini. Mak Su tetap tabah menempuh liku-liku hidupnya. Kadangkala, untuk melepaskan rindu, Mak Su membawa anak-anak saudaranya ke rumah keluarga angkatnya. Memandangkan Hannah akan mengambil keputusan PMR di sekolah esok, Mak Su membawa mereka adik-beradik menginap di rumah keluarga angkatnya yang hampir dengan sekolah.

"Assalamua'laikum,"Mak Su memberi salam.

"Wa'alaikumsalam... Fiza! Lamanya tak dengar khabar,"sahut ibu angkat Mak Su, Puan Hajah.

"Maaf, umi. Fiza ada urusan keluarga sebelum ini... itu yang tak sempat-menyempat tu..."jelas Mak Su.

"Ada-ada saja kamu nih... ni anak-anak saudara kamu,ye? Ya Allah, comelnya!"puji Puan Hajah apabila melihat Hazwan.

"Apa tunggu kat luar tuh? Marilah masuk,"pelawa Tuan Haji.

"Yang comel ni, namanya siapa?"soal Puan Hajah.

"Hazwan, ni yang bongsu sekali,"

"Oh, begitu... jom, ikut nenek pergi dapur, kita makan ais-krim,nak?"ajak Puan Hajah.

"Tak usahlah, umi... menyusahkan saja,"kata Mak Su.

"Tak apa, bukan menyusahkan pun,marilah..."ajak Puan Hajah sekali lagi.

Mak Su akur. Achik dan Adik yang masih kecil tidak segan-segan menurut Puan Hajah. Puan Hajah gembira menerima kehadiran mereka. Tuan Haji turut sama menjamah ais-krim walaupun gusinya sedikit sakit, maklumlah, dia memakai gigi palsu. Sesekali dia menyeringai kesejukan.

"Amboi, atuk kita ni pun join sekaki makan ais,"usik Puan Hajah.

"Alah, sekali tak sekala, apa salahnya?"balas Tuan Haji.

"Hmm, umi, esok Fiza dengan Along nak pergi sekolah... Fiza tinggalkan budak-budak ni di rumah, boleh?"Mak Su meminta izin.

"Boleh, apa salahnya. Kalau nak duduk terus kat sini pun tak apa, lagipun, rumah ni sunyi,"Puan Hajah mengizinkan.

"Terima kasih, umi,"ucap Mak Su.
----------------------------

Semua calon PMR berebut hendak membaca keputusan mereka di papan headcount. Sarah sudah mengetahui keputusannya. Alhamdulillah, dia mendapat semua A.Sebelum ini, tidak pernah sekali pun dia mendapat semua A. Air mata kesyukuran menitis. Dia terduduk melutut seakan-akan ingin sujud. Ya, dia benar-benar bersyukur. Tiada ungkapan dapat dilafazkan. Dia diuji dengan perkahwinan papanya serta ditangkap khalwat dahulu, namun, Dia Maha Mengetahui, di sebalik ujian adanya rahmat.

Ustazah Hafidzah mendekati Sarah. Lantas, Sarah mendakapnya.

"Ustazah... terima kasih ustazah... kerana nasihat ustazah, saya dapat terima perkahwinan papa... dan kerana ustazah, hati saya masih teguh meniti hari ini..."

"Sayang, semuanya datang dari Allah..."

"Allah... Allahuakbar..."dakapan Sarah makin erat.

"Mak Su!! Along dapat straight A juga!!"giliran Hannah pula mengambil tempat Sarah. Dia menyalam tangan Mak Su'nya lalu turut mendakapnya.

"Subhanallah... Along, kalau arwah lihat kejayaan kamu, pasti mereka gembira..."kata Mak Su.
----------------------

Shukri melompat riang memeluk Afwan. Afwan dah geli-geleman.Mereka berdua turut memperoleh keputusan cemerlang. Entah kenapa Shukri menjadi semacam saja hari ini. Seronok sangat agaknya. Tidak putus-putus ucapan syukur dipanjatkan.

"Wei, lepaslah! Rimas aku...adoii,"kata Afwan.

"Haha!"Shukri sekadar tergelak melihat sahabatnya yang menggeletar kegelian.

"Kalau ye pon, syok, tak payah ar peluk aku...geli kau tau tak?"

"Rilek ar..."Shukri tersengih. Pandangannya dikalihkan pula ke arah Ustazah Hafidzah. Terlihat dua orang pelajar perempuan mendakapnya. Hmm, siapalah agaknya?

"Kau tengok siapa?"Afwan menegur Shukri yang tiba-tiba terdiam.

"Ustazah Hafidzah..."jawab Shukri.

"Eh, itu Sarah dengan Hannah..."kata Afwan.

"Wan, aku terharu tengok dia-orang... walaupun aku tak pernah bertegur sapa dengan dia-orang, aku dapat rasa dia-orang punya ketabahan dalam diri... dari sinar mata dia-orang..."luah Shukri.

"Mungkin benar kata kau..."sokong Afwan.

"Sudahlah, jom kita ke kantin, aku belanja..."

"Hmm, ok juga..."
-----------------------------

Mak Su meletakkan keretanya di dalam garaj di depan rumah Tuan Haji. Ada sebuah kereta berwarna hitam berkilat diparkirkan di sebelah tepi rumah Tuan Haji.

"Siapa pula yang datang, Mak Su?"

"Entahlah, Along,"jawab Mak Su. Dia sendiri hairan.

"Assalamua'laikum..."Hannah memberi salam.

"Wa'alaikusalam...hah, dah balik pun kamu ye Along... result macam mana?"soal Puan Hajah.

"Alhamdulillah, nek... straight A!"jawab Hannah riang.

"Masuklah, kita ada tetamu ni..."jemput Puan Hajah.

"Siapa yang datang, umi?"soal Mak Su.
--------------------------

Papa menghantar sebuah kotak berisi hadiah kepada Sarah. Mama memberikan hadiah tersebut kepada Sarah. Sarah mengambil namun tidak diusik selepas diletakkan di atas meja belajar. Entah kenapa, dia tidak rasa apa-apa perasaan melihat hadiah tersebut. Seolah-olah tidak ada makna langsung baginya.

"Adik... papa bagi kau hadiah ke?"soal Kakak. Jarang sekali dia dapat berbual dengan kakaknya. Entah kenapa hari ini kakak tiba-tiba hendak berbual dengannya.

"Ya..."

"Kenapa tak buka?"soal kakak.

"Kakak, Sarah tak tahulah kenapa tak rasa apa-apa pun bila papa beri hadiah tu..."jawab Sarah.

"Papa bagi hadiah tu atas kejayaan kau dapat straight A... Sarah, kalau kita nak masa lalu kembali, memang tak dapat punyer. Percayalah cakap akak. Tempat yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu... so, macam mana kita nak sampai ke sana sedangkan kita akan terus berjalan ke hadapan, dah tak boleh toleh belakang dah...kita semua ada harapan dan impian, tapi tidak semua kita kan miliki,"

"Jadi?"

"Just go on... life must go on...bukaklah hadiah tu,"Kakak tersenyum.

"Hmm..."Sarah membuka perlahan-lahan balutan hadiah tersebut. Dia membuka pula kotak hadiah tersebut. Rupa-rupanya teddy bear...hmm...

"Papa sayangkan kita, percayalah..."kata kakak.

"Yes, life must go on!"ucap Sarah penuh semangat.

"Macam budak kecik!"kakak bermain dengan rambut Sarah yang mengurai panjang.

"Biarlah! Sibuk jer..."keceriaan dahulu terbit semula.

~Alhamdulillah. Memang benar, setiap perkara ada hikmah terselit yang memerlukan kita terus mencari dan menghayati hidup ini.~
-------------------------

Keluarga Encik Umar Abdul Aziz tadi hadir satu hajat besar yang tidak disangka-sangka. Ustazah Hafidzah gelisah. Bukan dia tidak mahu terima lelaki sebaik Umar yang pernah membantunya untuk menjejak kembali kasih dengan ibunya dahulu. Tapi, jika dia mendirikan rumah tangga nanti, bagaimana pula dengan nasib anak-anak saudaranya?

Televisyen yang dipasang sekadar mengisi ruang sunyi ruang tamu di rumah Tuan Haji. Semua orang senyap. Tak ada apa-apa kat hednak dikatakan.

"Mak Su..."Achik mendekati untuk bermanja.

"Ada apa, sayang?"

"Kalau Mak Su kahwin nanti, macam mana dengan kami?"soal Achik.

"Jangan risau, nenek kan ada?"ujar Puan Hajah.

"Umi, Fiza rasa tak perlulah Fiza menyusahkan umi... selama ini pun, Fiza banyak terhutang budi dengan umi dan abah,"kata Mak Su.

"Eh, tak apalah, Fiza. Lagipun, rumah ni sunyi saja sejak kamu pindah rumah kakak kamu... Umi tak kisah, Umi lagi suka kalau budak-budak ini tinggal dengan umi dan abah..."

"Betul tu, kami ni tak ada anak, Fiza...Apa salahnya kalau mereka tinggal di sini, ye tak?"

"Angah nak tinggal dengan kami?"soal Tuan Haji kepada Angah yang turut berada di ruang tamu.

"Kami tak kisah, atuk, nek,"

"Kan? Nanti kalau kamu dah kahwin, Fiza, bagilah budak-budak ini tinggal dengan kami,ya?"

"Hmm... insyaAllah..."

"Macam mana dengan lamaran tadi? Fiza sudi?"

"Fiza perlukan masa, umi,"

"Hmm... kami sudah berikan pandangan, dan kami beristhikharahlah... ini soal masa depan kamu..."
-------------------

0 comments: