BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 12 )

Shukri menghulurkan secawan Maggi Cup Tom Yam kepada Afwan. Afwan menyambut dengan senyum nipis, tidak seceria selalu. Shukri sekadar menggeleng. Kasihan sahabatnya.

"Malu aku, Shukri... sudahlah Sarah kawan baik Hannah..."

"Kau malu dengan Hannah ke?"

"Lebih kurang la..."

"Wan, kau betul-betul minat dia ke?"

"Tak! Aku cintakan dia!"tegas Afwan.

"Hmm... atau Sarah?"Afwan diam. Entahlah, kenapa Sarah sering ditakdirkan bersamanya? Atau mungkin sudah jodoh?

"Sudahlah Afwan, minggu depan dah nak PMR... kita ni muda lagi, belum tentu hidup panjang lagi,"nasihat Shukri.
-------------------------

Ustazah Hafidzah memparkirkan keretanya di hadapan rumah ibunya. Harapannya, semoga ibunya dapat terima kehadirannya dengan anak-anak saudaranya. Dia keluar dan meminta anak-anak saudaranya menunggu. Dengan lafaz bismillah, dia menekan loceng.Keluar seorang pemuda melayu, usianya lebih kurang sebaya dengan Ustazah Hafidzah. Berjanggut pendek dan bercermin mata.

"Assalamua'laikum..."ucap Ustazah Hafidzah.

"Wa'alaikumsalam, ya... cari siapa?"

"Saya cari Puan Lee..."

"Minta maaf, cik. Rumah ini dah dijual kepada ayah saya dua tahun lepas...kalau boleh saya tahu, cik ni siapa?"

"Saya, anaknya... tak apalah,ini no telefon saya, kalau ada apa-apa berita tentang Puan Le, encik telefon,ya?"Ustazah minta diri selepas menghulurkan kad kecil yang tercatat no telefonnya.

"Cik, sekejap... Puan Lee, dah pindah ke Selangor..."

"Terima kasih, encik, saya minta maaf mengganggu,"

Angah di dalam kereta sekadar melihat Mak Su datang kembali ke kereta. Dari raut wajahnya, Angah tahu yang usaha Mak Su hampa. Mak Su masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Mak Su diam sahaja. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Sedang berfikir sesuatu mungkin. Angah dan adik-adiknya turut diam. Tidak berani hendak menegur, takut Mak Su berkecil hati jika ditanya apa-apa mengenai nenek.
-------------------------

Sarah akhirnya mengubah fikiran. Dia menghadiri Walimatul Urs papanya. Kakak dan abang tidak turut serta. Mereka lebih senang meluangkan masa dengan kawan-kawan berbanding keluarga.

Sepanjang perjalanan tadi, Sarah sekadar termenung. Dalam hati mama, terbit rasa bersalah terhadap anak-anaknya. Dahulu, dialah yang bertanggungjawab memisahkan kasih antara papa dengan anak-anak kerana dia meminta fasakh. Kini, dia jugalah yang mengabaikan perhatian terhadap anak-anaknya.

Dia tahu, anak-anaknya merindui keluarga mereka yang dahulu. Ah, biarkan masa berlalu. Apa yang penting, hakikat hidup perlu diterima walaupun pahit.

Majlis akad nikah sedang berlangsung di ruang tamu rumah datuk dan nenek. Auntie Jiha cantik berpakaian pengantin berwarna merah jambu. Dia kelihatan bahagia. Papa pula sedang melafazkan akad. Sarah sekadar melihat kebahagiaan yang terbit dari wajah mereka berdua.

"Aku terima nikahnya, Nur Najiha bt Abdul Majid dengan mas kahwinnya RM100 tunai,"lafaz papa.

Papa, selamat berbahagia. Siapalah Sarah nak menghalang niat murni papa. Semoga, selepas ini, perkahwinan papa berkekalan.Amin.

"Mama, kita balik?"pinta Sarah.

"Eh, tak mau jumpa papa,ke? Kan dia baru lepas akad?"

"Tak, ma... biarlah papa lalui hidup barunya tanpa kita... kita takkan ganggu papa lagi, ya, mama?"kata Sarah.

"Baiklah... kita balik..."
----------------

Dewan Seri Bertam menjadi tempat para calon PMR sedang menjalani ujian penting itu.Semuanya tekun menjawab. Hannah menjawab dengan tenang.Begitu juga dengan yang lain. Hari ini, merupakan hari terakhir mereka menduduki ujian tersebut. Sebentar lagi, masa akan tamat dan ujian ini sudah sampai ke penghujungnya.

"Baiklah, sila letak pen anda, masa telah tamat," seisi dewan gemuruh. Akhirnya, sesi pecah kepala selama beberapa hari dah berakhir. Kini, mereka sekadar menunggu keputusan saja.

"Hannah, jom pergi kantin..."ajak Sarah.

"Hmm, boleh juga..."mereka berdua bangun dan pergi ke kantin secara beriringan.

"Kau pernah dengar lagu, Azfar-Akan Ku Jumpa?"soal Sarah.

"Pernah... lagu tu seolah-olah seiring dengan jiwaku..."

"Begitu juga denganku..."

"Hidup ini pelbagai ragam,kan?"

"Betul..." nasi ayam yang dibeli dijamah. Lirik lagu bermain dalam hati masing-masing.

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari
aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu

Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari
--------------------------

Ustazah Hafidzah menyapu-nyapu mukanya. Waktu rehat diisi dengan sekadar makan biskut dan air teh. Telefon bimbitnya berdering. Dia mengangkat.

"Asslamu'alaikum, Cik Hafidzah,"si pemanggil memberi salam.

"Wa'alaikumsalam..."

"Macam ni, saya ada berita tentang Puan Lee..."
---------------------

0 comments: