BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Mimpi & Harapan ( 10 )

"Kenapa angah?"

"Ibu tengah dibedah... ibu dermakan buah pinggangnya kepada adik..."Hannah terkejut bukan kepalang.

"Kenapa Angah tak pernah beritahu hal ni? Kenapa, Ngah?"Hannah jadi tidak keruan.

"Angah..."Angah serba salah.

"Kenapa Angah buat Along macam ni? Sampai hati Angah, ya? Angah tau tak Along sayangkan ibu?"Hannah kecewa dengan adiknya itu.

"Along... Angah pon sayangkan ibu... Along, bukan Angah suka-suka hati tak mau beritahu! Along, Along nak ambil PMR lagi dua minggu, takkan Angah nak bebankan Along? Takkan Angah nak biarkan Along risau?"Angah teresak-esak menangis.

Hannah terdiam. Dia meletak ganggangnya. Dia simpan tangisnya dalam hati. Dia segera kembali ke bilik rekreasi dan mengemaskan barang-barangnya lalu naik ke dorm. Dia bergegas ke rumah PKHEM. Dia perlu segera pulang. Tindakannya diperhatikan Farah. Sebagai ketua dorm, dia perlu ambil tahu.

"Kenapa kau tergesa-gesa,"soal Farah semasa terserempak dengan Hannah.

"Aku nak balik..."Hannah tidak bercakap banyak.

Dia tidak ambil peduli apa yang terjadi di sekelilingnya.Dia teruskan langkahnya ke rumah PKHEM berdekatan surau. Dia mengetuk-ngetuk tetapi tidak ada yang memberi respon. PKHEM keluar agaknya.Dia kecewa. Ustazah Hafidzah yang melihat keadaan Hannah mendekatinya.Dia tahu Hannah dalam kesusahan.

"Assalamua'laikum, Hannah... kamu ada masalah ke?"soal ustazah.

"Ustazah, saya nak balik... Mak saya menjalani pembedahan hari ini... Saya baru tahu hal ini tadi... tolong saya ustazah..."

"Macam nilah, PKHEM tak ada di rumah, jadi, saya boleh tolong kamu... saya akan tolong hantar kamu ke hospital,ya?"

"Tapi, kebenaran..."

"Tak apa, nanti saya uruskan. Jangan risau..."
-----------------------

Angah menjaga adik-adiknya di luar bilik bedah. Puan Salmi, jiran mereka menemani. Hannah sampai juga akhirnya.Dia memeluk ANgah penuh hiba. Ustazah Hafidzah sekadar melihat dan dalam masa yang sama turut berharap, ibu Hannah selamat. Hannah rasa bersalah. Sepatutnya, dia yang mengambil tempat Angah.

Along... biarlah Angah berbakti di rumah, Along berbakti di sana...

Kata-kata Angah dahulu terngiang-ngiang dalam benaknya.Adikku, kau setabah Sumayyah... aku tak mampu menjadi sepertimu...Angah lena dalam pangkuan kakaknya. Doktor keluar dari bilik bedah dan menggeleng.

"Maafkan saya, Puan Hasnah tidak dapat diselamatkan, tapi, Hazwan selamat,keadaannya masih belum stabil.."Hannah perit hendak menerima kenyataan tersebut.

Jasad kaku ibu disorong keluar dari bilik bedah. Hannah sempat membuka selimut putih yang menutupi wajah ibunya. Ustazah Hafidzah tergamam...dia menatap wajah ibu penuh hiba.

"Akak... adik rindu akak... kenapa akak pergi tinggalkan kami? Akak...takdir dah temukan kita, kak..." Ustazah menangis teresak-esak...

"Ustazah..."Hannah terkejut.

"Ya... ustazah ni, mak su kamu, Hannah...Ini mak su, sayang..."kata ustazah. Ustazah memeluk Hannah adik-beradik.
-------------------

Imbas Kembali

Malam itu, Puan Lee berang. Dia pantang anaknya bercinta dengan bangsa lain kerana kisah silamnya dahulu. Ibu ditampar penuh amarah. Ibu menangis teresak-esak. Malam itu juga, dia nekad untuk lari dari rumah. Dia akan lari dan memeluk islam sebelum mencari kekasihnya. Rancangannya diketahui oleh adiknya, Jessica atau Ustazah Hafidzah.

"Akak... akak nak tinggalkan adik, ke?"

"Jessi... I have no choice..."

"Akak tak sayang adik lagi,ke?"menitis air mata seorang adik saat itu.

"I am so sorry, I have no choice... and, I want you to know... I love you damn much...Tapi, akak tetap akan pergi, hanya takdir yang akan menemukan kita...percayalah..."

Itulah kali terakhir Ustazah bertemu dengan ibu Hannah, kakaknya. Sejak hari itu, Puan Lee sudah buang jauh-jauh ingatannya terhadap anak sulungnya.
-------------------------

Sarah bertembung dengan papanya di depan kedai buku Popular. Papa bersama bakal isterinya sedang ceria bersama. Sarah mengelakkan dirinya daripada papanya. Namun, papanya tersedar juga akan kehadirannya di belakang.

"Sarah!"panggil papa.Sarah memberhentikan langkahnya. Perlahan-lahan kepalanya dikalihkan ke arah papa. Dia merenung tajam ke arah bakal isteri papa, Auntie Jiha.

"Hmm... Sarah outing ke? Jom ikut kami makan kat bawah?"ajak papa.

"Takpelah papa... Sarah tak nak kacau papa..."Sarah menjawab dengan nada jelek.

"Eh, jomlah... kan meriah pergi makan sekali?"

"Maaf, saya tak suka kemeriahan, dan saya tak suka menyusahkan orang..."sindir Sarah.

"Sarah!"marah papa.

"Sarah balik dulu ye, papa... bas pun nak sampai dah... Assalamua'laikum!"Sarah keluar dari kedai tersebut dan bergegas ke pintu gerbang pasar raya Jusco.

Dia tidak pernah bersikap kurang ajar terhadap orang tua sebelum ini. Tetapi, dia terpaksa melakukannya supaya papa faham akan derita hatinya! Dia bukan berniat hendak kurang ajar...tapi, entahlah... Sarah duduk di atas kerusi panjang sementara menunggu bas. Hatinya panas sepanas petang ini. Dia tidak betah menunggu lama di sini. Aduss, dah pukul 5.30 ni? Di manakah bas ni? Gasaklah kalau lambat masuk...

"Assalamua'laikum..."tegur Afwan.Mana datangnya pula mamat ni?

"Wa'alaikumsalam... boleh outing ke?"soal Sarah.

"Boleh, PKHEM bagi...kenapa kau duduk kat sini lagi?"

"Tunggu baslah.."'tanya soalan entah apa-apa mamat ni!'hati Sarah mengutuk.

"Bas dah lama bertolak... dah dekat sejam dah pon..."

"Erkk!!"kantoi sudah!

"Wan... apa kau buat kat sini?"soal umi Afwan.

"Tak ada apa-apa, Umi..ni, kawan Afwan, dia tertinggal bas..."terang Afwan.

"Assalamua'laikum, auntie..."Sarah memberi salam dengan sopan lalu menyalam tangan umi Afwan.

"Wa'alaikumsalam... seorang saja ke?"

"Eh, tak... tadi datang dengan rombongan, tapi terlepas bas pula..."

"Marilah, tumpang auntie,ye?"

"Eh, tak apalah, menyusahkan auntie pula... lagipun, auntie nak hantar Afwan lagi.."Sarah mengelak.

"Alang-alang auntie nak hantar Afwan, apa salahnya awak tumpang, ye tak? Bas pun bukan tentu ada sekarang ni..."ajak umi Afwan.

Sarah terpaksa akur. Aduhai, apalah nasib aku hari ini...tadi jumpa papa...sekarang jumpa Afwan pula...Afwan sekadar tersengih. Uminya seakan-akan suka dengan Sarah. Mungkin kerana kesopanannya... tapi, jikalau umi lihat Hannah, pastinya dia akan bertambah suka. Afwan tahu, uminya memang teringin anak perempuan. Apakan daya, dia adik beradik hero-hero belaka...
----------------

Ibu... pertengahan syawal menyaksikan ibu pergi menghadap Ilahi, menyusuri jejak langkah ayah... Ustazah Hafidzah benar-benar sebak. Dia tidak menyangka, takdir menemukannya dengan insan yang dirindui sejak sekian lama setelah pemergiannya. Rindu mungkin sudah terubat namun, ia menambah sebuah kisah rindu berpanjangan...

"Ibu... adik tak nak buah pinggang ibu... adik nak ibu..."Hazwan yang terbaring di atas katil menangisi pemergian ibu.

"Adik... jangan kata begitu,dik..."pujuk Hannah.

"Along, adik ni jahat kan? Kan bagus kalau adik mati dulu..."insan kecil itu tidak mengerti apa-apa.

"Adik... ibu sayangkan adik, masa depan adik panjang lagi... ibu rindukan ayah, dik... sebab itu dia ikut ke sana..."kata Angah.

Memang perit kenyataan ini. Hakikat yang menguji iman, iman pada qada' dan qadar... salah satu tangga penting dalam mencapai iman kepada Allah SWT. Ustazah Hafidzah masuk ke dalam wad yang menempatkan Hazwan. Matanya yang penuh sinar itu merenung wajah kerdil Hazwan.

"Hannah... Angah, Adik... mulai hari ini... Mak Su akan jaga kamu semua... jangan sedih lagi, ya?"Ustazah Hafidzah menyentuh bahu Hannah. Memberi sinar harapan baru...walau sekadar menumpang kasih.

"Terima kasih, Mak Su..."ucap Hannah.

"Mak Su tak ada keluarga dah... kauorang sajalah keluarga yang Mak Su ada..."
-----------------------

Sarah hairan benar. Di manakah Hannah? Sepatutnya, dia tidak keluar outing... kenapa sampai sekarang tak nampak batang hidung pun?Buku di tangannya dipegang. Niatnya hendak menghadiahkan buku tersebut kepada ibu Hannah. 'Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Bahagia'... tapi, hakikatnya, dia sendiri yang sedang bersedih. Entah kenapa, dia tergerak hatinya untuk menghadiahkan buku tersebut. Mungkin kerana dia kagum dengan kecekalan hati ibu Hannah?

"Farah... kau nampak Hannah tak?"soal Sarah.

"Entahlah... aku rasa dia dah balik kot... tadi dia tergesa-gesa pergi rumah PKHEM..."

"Oh, tak apalah...thanks, Farah,"ucap Sarah.

Hatinya tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Sarah terlena seketika. Buku yang baru dibeli berada dalam pegangannya.
******

Suasan gelap suram. Entah di mana dia berada, dia sendiri tidak pasti. Dia lihat tiada apa-apa di sekelilingnya. Tetapi, ada kelibat seorang wanita datang menghampirinya. Wajahnya bersih. Dia tersenyum. Tanpa sedar, wanita itu juga mengalirkan air mata.Dan, wanita itu ialah ibu Hannah!

"Auntie... kenapa auntie sedih,ni? Auntie... Sarah ada belikan buku untuk makcik, tapi, buku tu tak ada kat sini..."Sarah mengelap air matanya.

"Sarah... auntie pergi dulu ya? Sarah kawan baik-baik dengan Hannah,ya? Assalamua'laikum..."

Ibu Hannah pergi meninggalkan Sarah. Sarah cuba mengejar, tapi tidak kesampaian. Sarah kepeningan lalu pengsan...
*********

"Sarah... bangun... dah dekat pukul tujuh dah ni..."gerak Farah.

"Hmm... Ya Allah, dah lambat!"Sarah terbangun dan melihat jam. Sudah pukul 6.45!!

"Aku turun dulu ya?"

"Oh, ok,ok...Never mind, sekejap lagi aku turun..."kata Sarah.

"Aku pergi dulu..."

Sarah menggosok matanya. Eh, basah! Ya Allah, apa yang cuba kautunjukkan padaku ini? Sarah menenangkan dirinya. Perasaan saja kot... takkan mungkin mimpi tadi benar.Ah, biarkan saja!
--------------------

Shukri dari tadi asyik menyakat Afwan. Tidak tertahan rasanya Afwan menanggung usikan sahabatnya itu. Dia mencapai kopiah lalu beredar masuk ke dalam surau. Shukri mengekori. Belum puas lagi mengusik agaknya. Afwan sekadar redho sajalah, sudah kawan, nak buat macam mana? Kalau bukan kawan, dah lama rasanya kena penumbuk percuma...

"Jodoh betul... tak dapat orangnya, kawan jadilah..."

"Udah-udahlerr... hatiku ini takkan berpaling la wehh..."

"Yelah tu... umi kau dah suka, nak buat macam mana?"

"Hmm, pandailah kau..."

Usikan terhenti apabila jemaah diminta diam seketika. PKHEM ada berita hendak disampaikan. Shukri berubah menjadi serius. Seolah-olah perkara yang hendak disampaikan oleh PKHEM amat penting. Selalunya, Shukri tidak ambil pusing sangat dengan apa-apa ucapan, tapi, kali ini lain pula jadinya...

"Assalamua'laikum... cikgu nak sampaikan berita bahawa salah seorang daripada rakan-rakan kamu telah kehilangan ibunya. Jadi, hari ini, kita akan membuat tahlil ringkas... semua pelajar diminta ambil Yaasin, ya?"

Sarah mencapai Yasin. Berita yang disampaikan oleh PKHEM membuatkannya tertanya-tanya...agaknya siapakah orangnya? Saat ini dia teringat kepada Hannah. Agaknya apalah yang sedang dilakukannya?Bagaimana pula dengan keluarganya,ya?
----------------

0 comments: