BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 11 )

Ustazah Hafidzah memindahkan barang-barangnya ke rumah Hannah. Mulai hari ini, mereka akan hidup bersama-sama. Hannah adik-beradik enggan tinggal di rumah keluarga angkat Mak Su mereka kerana sebab-sebab tertentu. Hazwan pula sudah dibenarkan keluar wad. Maka, hari ini permulaan hidup baru.

"Mak Su... Angah tanya, jangan kecil hati,ya?"

"Tanyalah Angah, Mak Su tak kisah pun..."Mak Su tersenyum.

"Macam mana kalau... kita cari nenek?"Air muka Mak Su berubah. Bukan dia tidak suka, sekadar teringat saat-saat dia dihalau dahulu.

"Nenek..."

"Setelah aku dikecewakan daddy kau, seorang anak aku pun tak berguna sekarang!Aku keluarkan kau dari penjara walaupun aku malu dengan perbuatan kau! Tapi, inikah yang kau balas?? Sudahlah akak kau lari dari rumah, sekarang kau pula kecewakan aku dengan kepercayaan kau! Apa buktinya kalau Tuhan sayangkan kita, ha? Apa buktinya Dia ada? Sudah, sekarang, kau keluar!!! And don't ever come back! Kau bukan lagi anak aku! Pergi!!!"

"Mak Su..."tegur Angah. Lamunan Mak Su terhenti.

"Kalau Mak Su tak setuju... tak apalah..."Angah rasa kesal dengan soalannya.Angah bangkit untuk ke dapur...

"Ngah..."
-----------------------

PMR tinggal seminggu lagi. Prep malam sunyi sepi tanpa suara. Semua sedang serius mengulang kaji. Sarah risau dengan keadaan Hannah. Mengapa dia masih belum pulang ke hostel,ya? Fikirannya melayang entah ke mana. Dia teringat akan mimpi yang pernah dialaminya. Mungkinkah ibu yang Hannah yang dimaksudkan oleh PKHEM tempoh hari? Tak mungkin...

Hmm, papa pula akan melansungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Mungkin, hujung minggu ini... entahlah, Sarah malas hendak ingat. Lagipun, dia tidak mahu pergi pun. Kalaulah boleh diputar kembali masa lalu, alangkah indahnya. Astaghfirullah, berkalau-kalau itu amalan syaitan. Sarah tersedar. Hmm...

"Mama... mama tak kecewa ke bila papa beritahu dia hendak kahwin lagi?"soal Sarah.

"Entahlah... tapi, kalau papa mintak rujuk balik pun, mama takkan terima, cukuplah sekadar mama maafkan kesilapannya..."Mama menghela nafasnya. Kedengaran berat sekali.

"Hmm... hujung minggu ni, kita pergi Majlis Walimatu Urs papa, nak?"

"Mama pergi seorang sajalah..."Sarah menolak dengan baik.

"Sayang, dia kan papa awak?"

"Tapi, Auntie Jiha bukan ada pertalian darah dengan Sarah pun, ma..."

"I'm talking about your father, my girl... Not her...Its ok... nanti, kalau Sarah sudi, call me back,ok?"

"Ma... Sarah ada satu soalan terakhir sebelum mama letak telefon... Mama takkan kahwin lagi macam papa,kan?"

"Sarah... kalau boleh, mama takkan kahwin lagi... kerana suami mama hanya papa, tapi sekarang bukan lagi... Tapi, kalau Allah takdirkan tulung rusuk mama ini berpindah milik... maybe, who knows? Ingat Sarah,mama memang tak tahu selok belok agama, tapi, apa yang mama tahu,dan mama percaya, setiap yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya..."

"Mama still sayang papa?"

"Tadi kata satu saja soalan..."

"Please, mama... answer my question..."

"Sebagai manusia... bukan lagi sebagai insan yang bertakhta dalam hati mama...ok, good luck for your PMR... Assalamua'laikum..."talian terputus.

"Ada hikmah..."kata-kata itu terucap di bibir Sarah.

"Kau bercakap dengan siapa?"soal Afwan yang sedang menyapu lantai berdekatan dengan Sarah.

Sarah memandang Afwan. Dia menggeleng. Dia bangun dan berdiri lalu keluar ke tandas. Entah kenapa dia seperti tidak sedar dia berada di mana. Dia tahu dia sedang berjalan tapi fikiran melayang. Pintu tandas dibuka. Dia masuk. Dia merenung cermin. Dia diam. Seolah-olah bisu. Tidak seperti selalu. Selalunya, dialah orang yang suka bercakap depan cermin setidak-tidaknya senyum atau sengih. Hannah pernah mengatakan dia 'ratu cermin' kerana ragamnya yang pelik itu. Paip dibuka lalu tangannya menadah air.Dia membasuh muka sebersih-bersihnya.

Saat ini, hatinya sepi. Sepi benar. Tiada teman di sisi. Hannah, bilakah kau hendak balik hostel? Aku perlukan kau saat ini, Hannah... I need you... Hanya kau yang faham segala derita di hatiku, walaupun kutahu kaulebih derita berbandingku...Sarah menangis seorang diri sehingga hatinya puas. Tangisannya sudah reda. Matanya membengkak.
-----------------------

Afwan mengemas kelas. Dia sama saja seperti Shukri. Tidak boleh lihat kelas berselerak. Semua orang sudah pulang dari prep malam. Hanya dia seorang yang tinggal. Sedang dia mengemas, lampu terpadam. Ah, black-out lagi!! Ada seseorang masuk ke dalam kelas. Sarah rupanya... dia menggalas beg dan membawa beberapa buah buku.

"Sarah... kenapa tak balik lagi?"tegur Afwan.

"Aku pergi tandas tadi..."

"Ooo... buang air ke?"'Mamat ini kenapalah mesra alam sangat?'hati Sarah mendengus.

"Kau ni kenapa, hah? Tak ada soalan lainkah??"

"ok,ok...jangan marah...Sebenarnya aku nak beritahu, umi aku kirim salam,"

"Wa'alaikumsalam!"Sarah mengatur langkah hendak keluar.

"Apa kamu berdua buat di sini?"ah, kantoi sudah!

-----------------------

PKHEM memandang Sarah dan Afwan. Umi dan Abi Afwan serta mama Sarah dipanggil malam itu juga. Muka PKHEM serius. Sarah tidak mampu menangis lagi. Ya Allah, kami tidak bersalah!

"Anak puan dan tuan ditangkap tadi, selepas prep malam..."kata PKHEM.

"Kamu berdua ada perkara lagi nak cakap?"sambung PKHEM

"Cikgu, kami tak buat apa-apa... tadi saya kemas kelas, tiba-tiba black-out! Wallahi, demi Allah, saya bercakap benar!"Afwan membela diri.

"Saya masuk ke dalam kelas selepas black-out semata-mata nak ambil buku... Ma, adik tak tipu,ma... Kemudian, Afwan tegur saya, lalu saya sekadar menjawab sebelum keluar, dan, Demi Allah SWT yang Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui, saya berani bersumpah, kami tak buat apa-apa!Lagipun jarak saya dengan Afwan lebih jauh daripada satu meter.." Sarah berdiri untuk menyakinkan semua pihak.

"Saya yakin dengan kata-kata anak saya, cikgu... tidak adil andai cikgu tahu bangunan akedemik black-out tadi dan menuduh mereka berdua berkhalwat..."kata mama dengan tenang.

"Lagipun, sewaktu cikgu tangkap mereka berdua, adakah mereka sedang duduk berdua-duan?Tidak,bukan... saya rasa cikgu salah sangka..."kata Abi Afwan.PKHEM berfikir sejenak.

"Baiklah... buat masa sekarang, saya lepaskan memandangkan minggu depan, kamu berdua hendak ambil PMR... saya yakin kamu berdua pelajar yang baik..."PKHEM membuat kata putus.

"Maafkan saya mengganggu tuan dan puan..."
------------------

"Maafkan anak saya, encik... kalau dia tak masuk dalam kelas, pasti takkan jadi begini..."ucap mama.

"Eh, tak ada apa-apalah, puan... ini semua salah faham saja..."kata Abi pula.

"Lagipun, kami tahu, anak puan baik... sejak daripada awal lagi kami tidak percaya apa yang berlaku..."kata Umi menyokong abi.

"Terima kasih kerana memahami..."ucap mama.

"Hmm... mungkin ada hikmahnya, kan? Mana tahu kita boleh berbesan satu hari nanti?"gurau umi.

"InsyaAllah... saya balik dulu,ya?"mama meminta diri.

Mujurlah, kedua-dua belah pihak mempercayai apa yang dikatakan oleh anak-anak mereka. Dalam hati, mama berasa malu juga, bukan kerana kejadian salah sangka tadi, tetapi, kerana penampilannya. Anaknya bertudung litup sedang dia tidak. Malah, ibu bapa Afwan daripada golongan yang wara'.Semoga dia bertemu hidayah...
-----------------------

Hannah dan Ustazah Hafidzah pulang semula ke sekolah.Ustazah sudah minta kebenaran supaya Hannah dapat pulang lewat sedikit. Ustazah sekadar menghantar Hannah pulang, kemudian dia akan pulang ke rumah. Maklumlah, kalau bukan dia, siapa lagi hendak menjaga Angah dan adik-adik?

Sedang Hannah mengangkat beg dari bonet kereta, Sarah pulang dari bangunan akedemik. Mukanya tampak tidak bermaya. Namun, setelah melihat kepulangan Hannah, dia segera mendekati Hannah.

"Hannah!!"Sarah memeluk Hannah.

"Sarah... kau rindu kat aku,ye?"

"Kau tahu pun! Hannah, kenapa lama sangat kau cuti?"

"Maafkan aku... tapi, kenyataan ini memang perit untuk diterima. Ibu aku dah pergi mengadap Ilahi,"Hannah tenang mengkhabarkan berita itu walaupun hatinya belum sembuh daripada kesedihan.

"Hannah... aku..."mata Sarah bertakung.Dia seakan tidak percaya.Dia cuba menahan air matanya.

"Setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai mati..."

"Hannah, aku baru belikan buku ini, untuk ibu kau..."Sarah mengeluarkan buku tersebut dari begnya, lalu buku itu bertukar tangan.

"Terima kasih, Sarah... andainya arwah melihat hadiah ini, pasti dia suka... Sarah, kau nak tahu satu perkara?"

"Apa?"

"Ustazah Hafidzah, mak su aku..."

"Jadi, kau anak kakaknya yang pernah terpisah dahulu?"Sarah teringat kisah hidup ustazah yang pernah didengarinya dahulu.

"Ya, Sarah... harapan ustazah termakbul...Alhamdulillah..."kata ustazah yang muncul di sebalik keretanya.
------------------------------

Satu dorm kecoh dengan kepulangan Hannah. Mereka merindui rakan mereka itu. Tambahan pula, Sarah pulang sangat lewat malam ini. Kerisauan seisi dorm terlerai jua.

"Kau balik juga... ingatkan tak mahu ambil PMR..."

"Ish, mana ada...merepeklah kauorang,"

"Yang kau ni,Sarah, apa fasal balik lewat sangat?"

"Aku kena tangkap tadi..."

"PKHEM tangkap kau?"

"Ya..."

"Kenapa..."

"Adalah..."

"Oklah, apa-apa pun, kauorang berdua dah balik...hmm, dah-dah, masuk tidur, esok sekolah..."ujar Farah, sebagai ketua dorm.
--------------------------

0 comments: